Assalamualaikum.
Baru terasa nak menaip panjang-panjang kali ini. huhu. Akhir-akhir ini, hangat diperkatakan di ruangan blog dan media mengenai perubahan drastik seorang mahasiswa perubatan di UK iaitu Amalina Che Bakri. Dari seorang remaja melayu yang sopan, tiba-tiba muncul dengan imej rambut bebas berkaler-kaler. Tak semena-mena Amalina jadi sebuah topik yang panas sehinggakan ibu beliau terpaksa keluarkan kenyataan dan sebentar tadi, Amalina sendiri terpaksa memberikan penjelasan melalui Skype. Video kat bawah sekali.
Aku sebenarnya ada point nak tulis pasal hal ini. Tapi sebelum tu, kena brief sedikit mengenai siapa Amalina Che Bakri. Amalina Che Bakri merupakan anak tunggal kepada pasangan Sabariah Hassan, seorang guru dan bapanya, Che Bakri seorang jurutera DBKL. Beliau mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan SPM 2004 dengan memperoleh 17A1. Untuk pengetahun, kami mengambil SPM pada tahun yang sama tapi aku dapat 7A je. hehe.
Ok, back to the point. First of all, kena point out dulu yang semua gambar dia yang disebarkan di laman-laman blog tu bersifat peribadi dan yang tukang sebar-sebar gambar beliau tu boleh dikatakan mencuri gambar-gambar dari facebook si Amalina ni. Yes, MENCURI. Apa perasaan anda kalau tiba-tiba gambar peribadi anda disebarkan, lepas tu orang lain bikin cerita dalam blog? Tapi mungkin salah dia jugak sebab tak kasi private Facebook. Gambar dah tersebar, nak buat macam mana lagi. huhu.
Tapi aku pun bukan menyokong perubahan Amalina ni sebab dulu time kami semua terima result SPM, dia elok je keluar TV sampai dapat Anugerah Maulidur Rasul, alih-alih keluar gambar dengan lelaki kulit putih. wadehel? Tapi aku memang tak gemar ada pihak yang tepek di blog masing-masing gambar dia, lepas tu tokok tambah cerita untuk panaskan blog. Nak buat apa semua tu? Up trafik? Mencuri gambar dia dari facebook, lepas tu buat fitnah. Apa beza korang si pembuat fitnah dengan gadis rambut kaler?
Bagi aku, lebih elok kalau gambar tu dibuang dari blog korang kerana ianya sangat mengaibkan dan lebih manis kalau anda berikan nasihat secara berhemah, bukannya dengan memaki hamun. Jangan mudah terpengaruh dengan tulisan yang tak pasti lagi kebenarannya, fikir masak-masak sebelum mengeluarkan komen. Lagi pun gambar dia aku tengok takde la over melampau-lampau, aku rasa jauh lagi over sesetengah pelajar dalam Malaysia sendiri. Tapi, pasal nak panaskan cerita, mereka buat cerita yang bukan-bukan dari beberapa keping gambar yang dorang curi dari facebook Amalina.
Seriously, sebagai pembaca, aku cukup tak puas hati pada blog-blog yang memaparkan gambar beliau dalam blog, lepas tu bikin cerita bukan-bukan. Kalau dalam bentuk nasihat, takpe jugak. Ini memaki hamun. Aku start blogging dulu sebab aku suka jadi pembaca, aku suka baca blog orang, suka pada entri perkongsian ilmu, cerita pasal travelling atau pengalaman belajar di tempat orang, tapi sekali terbaca entri yang macam tu, aku terfikir yang blog ni dah macam jadi mahkamah tak berhakim, masing-masing nak mengadili.
Apapun, harapan aku agar Amalina tak terus terpengaruh dengan budaya Barat yang menyesatkan.

nur sokong..kita sapa nak jugde dia..
ReplyDeletekalu dia berubah macam tu..kita cuma berdoa la dia kembli ke asal..kembli ke pngkal jalan..kalu sibuk canang pasal dia..xguna juga...=)
amalina che bakri pakai gitu sibuk nak bising , artis malaysia sendiri yang pakai baju tak cukup kain takde pulak nak bising2 =,=
ReplyDeleteoh sebab amalina che bakri tu budak pandai . tapi rasenya ramai je lagi yang dah jadi macam ni .
aigooo ~ mulut orang .
no komen pamie...hanya diri sendiri tahu masalah die..hehe
ReplyDeleteharp2 dia dh boleh berubah
ReplyDeletesayangnyer .... kalau tau ritu toksah dibagi stadi obersea mesia pun dah ok ape..... syang anak tunggalll... bg akak bio miskin ilmu donia jgn miskin ilmu akhirat bio berjaya di akhirat nanti jgn hanya berjaya kat donia aje.... dooohhhhhhhh.. (ala2 tangan di bahu cam kumpulan boboi)..
ReplyDelete