Tarikh Sebenar Update Ice Cream Sandwich untuk Galaxy S2


Kalau korang pengguna Samsung Galaxy SII, mesti teringin nak update perisian Android Gingerbread ke perisian Android terkini iaitu Ice Cream Sandwich (Android 4.0) seperti Galaxy Nexus. Ini kerana, banyak aplikasi terbaru yang diperkenalkan oleh Google seperti Android Beam dan Face Unlock. Lagi pun, ada beberapa masalah pada update Gingerbread terbaru. Jadi, memang sangat-sangat memerlukan update ke Ice Cream Sandwich.

Sejak semalam jugak, banyak artikel dikeluarkan termasuk di Amanz.my dan Azri.my berita mengenai update untuk perisian Android Samsung Galaxy SII ke Android 4.0. Kononnya, Samsung Filipina mengesahkan mulai 10 Mac, semua pengguna Galaxy SII boleh update perisian masing-masing ke Android 4.0 melalui Kies. Tetapi, lain pula cerita melalui twitter rasmi Samsung dari Korea, @samsungtomorrow, tarikh tersebut adalah salah sehinggalah pada tarikh yang akan diumumkan nanti melalui twitter dorang. Nanti tu tak pasti pula bila.

Screen shot di bawah ni pengumuman rasmi dari @samsungtomorrow. Korang tak faham kan? Aku pun tak faham.  hahaha. Pakai Google Translate baru faham. Itu pun tunggang terbalik direct translate Bahasa Korea ke English. Tapi basically, dia bagitahu macam yang aku tulis dalam perenggan di atas.

Samsung

Apapun, untuk berita terkini mengenai produk Samsung, boleh rujuk melalui bahagian Support. Tapi, aku ada dengar jugak lagi satu sumber yang mengatakan update ICS untuk Samsung Galaxy SII kononnya pada 15 Mac minggu depan. Tapi, sumber asal berita tu dah kena padam. So, masih tak pasti lagi la tarikh sebenar bila Samsung nak release update ICS untuk Galaxy SII. Kena tunggu lagi la. Mungkin selepas Samsung Galaxy SIII dilancarkan, baru dapat update ICS untuk Samsung Galaxy SII.

Mungkin.

p/s: Baru nak hepi2 update perisian Galaxy SII. Sekali tunda lagi daaaaaaaaaa

4 comments:

  1. errr untungla pengguna android.. :D

    ReplyDelete
  2. If you are Sabahan and Sarawakian, please check this.

    Sabah Sarawak Keluar Malaysia
    http://www.facebook.com/groups/betterState/

    Perjanjian 20 Perkara yang dimungkiri
    http://www.youtube.com/watch?v=flm1Mi8SegI&feature=related

    Sabah Sarawak Want Their Rights Back
    http://www.gopetition.com/petitions/sabah-sarawak-rights.html

    Thank you, GBU.

    ReplyDelete
  3. ICS 4.0.3 dah boleh download. GS2 boleh diupdate terus dari aplikasi "SOFTWARE UPDATE" terus dari telefon (menggunakan talian internet) atau menggunakan KIES. tapi ada perbezaan dalam update ni... tak tau knapa...

    saya update menggunakan aplikasi "SOFTWARE UPDATE" dari telefon sendiri dan mendapat baseband Versi "I9100XLP7" dan mendapati bahawa terdapat sedikit isu dalam update ini.... seperti "SCREEN CAPTURE" dan email sync.

    Rakan saya menggunakan aplikasi KIES dan mendapat baseband "I9100XLP9" dan semuanya berfunsi dengan baik...

    ReplyDelete

Thanks bagi komen dan tinggalkan jejak anda =)

Floating Social Plugin

Share