Terima Kasih Banyak-Banyak BOS!

Assalamualaikum.




Sebelum ni aku ada post yang aku ganti bos sebagai Project Manager kan. Kalu tak tau, tengok sini. Dalam dua minggu ganti bos tu, aku dapat belajar banyak la dari peringkat management. First experience la handle situasi macam ni. Alhamdulillah, semuanya lancar. Walaupun agak kelam kabut aku handle. haha. Ada tiga projek. Semua aku kena monitor. Letih yang amat. Tapi berbaloi dan aku puas.

Semalam, bos dah balik. So, aku brief la dia sikit-sikit apa yang dah kami buat. Semua projek, alhamdulillah, still ahead ikut jadual CPM. Sekarang ni tunggu nak concreting lagi. Supplier konkrit takde stock simen buat masa ni. So, terpaksa tangguh dulu la concreting. Tapi, tu takpe, yang penting semua dah ready.

Jadi, apa kaitan semua ni dengan gambar plastik yang ada nama aku tu? Itu buah tangan yang bos aku bawak dari Tanah Suci. Dalam tu, ada manis-manisan, kopiah dan senaskah al-Quran. Terharu aku. huhu. Terima kasih bos!



p/s: Kerja kena ikhlas, baru senang hati dan jadi JURUTERA AWESOME!




*Ini published post. Aku dah kat kampung time ni. Kalau sudi tinggal-tinggalkan la komen yer. hehe.

5 comments:

  1. lepas ne dah boleh jadi bos kn? kn?

    ReplyDelete
  2. jaga bos bagus2
    baik bos ko tu bha :)

    ReplyDelete
  3. @sirap: haha..orang lain pun dapat jugak la..

    @aida omar: tak nak la jdi bos..banyak kerja..huhu

    @terbelog: tu la..dia btul2 jaga kebajikan pekerja dia..

    ReplyDelete
  4. wahh..untungnya..pasni mintak bos hantar pegi sana nak buat haji plak..:p

    ReplyDelete

Thanks bagi komen dan tinggalkan jejak anda =)

Floating Social Plugin

Share