Kenapa Kucing Makan Rumput

Assalamualaikum.


Ini fakta yang berguna kalau anda seorang penggemar haiwan comel ni. Kucing seperti mana yang anda ketahui adalah haiwan jenis karnivor yang mana rumput bukan dalam senarai diet dorang. Malah, untuk pengetahuan anda, perut kucing jugak tidak ada enzim yang diperlukan untuk mencerna rumput yakni serat. Jadi, kenapa kucing makan rumput? Jawapannya....jeng jeng jenggggggggggggg

Kita ambil contoh kucing yang dapat tangkap dan makan tikus. Tikus adalah haiwan berbulu... errr, give up tikus, tukar ke burung la. Geli la pikir tikus tanah tu. hahaha. Kucing sebagaimana yang anda ketahui tidak ada kepandaian untuk cabut bulu burung yang dia tangkap supaya dapat makan ngan senang. So, dorang terpaksa makan burung tu ngan bulu-bulu burung tu sekali. Sekarang bulu tu dah masuk dalam perut dorang dan untuk pengetahuan, bulu burung, bulu tikus, hatta bulu kucing tu sendiri tak kan hadam dalam perut kucing.

Oleh sebab perut kucing tidak mampu untuk menghadamkan bulu, kucing akan makan rumput. Rumput yang dorang makan tu membantu kucing ni memuntahkan balik segala benda yang tak dapat dihadamkan dalam perut dorang. Sebab tu la jugak kalau ada kucing yang jarang-jarang dapat makan rumput (kena kurung kat rumah), dorang akan makan tanaman lain kat rumah, atau pun sayur yang korang beli. Believe it or not, kucing memang suka makan sayur. Cats was born with it. So, sila bagi kucing anda makan rumput. hehe.

*Rimau pun makan rumput


(Games) Top 5 Free Games For Android Device

Assalamualaikum

Awesome!


Hi guys! Lama tak buat entri macam ni. Demi untuk menaikkan semula semangat aku untuk berblogging, aku buat jenis entri yang aku paling minat. Pasal gadget. So, kat sini aku senaraikan 5 game free untuk korang try dan simpan dalam Android device korang. Cekidout!


ANGRY BIRDS
Game ni memang kira yang paling addicting kot. Dari iOS ke Android, memang game yang paling popular untuk pengguna smartphone. Part yang best, game ni FREE kalau korang guna pengguna Android. Kalau pengguna Apple, kena bayar USD 99 cent untuk game ni. Ada jugak version yang free, Angry Birds Lite tapi level dia limited. Main satu hari boleh habis kot, kalau dah jailbreak lain cerita la.

RACING MOTO
Game ni kalau tengah bosan-bosan, memang syok kalau main. Lagi-lagi kalau skrin device korang besar, memang best main game ni sebab graphic dia cool. Untuk main game ni, korang cuma perlu tilt device korang untuk elak kereta. Simple tapi very addicting!

FRUIT SLICE
Game yang memerlukan korang potong buah macam samurai. Game ni lebih kurang macam Fruit Ninja kat iOS. Tapi game ni totally FREE kat Android. Graphic dia sempoi. Cuma perlu slice buah-buahan dan rakam rekod paling tinggi.

PAPER TOSS
Game yang perfect untuk hilangkan kebosanan kat office. Nak buat real kat dalam office pun boleh jugak, tapi kena pastikan bos takde la. haha.

CHALLENGING TIMESTABLE
Ni game yang aku paling minat. Game pasal sifir. Korang kena jawab sebanyak mungkin soalan sifir yang dorang bagi dalam masa yang ditetapkan. Serius addicting sebab setiap kali main mesti nak pecahkan rekod lama. Sila la download dan jadi addicted ngan game ni macam aku. Rekod peribadi setakat ni 61 soalan betul. hehe.


Banyak lagi free games yang best, tapi bagi aku ni antara games android yang terbaik. Kalau nak paid games yang feature dia jauh lebih COOL dari free games, boleh test game dari gameloft. RM6 untuk 1 game. Tapi kalau nak free jugak, kena rajin la google cracked apk. haha.

Selamat mencuba!

Wordless Wednesday #10

Assalamualaikum.

*Ubi ada jantina..hurmmmm..





p/s: Blogging..blogging..blogging..

New Chapter.

Assalamualaikum.


Rasanya dah agak lama saya meninggalkan blog ni, minta maaf banyak-banyak kalau ada rakan-rakan yang masuk dalam blog ni kebosanan asyik tengok post yang sama. Masih post pasal raya pulak tu bawah ni. hehehe.. Lot of things happen lepas post raya yang paling last tu. That's why blog tinggal macam tu je. Last post yang sebelum post ni pun dah dekat sebulan yang lalu. Konon-konon tak lama lepas post tu, start balik aktif blogging.. alih-alih jadik sebulan baru publish post baru. Tapi yang ni pun tak pasti lagi, nak maintain post macam dulu tiap-tiap hari ada post, ataupun time rajin jer baru post. InsyaAllah, saya cuba maintain macam dulu.

Apapun, saya tak sangka yang walaupun dua bulan lebih tak publish post baru, follower dah mencecah 901 orang. Terima kasih banyak-banyak buat rakan-rakan yang rajin berkunjung ke blog picisan lagi murahan ni walaupun blog ni lagi banyak karut dari info. Review pasal Galaxy SII pun gantung lagi, hehehe..

Banyak yang nak diceritakan sebenarnya dalam dua bulan tak update blog ni, tapi tak tau nak mula dari mana. Jadi, lebih baik kalau buka cerita baru kot. hehehe. Lagi pun cerita team Harimau Muda mengalahkan Garuda baru-baru ni jauh lagi hangat dari apa yang boleh saya kongsi. Trafik lagi mencanak kot kalau letak post pasal Harimau Muda. Tahniah buat Harimau Muda kerana berjaya menewaskan team Garuda, dua kali di depan penyokong pihak lawan sendiri dan sekaligus membawa pulang pingat emas. Tahniah!


*Emas milik Apexs, ambik dari Twitter Paknil :)


Selain dari tu, saya dah dapat first payment dari Nuffnang hasil dari blog Aku Anak Labuan ni. Alhamdulillah.. Boleh la buat bayar bil streamyx, walaupun nilai tu hasil dari kumpul berbulan-bulan baru cashout. hahahaha.. Tapi boleh la dari takde, ye tak? Terima kasih buat Nuffnang dan Harimau Muda kerana menjadikan hari-hari ku lebih indah. hehe..




Terima kasih sekali lagi buat rakan-rakan yang sudi jenguk blog tak seberapa ni. Maaf jugak sebab dah lama tak jenguk blog rakan-rakan yang lain tolong up trafik. Honestly, memang tersangat jarang buat blogwalking sepanjang tak bukak blog. Lepas ni saya akan cuba balik maintain publish post baru setiap hari macam dulu, pastu buat blogwalking macam biasa. Selain tu, nak minta maaf jugak sebab penulisan makin lama makin skema, sori kalau ada yang bosan baca. hehehe.. apapun, SKEMA ITU SEKSI yawwwww!