Pelajar Perempuan Dibelasah Angkara Facebook

Assalamualaikum.



Panas juga cerita ni. Budak-budak perempuan yang masih bersekolah, umur 15 tahun lagi, membelasah budak lain hanya kerana Facebook. 15 orang lawan seorang. Ada aksi tumbuk, tendang dan tarik rambut yang aku rasa wadepak! Ini serius sadis dan sangat membimbangkan. Akhir-akhir ni makin banyak pula kes buli, gaduh melibatkan budak sekolah menengah rendah.

Ada satu kes cerita rakan baik aku sendiri, budak-budak tingkatan 1 bergaduh di dalam kelas ketika rakan aku ni tengah syok mengajar. Boleh pula budak-budak ni bergaduh sampai baju sekolah koyak. Aku rasa bila filem genre samseng, gaduh makin popular di Malaysia ni, seiring tu juga la kes-kes buli melibatkan budak sekolah meningkat. Apa pendapat korang?


Berita Penuh di Berita Harian Online

KANGAR: Akibat perang Facebook, seorang pelajar perempuan berusia 15 tahun dibelasah, termasuk dipijak dan ditendang sekumpulan kira-kira 15 pelajar perempuan dari sekolah sama berhampiran sebuah sekolah menengah di sini, petang kelmarin.

Mangsa dipercayai diserang berikutan beberapa komennya di dalam laman sosial Facebook, baru-baru ini, yang dikatakan mengeluh kerana asyik dibuli sejak lebih sebulan berpindah ke sekolah itu, awal tahun ini.

Anak sulung daripada dua beradik itu cedera di tangan dan badan, selain lebam dan dimasukkan ke Hospital Tuanku Fauziah (HTF) di sini, berikutan muntah dan mengadu sakit dada.

Dalam kejadian itu, mangsa yang baru berpindah dari Sungai Petani, Kedah, dikatakan dikerumuni kira-kira 15 pelajar perempuan ketika dalam perjalanan pulang ke rumahnya sebaik selesai menjalani latihan sukan di sekolah kira-kira jam 6.30 petang.

Mangsa yang menaiki basikal seorang diri dikatakan dikepung dan basikalnya ditendang tiga hingga empat daripada 15 pelajar berkenaan, sebelum terjatuh di kawasan taman perumahan di belakang sekolahnya di Jalan Raja Syed Alwi di sini.

Apabila terjatuh, seorang pelajar lain memijak dan memukul mangsa sebelum disertai pelajar lain yang turut sama memukul dan menendang kepala mangsa selain menarik rambutnya.

Ibu mangsa yang hanya ingin dikenali sebagai Latifah, 30-an, berkata dia sedih dan kesal kerana tiada seorang pun pelajar yang menyaksikan kejadian berani membantu anaknya yang ketika itu menjerit meminta tolong.

Anak saya dibelasah teruk berdekatan sekolah, namun, tiada seorang pun berani membantunya. Malah, dua pelajar lelaki dari sekolah sama yang menyaksikan kejadian itu hanya ketawa melihat anak saya dibelasah.

Dia (mangsa) yang lemah tidak berdaya selepas dibelasah. Dalam kesakitan, dia berjalan sendiri untuk pulang ke rumah selepas ditinggalkan kumpulan pelajar terbabit, katanya yang kemudian membuat laporan di Balai Polis Kangar.

Mangsa yang dibenarkan pulang selepas diberi rawatan pesakit luar, bagaimanapun dihantar ke HTF semalam dan dimasukkan ke wad untuk rawatan lanjut selepas mengadu sakit dada serta muntah di rumah.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Kangar, Deputi Superintendan Ismail Che Isa, mengesahkan menerima laporan mengenai kejadian itu dan siasatan sedang dijalankan.

Kita sedang menyiasat jumlah pelajar yang terbabit dalam kejadian itu dan sudah kenal pasti empat pelajar perempuan berusia 15 tahun daripada sekolah sama yang disyaki terbabit, katanya.

Kes itu disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana sengaja mendatangkan kecederaan, selain Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana membuat ugutan jenayah.

*P/S: Lain cerita di Kosmo, kononnya budak-budak yang membelasah ni salah faham mangsa ada hubungan dengan teman lelaki dorang. Tak faham aku, pasal cinta monyet yang entah ke mana tu pun boleh gaduh.

Safee Sali dah Bergelar Jutawan!

*Safee Sali kebanggaan negara.


Sekalung tahniah buat penyerang kedua terbaik Asia, Safee Sali setelah menyambung kontraknya selama dua tahun bersama Pelita Jaya. Perjanjian kontrak Safee Sali dikhabarkan bernilai lebih RM2 juta dengan pelbagai insentif, seperti bonus untuk setiap perlawanan, rumah, kereta dengan pemandu peribadi dan tiket balik ke KL.

Berita Penuh di The Star Online

PETALING JAYA: National striker Safee Sali has become Malaysia’s first football millionaire. The 28-year-old striker has confirmed that he has extended his stint with Jakarta club Pelita Jaya FC for two years, in a contract worth RM2mil.

Safee’s manager Zakaria Rahim said in a statement that under the new contract, Safee would receive numerous incentives, including fixed bonuses for matches, a house, car, driver and return tickets to Kuala Lumpur.

He added that the lucrative contract was Pelita Jaya FC’s acknowledgement of Safee’s contribution to the club. The Malaysian is also the club’s skipper.

Wordless Wednesday #19

*Hurmmm


Even though Wordless Wednesday, tapi tetap nak taip banyak jugak sebab ni concerns pasal isu sensitif dalam Malaysia, Halal atau Haram. Ini sebenarnya cerita tahun lepas lagi, boleh baca di sini dan sini. Mengikut cerita, coke formula di atas ini adalah formula coke yang lama. Tapi, formula coke yang sekarang pun masih diragui sama ada mengandungi alkolhol atau pun tidak. Sebaiknya kalau anda masih meragui isi kandungan coke, better avoid it. Minum lah air oren untuk perut yang sihat.

Selamat Hari Wilayah Persekutuan 2012!

Assalamualaikum.



Setiap tahun, 1 Februari adalah sambutan Hari Wilayah Persekutuan bagi semua negeri di bawah gagasan Persekutuan iaitu Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya. Setiap tahun juga, akan ada sambutan yang bermula dari sebuah Persekutuan dan berakhir di Persekutuan yang lain. Tahun ini, sambutan Hari Wilayah Persekutuan telah dirasmikan pada 28 Januari di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur dan majlis penutup akan dilangsungkan pada 26 Februari di Putrajaya. Jadual sambutan boleh tengok di sini.

Khas untuk rakyat Labuan, sambutan Hari Wilayah Persekutuan di Labuan akan dilangsungkan pada 10 sehingga 12 Februari di Dataran Labuan. Jadual sambutan di Labuan adalah seperti berikut;

-10 Feb: Konsert 2 Zaman (Rujuk Labuan FM untuk artis jemputan).
-11 Feb: Pertandingan Tarian Singa (ada 10 kumpulan). 
-12 Feb: Majlis Penutup Karnival Rakyat (ada OSBON, Mus MAY, Rehana@ Han, Saloma Labuan, Sweety Girls dan bunga api). 
Sumber

Selamat bercuti buat semua penduduk Labuan, Kuala Lumpur dan Putrajaya. ^__^


*Ini lah bendera Labuan


"RAKYAT BERSATU, WILAYAH PERSEKUTUAN MAJU"