Assalamualaikum.
Ini berita baik untuk dikongsi bersama peminat sukan badminton pagi-pagi ini. Tahniah buat Datuk Lee Chong Wei kerana berjaya menewaskan Taufik Hidayat untuk mara ke peringkat separuh akhir kejohanan Terbuka Malaysia. Chong Wei bakal berentap dengan pemain kedua terbaik China iaitu Chen Long di separuh akhir.
*Datuk Lee Chong Wei
Tapi sebenarnya aku lebih mengharapkan ada barisan pelapis sebaik Datuk Lee Chong Wei selepas ni. Tak muncul-muncul lagi. Apapun yang terjadi, semoga Datuk Lee Chong Wei berjaya mempertahankan kejuaraan di Terbuka Malaysia untuk kali kelapan.
Berita penuh di Harian Metro Online
PEMAIN nombor satu dunia, Datuk Lee Chong Wei menganggap dirinya tidak perlu tertekan berdepan pemain nombor dua China, Chen Long di separuh akhir hari ini kerana dia akan tetap berada di ranking nombor satu dunia walau apapun yang berlaku pada pertemuan itu.
Dia yang memburu gelaran kelapan Terbuka Malaysia berharap agar prestasi baik di awal tahun ini berterusan sehingga ke Olimpik.
“Saya rasa dia pemain muda yang agresif tapi saya tidak perlu tertekan. Saya pemain nombor satu dunia sedangkan dia, nombor tiga,” kata Chong Wei selepas mengatasi pemain Indonesia Taufik Tidayat 21-9, 21-18 semalam.
Mengulas mengenai perlawanan menentang Taufik, Chong Wei berkata dia gembira kerana dapat mengeluarkan permainan sebenarnya.
“Saya gembira dapat menampilkan permainan sebenar saya, cuma di set kedua saya agak bersahaja dengan melakukan hantaran separuh gelanggang bagi membolehkan Taufik melakukan smash dan membuatkannya bersemangat. Apapun saya bernasib baik kerana dapat bangkit semula,” kata Chong Wei.
“Saya harap prestasi ini berterusan. Seperti tahun lalu saya menang kejohanan pertama di Terbuka Malaysia sebelum tewas di Korea.
“Semoga aksi ini berterusan dan saya mendapat dua lagi gelaran Siri Super sebagai persediaan ke Olimpik.” Dalam pada itu, Chong Wei mengakui selepas ketiadaan Lin Dan yang tersingkir di pusingan kedua, Chen Long kini muncul pencabar terkuat di Terbuka Malaysia.
“Tanpa Lin Dan, memang Chen Long pencabar terkuat. Saya harap dapat pertahan gelaran buat kali kelapan. Jika berjaya mengatasi Chen Long saya rasa cabaran lebih mudah antara Kenichi Tago dan Chen Jin di final nanti.”

terbaik la datuk ^^
ReplyDeletegdluck .. hehe
suka chong wei!
ReplyDelete