Ada Apa Dengan Ultrabook Toshiba Portege Z830?

Apa itu Ultrabook? Mungkin ramai yang dah tahu, tapi mungkin juga ada lagi yang belum pernah dengar istilah Ultrabook selain Netbook, Tablet dan sebagainya. Untuk pengetahuan, Ultrabook adalah projek terbaru dari Intel dalam penghasilan komputer riba dengan perisian Windows. Ultrabook juga boleh dikatakan sebuah komputer riba versi baru dengan fungsi Tablet dan Netbook digabungkan. Sehingga kini, Ultrabook telah dilancarkan untuk pasaran Malaysia oleh Acer, Asus, Lenovo dan terkini, Toshiba.

Ultrabook Toshiba Portege Z830




Jadi, apa istimewanya Ultrabook Toshiba Portege Z830?

Banyak kelebihan pada Ultrabook dari Toshiba keluaran Portege ini berbanding yang lain. Untuk artikel ini, aku senaraikan antara beberapa elemen utama pada gadjet ini yang sangat menarik pada pandangan aku yang akan buat korang terus cari info mengenai Ultrabook Toshiba Portege Z830.

Paling Nipis, Paling Ringan

Toshiba Portege Z830 untuk rekod, adalah sebuah Ultrabook dengan saiz paparan 13.3 inci yang paling nipis dan paling ringan pada saat ini berbanding yang lain. PC ini hanya seberat 1.12 kg dengan ketebalan 8.3 mm. Hampir sama tebal dengan Samsung Galaxy SII aku tuuuu. Nipis, sangat nipis kalau nak dibandingkan dengan Acer Aspire 4736 yang aku guna untuk taip artikel ni. hehehe.

*Nipis tuuuuuuuu
Ultrabook Toshiba Portege Z830

Ultrabook dengan Kemudahan Port Paling Lengkap

Selain itu, istimewanya Ultrabook ni ialah ianya adalah satu-satunya Ultrabook dengan port yang lengkap. Aku katakan lengkap sebab Ultrabook ni walaupun nipis dan ringan, ia penuh lengkap dengan  kemudahan port seperti USB (Satu USB 3.0 dan dua USB 2.0), HDMI, VGA, Ethernet LAN, SD Card and Kensington slot. Semua ada. Best of the best punya Ultrabook!

*Semua jenis port ada
Ultrabook Toshiba Portege Z830


Tahan Lasak

Bagi aku, ini adalah ciri terbaik Toshiba Portege Z830. PC ini dibina dari solid magnesium alloy dan dilengkapkan dengan teknologi EasyGuard™. Jadi, tak perlu risau sangat kalau PC ni terjatuh ke, terduduk atau sebagainya. Ini kerana, dengan chasis dari magnesium alloy, Ultrabook ini lebih tahan lasak serta kalis air dan data peribadi yang disimpan dalam PC ini dijamin selamat dengan perisisan EasyGuard™. Sangat sesuai untuk blogger kalau yang selalu update blog di mana-mana sahaja bila ada kesempatan.

Selain itu, di bawah chasis magnesium alloy PC ini dibina dengan struktur honeycomb yang unik dan korang perasan tak kalau pakai Netbook lama-lama, bahagian kanan akan menjadi panas? Fungsi struktur honeycomb itu adalah untuk menyahkan haba tu secara efisien dan memberi kesan umpama cooling system. Jadi, bahagian kanan Ultrabook ini takkan panas macam Laptop yang aku guna sekarang. Dah panas, hitam pulak tu sebab selalu parking tangan sambil menaip.

Nipis, ringan, tahan lasak, apa lagi yang tak cukup? Semua cukup haaaaa.

Backlit Keyboard Kalis Air dan Touchpad

Kalau korang seorang blogger misalnya, mesti sakit hati kalau perlu menaip entri dalam gelap. Yes, dalam gelap. Nampak kelabu asap je keyboard but no worries with Ultrabook Toshiba Portege Z830, keyboard dilengkapi dengan backlit yakni cahaya di bawah butang kekunci. Jadi boleh menaip dalam gelap dengan hati yang senang. hehehe. Selain tu tak perlu risau kalau air tumpah atas keyboard sebab ianya kalis air. Boleh minum kopi sambil update blog.

Ultrabook Toshiba Portege Z830

Kalau tengok gambar trackpad di atas, macam biasa ada dua butang kiri dan kanan. Tapi, di sini lagi keistimewaan Toshiba Portege Z830, di bahagian tengah ada sistem bacaan cap jari untuk ciri-ciri sekuriti selain login password. A complete set of security for an Ultrabook!

Banyak lagi ciri-ciri hebat yang ada pada Ultrabook Toshiba Portege Z830 yang korang sendiri perlu explore. Satu jaminan aku, serius puas hati kalau dapat. huhuhu. Untuk pengetahuan, Ultrabook ini didatangkan dalam variasi Intel Core i5 1.6GHz bersama Windows 7 Home Premium pada harga RM3999 ataupun Intel Core i7 1.8GHz bersama Windows 7 Professional pada harga RM4799. Mungkin mahal, tapi berbaloi dengan spesifikasi Ultrabook ini.

Selain itu, kedua-dua versi Ultrabook Toshiba ni mempunyai jangka hayat bateri yang lebih lama iaitu 8 jam, sound sistem stereo speakers yang dikuasai oleh MaxxAudio®, ruangan storan berasaskan SSD seluas 128GB, dan juga memori sebanyak 6GB RAM. Kalau ada yang belum tahu mengenai SSD, dengan ruangan stor SSD pada Ultrabook dari Toshiba ini, ia membantu PC untuk boot selaju tablet, iaitu hanya mengambil masa 25 saat untuk dihidupkan dan 3 saat untuk boot dari mode sleep. Sangat menarik!

Secara keseluruhan, Ultrabook Toshiba Portege Z830 ini sangat menarik bagi aku. Korang pula macam mana?



p/s: Entri ni untuk contest di Denaihati.com. Nak mintak jasa baik korang tolong tekan sekali butang tweet, google plusone, facebook like dan linkedin share kat bawah ni. hehe. Thanks!

26 comments:

  1. fuhh..kalo salah pgg ni naya hehe...nipis..tuh pamie :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. nipis tapi tahan lasak sebab chasis ultrabook ni dari aloi magnesium..

      Delete
  2. Nipis sangat ni..takut nak pakai..kang tak pasal pasal je jahanam..hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. tahan lasak ultrabook ni..hihi..senang nak bawak jalan sebab ringan..

      Delete
  3. Salam liaw..hehe..Bah Good Luck Eh semoga biskita beroleh kejayaan..hehe..Hidup Anak Labuan. Salam dari Anak Miri+Kuching+Brunei..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. laaa..orang kitani jua kita ni rupanya bro jejai..thanks bro..

      Delete
  4. wah....kalau murah dah lama beli..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang berbaloi kalau dapat beli ni..semua ada..complete set!

      Delete
  5. Menarik. Average, bateri dia tahan berapa lama?

    ReplyDelete
  6. menarik woo ! nak juga lahh , okayy tengs Pamie nak banje kankan ,, hekhek gurau ;)

    ReplyDelete
  7. dah tweet dah like...gdlak pamie...nice

    ReplyDelete
  8. Pami..biasa review2 ada pro n con..memandangkan semua pro ja aku tgk, hati ni inginla juga tau apa yg nda sioknya toshiba ni? Hehe

    ReplyDelete
  9. Toshiba Ultrabook ini memang berkuasa. Satu kejutan mempunyai keyboard yang bercahaya ketika didalam suasana yang suram.

    ReplyDelete

Thanks bagi komen dan tinggalkan jejak anda =)

Floating Social Plugin

Share