Apple iPad 3 Bakal Dilancarkan 8 Mac Minggu Depan


Cerita dua tiga hari lepas, baru nak update. hehe. Syarikat Apple telah mengumumkan bakal menganjurkan majlis pelancaran generasi iPad seterusnya iaitu iPad 3 pada 7 Mac (8 Mac 2012, jam 2 pagi waktu Malaysia) seperti yang ditunjukkan dalam gambar jemputan di atas.

Sejak tahun lepas, banyak khabar angin mengenai perubahan pada iPad 3 contohnya satu-satunya butang 'Home' pada mana-mana produk Apple telah dimansuhkan dan ada juga kemungkinan bahagian docking lebih kecil berbanding generasi iPad yang sebelumnya, sama seperti khabar angin pada iPhone 5. Selain itu, iPad 3 juga dijangka  mempunyai skrin beresolusi tinggi, cip pemprosesan empat-teras yang lebih laju dan juga sokongan untuk rangkaian 4G, sebagai contoh LTE.

Apapun, semuanya masih lagi misteri sehinggalah majlis pelancaran iPad 3 dilaksanakan minggu depan.

11 comments:

  1. Replies
    1. tak sabar nak tgk jugak..tgk je la..hahaha

      Delete
  2. pakai x-peria pun x reti sangat guna function dia...hehe

    ReplyDelete
  3. tak sabar nk tgk.... tgk jer.... nak beli kena tgk rege dulu.... takut cam tak sesuai jer....he3

    ReplyDelete
    Replies
    1. aku pun tgk jer bro..haha..tak berapa suka tablet..tapi kalau dapat free, nak je..hehe

      Delete
  4. sape la nak belikan sebijik untuk aida.. haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. beli sendiri la aida..baru puas hati..hehehe :D

      Delete
  5. x sabarnya nak tunggu. rasa rasanya apa best nya dari ipad 2 ek?

    ReplyDelete
    Replies
    1. esok pagi dah lancarkan..serius nak tengok jugak ape yang baru..nanti perubahan pada iphone5 mungkin lebih kurang jugak macam ipad3..tu yang nak tau tu..

      Delete

Thanks bagi komen dan tinggalkan jejak anda =)

Floating Social Plugin

Share