Keputusan Penuh Raja Lawak 6 Final : Shiro Juara!

Teka teki mengenai siapakah Juara Raja Lawak musim ke 6 telah pun terjawab sebentar tadi. Ada yang lawak tak ingat, lawak sedang-sedang pun masih ada. Namun, semua peserta dah beri yang terbaik untuk malam final ni.

Gelaran Juara Raja Lawak 6 disandang oleh kumpulan Shiro yang  mana persembahan dorang memang menarik malam tadi, walaupun nyanyian tu off pitch kadang-kadang. haha. Kumpulan Shiro membawa pulang wang tunai RM100000 beserta trofi. Manakala, Naib Juara pula dimenangi oleh kumpulan Zero yang membawa pulang wang tunai RM50000 beserta trofi. 

Kumpulan Cuit pula mendapat tempat Ketiga dan membawa pulang wang tunai RM30000 beserta trofi. Tempat Keempat jatuh kepada kumpulan 2Yol yang melayakkan mereka membawa pulang wang tunai RM10000 beserta trofi. Kesemua peserta finalis mendapat set elektronik sumbangan Astro.

Tahniah buat semua finalis Raja Lawak 6 kali ini terutama sekali buat kumpulan Zero. Walaupun tak jadi juara, jadi finalis pun dah membanggakan semua rakyat Borneo. Tahniah!

7 comments:

  1. xpernah tgk pun raja lawak musim 6...

    ReplyDelete
  2. tahniah shiro!! :)

    saya xlayan pn raja lawak sbb kat rumah xde astro.. huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. final dapat tengok sebab ada kat astro prima..astro warna takde kat rumah..

      Delete
  3. dah agak dah shiro menang..sangat suke dieorang sebab setiap mggu konsisten...tapi sedih sebab x dapat tgok final malam tadi..kene tgok utube je..huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. malam final dorang memang terbaik berbanding group yang lain..memang layak jadi juara..

      Delete

Thanks bagi komen dan tinggalkan jejak anda =)

Floating Social Plugin

Share