Isnin lepas aku ada buat entri pasal baucar buku 1Malaysia ni kena lelong di internet, boleh tengok sini, kerajaan dah announce barang siapa yang didapati menjual dan melelong baucar ini boleh dikenakan tindakan. Jika didapati bersalah boleh dihukum penjara tidak lebih lima tahun, selain denda dan sebat. Yes, hukuman sebat termasuk sekali untuk pelajar-pelajar yang salah guna baucar ni, yang aku rasa agak keterlaluan. Tapi, itu keputusan kerajaan, mungkin ada juga rasionalnya di situ.
Kalau baucar buku 1Malaysia ni wujud semasa aku belajar di Pahang dulu, aku bersyukur sangat-sangat. Banyak keperluan boleh dibeli. Kalau nak habis cepat, boleh beli novel atau pen mahal banyak-banyak. Kalau baki banyak, boleh beli untuk adik-adik, sepupu, atau anak buah yang masih bersekolah. Banyak lagi option. Tapi, kalau fikir untuk diri sendiri je memang jadi macam kat atas la.
Selamat memanfaatkan baucar buku 1Malaysia yang anda dapat dengan sebaik-baiknya.
Berita penuh di Berita Harian Online
Hukuman berat kepada si penjual boucher buku tu...memang manusia ada pelbagai ragam. Dapat free masih tidak bersyukur.
ReplyDeleteTak diberi bising macam-macam bunyi komplen pulak.
elok juga kerajaan bt cmtu kan..ingt senang kerajaan nk bg free..
ReplyDeletebila berbayar bising..plak ragam manusia huhu..