Assalamualaikum.
Seperti yang telah dijanjikan, ini dia sambungan review untuk LG P500 part 1. huhu. Saya dah mention dulu yang handset ni kalau di kalangan geng-geng Android yang lain, handest ni la yang paling murah. Affordable la. Tiadalah harga mencanak-canak macam iPhone 4. Tapi handset ni memang tak boleh banding ngan produk Apple. Untuk pengetahuan, harga untuk handphone ni adalah dalam RM800+.
Ok. Berbalik kepada topik asal. Di sini, saya akan tulis review sendiri berdasarkan pengalaman menggunakan handset ni sejak sebulan yang lalu.
LG Optimus One ni agak kecil dan ringan berbanding Smartphone yang lain dan design cover bateri handset ni ada bentuk curve kat sisi kiri dan kanan. Jadi, kalau nak pegang agak selesa la sikit.
Optimus One ni dilengkapkan dengan kamera 3MP. Tapi kekurangannya, takde flash.
Seperti kebanyakkan Android lain, microSD dia mesti kat belakang cover bateri. Jadi, kalau nak cabut microSD tu, kena bukak dulu cover belakang Optimus One.
Ni user interface Optimus One. Ada addition touchscreen buttons untuk dialer, contacts, menu, messaging ngan web ngan lain2 link button yang korang boleh customize ngan sentuh skrin sahaja. Seperti kebiasaan, kalau dah nama Android, banyak apps yang boleh kita download. Handset dah ready ngan Facebook, Twitter, Google Talk, Youtube dan banyak lagi.
Optimus One boleh detect Wi-Fi kalau kawasan tu ada Wi-Fi. Umpamanya, McDonald. Selain tu, handset ni boleh share internet connection. Dalam bahasa mudah, korang boleh buat handset ni macam modem internet. Part yang 'Tethering & portable hotspot tu', dengan syarat handset korang ada sambungan internet. Korang pakai sim broadband kat handset ni ke. Optimus One akan secara automatik menggantikan modem pendrive broadband.
Ok, ni yang tak best. Packaging dia sangat menghampakan. Ibarat korang beli handset 100ringgit punya packaging. Abaikan harga tu ye. Time kasih.
Jadi kesimpulannya, handset ni ada pros and cons la jugak. Jadi, kalau anda pun berminat dan baru berjinak2 ngan Android ni. Banyak2 kan la membaca review2 orang lain yang dah purchase handset tu sebelum korang pun beli. Setakat ni, saya masih puas hati la ngan Optimus One ni walaupun banyak lagi kekurangannya tapi memang padan la juga untuk harga yang telah ditawarkan untuk handset ni.
Ok, tu je. Terima kasih
Sekian.








