Blogger.com tak boleh nak sign in??

Assalamualaikum.





Korang ada problem tak dengan blogger.com? Ada yang tak boleh sign in lagi? Cuak jugak bila dari tadi pagi try login ke blogger tak dapat-dapat. Nak post entry baru pun sampai kering idea. Otak tengah ligat cari solution camne nak login ke blogger hari ni. Hari tu problem widget follower tak timbul-timbul. Kali ni Navbar pulak yang tak muncul-muncul. Balik-balik keluar yang ni...



*tensen tahap jurus petala langit 88!!


Bad Request..Bad Request..Bad Request!!!


Nasib baik dah boleh log in dah sekarang. Lega sikit. Dengan sedikit kepakaran menggodam dan bermain dengan kod-kod hacking. Akhirnya, berjaya jugak masuk ke blogger dan update entri baru. hahaha.

Kalau korang tak dapat login lagi ke blogger, korang boleh ikut tutorial ni. Cara-caranya senang je. Kalau korang guna Windows 7. Pergi ke Program, lepas tu pergi ke Run. Dalam kotak Run tu, taip Calc. Kalau dah yakin betul, baru tekan butang Enter. Pastikan yang korang taip tu betul sebab kalau salah, takut mati pulak pc@laptop korang tu. Bahaya bila bermain dengan coding ni.

So, dapat tak? Mestilah tak dapat kan. wakakakaka. Buat la calculation kat situ kalau malas nak cari kalkulator saintifik tu. hehe. Ok, sori-sori. Gurau. Ini betul-betul punya tutorial. Baca betul-betul ok. Kalau korang buka blog pakai Chrome, ada nampak tak Navbar kat atas tu. Kalau tak nampak, gerakkan cursor mouse korang ke atas sekali sebelah kanan dan klik butang X tu sebab memang tak boleh pakai opera. hehehehe.

So, sekarang solution dia, korang bukak blog korang pakai Mozilla. Nampak kan butang Navbar kat atas tu? Kalau tak nampak tak tahu la. Tekan je sign in dan seterusnya, SELAMAT KEMBALI KE BLOG!



p/s: Chrome problem kot dengan blogger. Tapi tak suka pakai mozilla sejak flash player update ke version 10.2 sebab selalu lagging, loading pun lambat. Haishhhhh.
 

Tahniah HARIMAU MALAYA!

Assalamualaikum. *Entri ringkas*







Sekalung TAHNIAH buat pasukan HARIMAU MALAYA kerana sekali lagi berjaya mengharumkan nama MALAYSIA di persada dunia bola sepak. Semoga pasukan bola sepak negara terus unggul dan seterusnya layak ke Piala Dunia 2014!


MALAYSIA (2) - (1) TAIWAN
(Syafiq Rahim, Aidil Zafuan)


TAHNIAH PASUKAN MALAYSIA!


p/s: Walaupun menang tipis, tahniah Harimau Malaya!

Wordless Wednesday #3

Assalamualaikum.




hihihihi.

Aku dapat surat cinta dari Johor!!

Assalamualaikum.


Yeahhh!!!! Hari ni dapat satu sampul surat dari.....


*Surat dari UTM dah sampai, weeeeeeeee


*That's my name...and err, num ic skali..lantak la, malas dah nak padam skali..


Ini susulan dari entri yang sebelum ni, tengok kat sini. Saya ada post pasal saya dapat tawaran sambung pengajian ke program sarjana, atau dalam bahasa omputihnye, master's degree di UTM. Untuk entri yang tu, saya dapat offer letter tu melalui email dan dalam email tu dorang bagi tau sekali yang dorang akan hantar sekali hardcopy untuk offer letter ni. Tunggu punya tunggu, surat tu dah sampai hari ni!!

Tapi, terpaksa tangguh lagi ke semester II dalam bulan 12 sebab finance tak ready lagi. Hopefully, semua ok la lepas ni. Ingat nak go for scholarship. Mybrain dapat support untuk yuran je, tapi sara diri? Degree dulu mengharapkan PTPTPU pun dah terkapai-kapai, apa lagi kalau dah master ni. Terpaksa kumpul duit lagi sebelum bulan 12 in case scholarship tak dapat. Sebelum tu, nak gi usha Samsung Galaxy S II dulu. hehehehehe. Sila jangan jelessssssss


p/s: Kalau la dari nuffnang ni boleh buat ribu-ribu macam Hanis Zalikha tu, kan ke best?

(Entri Spesel) Terima Kasih!

Assalamualaikum.

Entri ni ditulis sebagai tanda penghargaan kepada rakan blogger iaitu Ammar sebab trafik ke blog ni banyak datang dari blog Jom Klik Blog miliknya. Dia letak blog picisan ni kat dalam bloglist dia. Secara tak langsung, trafik dari blog dia tu banyak tersumbang ke sini. hehe. Thanks Ammar!

Ce tengok, ce tengok..


*Shoutmix tu hasil blogwalking takde limit, haha


Terima kasih banyak-banyak buat semua follower, pengomen tegar dan pejalan kaki di blog yang tak seberapa ni. *hehe. lek je tiru ayat en saleh aka syrupmasin*   Terima kasih juga kalau korang letak sekali blog ni dalam bloglist blog korang. Appreciate it! 

Blog ni kalau kira, hampir-hampir nak deactivate dah. Blog ni saya create dalam bulan May 2009. Sebelum tu, ada lagi blog personal yang lain tapi semua dah delete. Lepas tu, secara jujur, saya tak jadi delete blog ni sebab terjumpa nuffnang dalam hujung bulan tiga tahun ni. Sebab nuffnang, terus tak jadi delete. Mata duitan tul $.$ hahaha. Then, saya aktif balik blogging dari bulan April tahun ni. Boleh tengok kat Senarai Entri kat tepi ni kalau nak tengok perbezaan jumlah entri tu. hahaha. Dari follower 55 orang, sekarang dah jadi 628 orang dalam masa 3 bulan. 

Yang penting, hasil dari blogging ni saya dapat berkenalan dengan ramai blogger lain dan menjalin persahabatan di alam maya. Cewah, ayat. hahaha. Tengok kat bloglist Geng Blogger. Semua tu mereka-mereka yang memang rajin update blog tiap-tiap hari. Semua tu yang saya rajin terjah dan dorang pun rajin terjah blog ni balik. huhu. Semua tu hasil perkenalan dari blogging ni la. Terima kasih banyak-banyak sekali lagi kepada semua yang sudi follow blog ni, selalu tinggal komen dalam entri atau kat shoutbox dan selalu jenguk-jenguk blog ni....


TERIMA KASIH!


p/s: Entri susulan dari blog syrupmasin. hehehe.

Kenapa pilih untuk berblog?

Assalamualaikum.


Credit to google


Kenapa pilih untuk berblog? 

Sebelum korang create akaun di blogger atau wordpress untuk wujudkan satu platform untuk menulis di website, pernah tak terfikir atas tujuan apa blog itu diwujudkan? Rata-rata blog yang saya jumpa setakat ni banyak bergenrekan gosip artis, perkongsian ilmu, info, berita, tutorial, personal dan yang paling saya minat, review gadget (yang ni saya banyak masuk omputih punya blog la,hehe).




As for me.... Few years back, sebelum saya wujudkan blog ni, saya jadik silent readers terlebih dahulu untuk seorang blogger ni. Saya memang envy habis-habisan la blogger ni. Dia punya entri, gaya penulisan, info yang dia kongsikan, sampai la ke layout blog, semua AWESOME! Beliau yang saya maksudkan adalah Khairul Nizam atau lebih dikenali dengan Khai, pemilik blog Just Khai (dot) Com dan pencipta fenomena Oh!  kat Malaysia ni. 

So, atas sebab dah envy ngan blog dia masa tu. Saya pun create la jugak blog. hehe. Dulu-dulu entri semua taip in english walaupun grammar hancur. kahkahkah. Selain tu, ada reason lain jugak kenapa saya berblog. I believe korang dah perasan yang tagline untuk blog ni adalah Aku Anak Labuan. Reason? Simple, sebabnya saya lahir di Labuan, membesar di Labuan, bersekolah di Labuan sehingga lah diterima masuk ke Matrikulasi Labuan.  Lepas tu, saya berhijrah ke Pahang untuk sambung belajar ke degree. That is when saya mula terjebak dengan blogging ni. Macam lumrah pulak, setiap student wajib kena ada blog. hehe.

Dipendekkan cerita, masa kat Pahang tu, saya terfikir nak create satu blog supaya famili saya, kawan-kawan saya di Labuan dapat tengok apa yang saya buat sepanjang belajar di Pahang. Sebabnya, dalam ramai-ramai famili member, termasuk la cousin-cousin, saya la orang pertama yang belajar di tanah Semenanjung. So, haruslah berlagak sikit. hahaha. Tapi, memang jarang update la masa tu sebab guna wireless yang Universiti sediakan. Faham-faham je la kalau semua student guna satu server. Internet jadi lembab nak mampus. Nak bukak friendster pun makan 10 minit. ehhh friendster? Jadi sejarah dah ni.





"Jadi sekarang, bila dah kerja kat Labuan, apa pulak tujuan berblogging? Nak dapat income lebih ke??"

Honestly, tak pernah terlintas sebelum ni dari blog boleh buat duit. Even kewujudan nuffnang pun saya  baru tahu dalam tahun ni. Jadi lepas dah berdaftar ngan nuffnang ni, saya dah tak boleh nak menafikan saya berblogging untuk dapatkan income lebih. Tipu kalau korang blogging bukan untuk duit kalau dah terang-terang pasang iklan nuffnang kat blog. Sekurang-kurangnya, dalam 100% tujuan berblogging tu, mesti ada terselit dalam 10% nak jana pendapatan tambahan tu kalau dah pasang iklan nuffnang. But hey, saya faham bukan semua jadikan duit sebagai tujuan utama berblog even dah pasang iklan tu. Tapi, income dari nuffnang tu boleh dijadikan antara sebab untuk terus berblogging. Betul tak?

Sekarang ni, tujuan blogging dah banyak ke arah membina persahabatan di alam maya seperti Jamal, Ammar, Zureen Santik, Abg Teror, Syrupmasin, Solehah, ramai lagi la. So, kesimpulannya, kenapa pilih blogging? Kenapa blogging dijadikan sebagai hobi? Apa bestnya blogging? Selain dapat kawan, boleh share ilmu dalam blog, dapat pendapatan tambahan, banyak lagi la. Bak kata Jamal,

"Sharing Is Caring"


So, korang plak, kenapa pilih untuk berblog? Sila buat entri kat blog masing-masing. hehehe.


Peace yall!!



p/s: Entri ditulis untuk merungkai persoalan cousin yang tak suka blog dan tak nak ambil tahu pasal blog. Dia kisah facebook je. Tapi, facebook pun macam dah makin bosan la. Apsal ek? huhuhu.

(Video) Maharaja Lawak Final! SEPAH JUARA!!

Assalamualaikum.




Seperti yang telah diramalkan, akhirnya SEPAH dinobatkan sebagai JUARA MAHARAJA LAWAK!!!


TAHNIAH SEPAH!


Setiap minggu kalau saya update memang saya dahulukan SEPAH dalam senarai peserta akhir ML. Idea dan persembahan dorang memang best! Memang rezeki dorang la malam final ni. Sebagai juara, dorang bawa balik hadiah wang tunai RM350,000 bersama trofi. 

Tempat kedua pulak, kumpulan JOZAN. Untuk tempat kedua, dorang bawa balik RM250,000 bersama trofi. Part paling best...

"Ouh, begitu kah?"
"Begitu la ape?"
"Begitu...la awan nano nano nano nano nano nano nano nano...nano nano nano nano...."
LOL

Tempat ketiga, NABIL. Nabil pun best jugak malam ni, macam Nabil yang dulu-dulu. Idea kreatif. Siap ada The Lazy Song lagi. hahaha. Tapi, yang paling untung Nabil la jugak malam ni. Hadiah yang dia dapat tu, tak perlu bagi-bagi macam peserta lain. RM150,000 tu! Boleh beli iPad2 60 bijik! BEST BRO!!

JAMBU pulak tempat keempat. Untuk tempat keempat, dorang bawa balik wang tunai RM50,000 bersama trofi. Namun yang penting, malam ni semua peserta bagi persembahan yang sangat best buat semua peminat rancangan Raja Lawak

Ok, jom tengok video persembahan Sepah. Macam biasa, right click kat gambar, open kat new tab untuk direct ke page youtube. Persembahan lain, klik kat link ok. *Malas nak PrtSc banyak-banyak.hehe*

Enjoyyyyyyyyyyyyyy


PUSINGAN PERTAMA

Sepah
*Jepp Sepah jadik sape?? hahahahaha. Tengok astro oasis.



PUSINGAN KEDUA

Sepah
*Shuib Sepah jadi mak cik lagi. hahaha.



KEPUTUSAN MAHARAJA LAWAK AKHIR

*Reaksi Sepah semasa diumumkan sebagai Juara! Terikut nangis dowh, haha.


p/s: "Manis tak kurma ini??" LOL

(Entri Spesel) Follower AAL ke 600 la pulak!!

Assalamualaikum..




At last, sampai jugak angka 600!! hehe..

Maaf kalau ada terselit ke'riak'kan atau ke'takbur'an dalam entri ni, diri ini hanya sekadar menghargai mereka-mereka yang sudi tekan butang follower walaupun blog ni ter'sangat'la biru, silau pulak tu. *Ouh, tatabahasa fail*

Kalau ada yang nak complain pasal kaler layout background ni, mintak tinggalkan komen. Kalau ramai yang komen, maka kaler tersebut akan ditukar kepada kaler biru yang gelap sikit. Tukar kaler je, gambar kopi kat sebelah kiri ni tak nak tukar, sayang dowh. haha.

Berbalik kepada tajuk entri, jutaan terima kasih diucapkan buat cik zielarh sebab tekan butang follow kat widget follower blog ni. hehe. Thanks!!


*Tiru print screen yang macam abang ben selalu buat. haha.


Jom terjah blog cik zielarh!

(Video) Angry Birds Live!

Assalamualaikum.




Lunch hour dah ni, tapi tak lunch lagi. Nak update blog jugak dulu. haha. Tapi, update blog pun masih pakai connection internet kat office ni. Kat rumah streamyx ada problem lagi. Pakai broadband?? Dah taubat tak nak guna berukban lagi kat Labuan ni. Hatta, nak bukak facebook pun kena tunggu 5 minit. Apatah lagi kalau bukak blogger. grrrrrr. Anyway, terima kasih banyak-banyak buat bos saya, Encik *** sebab tak kedekut. hehe.

Semalam, saya post entry #Wordless Wednesday yang totally opposite meaning of worthless, tayang iPod main game Angry Birds ni. hahaha. Seriously, game ni memang ternyata sangat best! Kalau kat handphone korang tak boleh main game ni, korang boleh try kat pc@laptop or whatever yang ada browser Google Chrome. Klik kat link tu ye. Cuma, game ni kena bayar kalau nak main yang full version. Kalau kat chrome, game ni boleh main 21 stage sahaja. Kalau through Apple's iOS, lagi sikit, 12 stage je, kalau yang free punya la. Tapi, kalau main kat Android, korang boleh main game ni sepuas-puasnya!! hahaha. Ouhmai, ni yang tak sabar nak beli Samsung Galaxy S ni. hahaha. Bajet? Hurmmm, dapat gaji bulan ni, tolak streamyx, bayar pinjaman PTPTPU, saving sambung master, bagi mak ayah, trade in LG P500... cukup kot. hahahahaha.

Berbalik kepada tajuk entry. Video ni pasal dorang main game ni kat smartphone, but in the same time boleh tengok game ni live depan mata! Boleh tengok natang hijau tu meletup lagi. Ye, meletup!! Boleh tengok Behind the Scenes sekali kat sini. Ok guys, ini videonya, layannnnnnnnnnnnn









p/s: Cuba korang tengok font tulisan kat header blog ni, then compare dengan tulisan Angry Birds tu, korang ada perasan apa-apa persamaan tak? hahahahahahahahahahahaha

Wordless Wednesday #2



Tembaaakkkkkkkk!!




nota kaki: Streamyx kat rumah rosak la pulakkk

(Tutorial) Letak Iklan Nuffnang Skyscraper Statik

Assalamualaikum.

*Entri tutorial ringkas. Ada permintaan. hehe.


Iklan Nuffnang Skyscrapper ni posisi dia kat Sidebar. Tapi kalau nak letak statik macam kat tepi sebelah kanan ni pun boleh. huhu. Cara-cara dia ikut kat bawah ni...

1) Login ke akaun Nuffnang, pilih Add ads (Skyscrapper)

2) Masuk Design kat Dashboard Blogspot

3) Klik kat Add A Gadget

4) Pilih HTML/ JavaScript, copy code di bawah masukkan dalam tu..

<div style="display:scroll; position:fixed; bottom:5px; right:5px;">

5) Lepas tu, copy and paste kod iklan nuffnang (Skyscraper) korang di bawah code kat atas ni. Contoh macam di bawah..

<div style="display:scroll; position:fixed; bottom:5px; right:5px;">
<!-- nuffnang -->
<script type="text/javascript">
nuffnang_bid = "--------------------------------";
</script>
<script type="text/javascript" src="http://synad2.nuffnang.com.my/lmn.js"></script>
<!-- nuffnang-->

Sekiannnnnn.

Credit: Tutorial untuk blog

Cara-cara Mengatasi Penyakit Hari Isnin aka Monday Sickness!

Assalamualaikum.


Pernah dengar PENYAKIT HARI ISNIN?? 







Omputeh kata Monday Sickness. Setiap hari Isnin, penyakit ni akan datang. Kalau penyakit ni dah jadi macam habit kat seseorang individu tu, kalau tak mintak leave, at least dia akan lambat gerak dalam setengah jam ke office. Kalau di UK, lebih dari satu pertiga surat MC diambil pada hari Isnin. Kalau korang nak tahu korang dah berjangkit ngan penyakit ni atau pun tidak, simptom-simptom penyakit ni adalah seperti berikut...


1) Tahap kemalasan pada hari Isnin adalah yang paling tinggi jika dibandingkan hari-hari bekerja yang lain..
2) Malas bangun pagi
3) Takleh nak fokus pada kerja, termenung je banyak.. tak pun sambung tidur atas meja opis the whole morning..
4) Jadi pemarah tiba-tiba macam orang datang bulan..
5) Instead of buat kerja... masuk je opis lepas punch card, bukak pc, buka folder games, lepas tu main solitaire dua jam..


Pendek kata, waktu pagi hari Isnin je mesti kerja tak produktif. Enjin belum panas kononnya. Dah petang-petang dekat pukul 5, baru panas. Then continuos la sampai hari Jumaat. Tapi bila datang hari Isnin minggu seterusnya, mesti start balik macam ni. Even student pun tak terkecuali, setiap hari Isnin kalau boleh nak mintak cuti MC. Mesti pagi-pagi masa nak bangun pergi kelas tu, create satu alasan masa half awake untuk skip kelas jam 8. hehehe.

Penyakit ni memang sejak dari dulu lagi wujud. Kalau ada ubat untuk penyakit ni memang hebat la saintis yang cipta ubat tu. Ini semua berbalik kepada kekuatan psikologi atau pemikiran seseorang tu. Kalau lemah, memang setiap hari Isnin macam tu je lah. Kalau orang tu ada visi dalam tahap produktiviti kerja, hari Isnin boleh dilabelkan sebagai hari yang paling di tunggu-tunggu. Hari tu la dia boleh letak matlamat untuk minggu tu. Then, tengok result matlamat dia at the end of the week.


So, how to deal with it?






Tapi, sebelum tu, jom consider terlebih dahulu apa sebab-sebab yang boleh mempengaruhi monday sickness ni. Setiap hujung minggu, kita akan cuba memastikan semua tekanan waktu bekerja seboleh mungkin dilepaskan pada waktu itu. Tak kira la pergi dating ke, shopping sakan, jalan-jalan di mall, atau kumpul satu famili buat barbeque kat pantai. You name it as long you enjoy your weekend. Ini kerana apabila sudah masuk hari Isnin, tekanan tu akan berkumpul lagi dan setiap hujung minggu digunakan sebaik mungkin untuk release tekanan. Proses ni berulang-ulang sehingga tiada lagi komitmen terhadap kerja. Bila proses ni dah berulang-ulang, sampai satu tahap tu feeling of enjoyment ni akan terbawa-bawa ke hari Isnin. Sebab tu hari Isnin rasa malasssss je.

Now, that we know. Ini cadangan untuk overcome monday sickness ni.

1) Snap out of it! Hujung minggu dah berakhir dan anda perlu memberikan komitmen terhadap kerjaya pulak. Yelah, kalau malas kira macam makan gaji buta la kan.
2) Bahagikan tugas yang perlu anda lakukan hari itu dalam jadual yang lebih mudah. Motivasikan diri anda sendiri.
3) Cuba berbual dengan office mate yang lain waktu rehat. At least, boleh membantu anda menjadi cergas pagi Isnin tu.
4) Listen to good music. On the way ke office tu, bukak radio Hot FM, dengar panggilan hangit. Pasti akan terbawa-bawa ke office. hehehe.
5) Nikmati waktu rehat anda sebaik mungkin.
6) Each monday morning, boost yourself with a cup of coffee!


*Kopi kaw yang paling sedap!


So,itu serba sedikit cadangan yang boleh diaplikasi untuk mengatasi monday sickness ni. Kesimpulannya, cuba enjoy hari Isnin sebaik mungkin seperti hari-hari yang lain even payah. Tetapkan matlamat dan mulakan hari anda dengan senyuman. Ini kerana sebanyak mana pun alasan kita bagi, kita tak boleh nak elakkan hari Isnin. Hari Isnin tetap akan datang. So, the best thing yang kita boleh buat adalah lalui hari Isnin dengan motivasi diri yang tinggi supaya kerja tu habis cepat dan lepas tu kita dah boleh rilek main game kat facebook, post status baru di twitter dan update blog dengan hati yang senang. hehehe.


p/s: Pesanan ini ditujukan kepada diri sendiri. huhuhu.

Sumber: Mike Lopez

(Tutorial) untuk mengetahui tarikh bila menyertai Twitter

Assalamualaikum.






Korang dah daftar dengan twitter belum? Rugi kalau belum daftar lagi. huhuhu. Kalau ada yang sudah berdaftar tu, kadang2 mesti nak tau bila the exact tarikh berdaftar ngan twitter. Ada yang jenis tak kisah, tapi ada juga jenis yang kisah... konon2 macam tarikh anniversary la. hehe. 

So, kalau korang jenis yang kisah *hehe*, boleh try kat whendidyoujointwitter.com.






Masukkan je twitter username korang, lepas tu tekan enter. Walllaaaa!!

Tarikh bila korang berdaftar ngan Twitter akan keluar macam kat atas tu. Senang kan?

Ok, tu je. Sekiannnnn


p/s: akaun Twitter special untuk geng2 blogger je :)

ENTRI SPESEL: Selamat Hari Bapa 2011!

Assalamualaikum.

Hari ini 19 Jun 2011 merupakan hari yang sangat istimewa buat semua lelaki yang bergelar BAPA di seluruh dunia.

And so...



Happy Father's Day!



Every little drops of my sweats..
Every little sacrifices that I made..
Could never repay yours in any way I could think of Dad..
I love you..

ENTRI SPESEL: Follower AAL ke 555!

Assalamualaikum.

Nampak cantik pulak number follower kali ni. Terus update. hehehe.




Terima kasih banyak2 buat follower ke 555 iaitu Cik Ecah sebab sudi mengklik butang  di widget followers blog ni. huhu.

Jom terjah blog Cik Ecah!


*Klik image ni untuk ke blog Cik Ecah.

Maharaja Lawak Minggu ke-12

Assalamualaikum.

Maharaja Lawak kembali lagi. Jom layan!

*Klik gambar untuk direct ke youtube.


SEPAH


JAMBU


JOZAN


NABIL



Macam biasa. Update ikut yang paling best. hehe

Koleksi Gambar Bayi Haiwan yang Tersangatlah Kiut!

Assalamualaikum.

Simpan lama dah gambar ni. Dua tahun dulu lagi kot. hahaha. Boleh la buat hilang2 tensen.

10 keping gambar2 bayi natang untuk dilayan. Enjoy!


PANAS! ALBUM KPOP MALAYSIA PERTAMA!!!


MEMPERSEMBAHKAN!


BUAT JULUNG-JULUNG KALINYA...


ALBUM K1MALAYSIA POP YANG PERTAMA!!


MEMUATKAN 5 BUAH LAGU TERBAIK PERNAH DIHASILKAN!!



KHAS UNTUK RAKYAT MALAYSIA!











*Enjoyed it? Do understand what he meant by "Please be yourself" with the hand sign..Genius!!

Perang Blogger Bermulaaaa

NAMA KUMPULAN : KAMI GILA SEGMEN

KETUA KUMPULAN : BeloG MTT


1) http://gadiskutersayang.blogspot.com/
2) http://lytulip.blogspot.com/
3) http://www.my-shopping2u.com/
4) http://kisahkauakudankancil.blogspot.com/
5) http://informations-the.blogspot.com/
6) http://izyannadira.blogspot.com/
7) http://farahahalife.blogspot.com/
8) http://haffizmohdnoor.blogspot.com/
9) http://pami3.blogspot.com/
10) http://sophieisa.blogspot.com/
11) http://kisahkami83.blogspot.com/
12) http://ibundadelight.blogspot.com/
13) http://kisahhatiaku.blogspot.com/
14) http://mrbaiz.blogspot.com/
15) http://informations-the.blogspot.com/
16) http://nakstoryboleh.blogspot.com/
17) http://heartylolipop.blogspot.com/
18) http://ladypinkucuk92.blogspot.com/
19) http://sweetctie.blogspot.com/
20) http://shafildabaharuddin.blogspot.com/
21) http://theplainyard.blogspot.com/
22) www.alyaesprezzo.com
23) http://theplainyard.blogspot.com/
24) http://www.wydaz.com/
25) http://yien9897.blogspot.com/
26) http://mariatunnabila.blogspot.com/
27) http://nurulhafizahramli.blogspot.com/
28) http://arayun.blogspot.com/
29) http://mariatunnabila.blogspot.com/
30) http://syurgacintalya.blogspot.com/
31) http://izyannadira.blogspot.com/
32) http://syafikway.com/
33) http://sparklemaneh.blogspot.com/
34) http://elyanaguitar.blogspot.com/

35) http://lassierose.blogspot.com/
36) http://zaarahayat.blogspot.com/



Sebab nama kumpulan :

KGS name komercial...huhu.. selaen dari sebab di atas adalah... Segment gak telah merapat kan hubungan kita..x kira la ko pemes ke x...dengan masok segment sume same...kita jd pemes... sama pemes ngn org pemes... yeah!!! Kami giler Segmen.. Hahaha.. Sbb rata2 sume yg masok ni sume memang gielr segment kan?? So, kitangn segment mmg x dpt nak di pisah kan la...da macam isi ngn kuku da...

PERANG BLOGGER

Assalamualaikum.




Kena join cepat2 ni. Sejam je buka. Kalau nak join klik kat header BA ni.

Wordless Wednesday #1





Antara Jurutera dan Sarjana, yang mana satu Pilihan BIJAK??

Assalamualaikum.






Alhamdulillahhhh.... Akhirnya sampai juga offer letter dari UTM untuk sambung master. Tercapai jugak la impian nak sambung master. 

Ada orang pernah tanya, "Tak cukup ke degree ko tu? sampai nak sambung master lagi?" 

Honestly, banyak lagi yang saya perlu belajar. Berbekalkan degree, untuk menjadi seorang yang bekerjaya dalam bidang professional memang dah cukup. Kalau masuk government sebagai Jurutera dah pegang tangga gaji gred J41. Gaji bulan2 dah boleh kahwin 4. hahaha. Tapi, saya rasa ilmu di dada tu belum cukup lagi. Sebab tu la selagi masih bujang ni, target nak sambung master tu mesti tercapai.

Persoalannya sekarang, adakah saya akan jadi lebih bagus dari segi teknikal bila dah ambik master ni? Adakah saya boleh menjadi seperti Eng Nana (bukan nama sebenar), application engineer wanita terbaik di Malaysia *hehe*??

dan....


Sijil Master's Degree tu nak bawa ke mana?


Nak buat apa ek dengan sijil master tu? Boleh tolong bagi cadangan tak? hahahaha. Tengah berfikir2 lagi ni adakah keputusan untuk ambik master tahun ni, satu keputusan yang bijak? ke kumpul pengalaman dulu, kukuhkan kewangan, then baru fikir ambik master. Tapi probability nak dapat offer letter dari utm tu lepas ni, mungkin dah takde... So, what say you?


p/s: Hurmmmmmmm.....

TAWARAN KEMASUKAN KE PROGRAM PENGAJIAN SISWAZAH

Assalamualaikum.

Omaigod omaigodddd omaigodddddddddddddddddd!!!




Tahniah kepada diriku sendiri. hahahahahahaha. Alhamdulillahhh....

Metered Earning Pertama dari nuffnang!!

Assalamualaikum.


Lama tak update blog. Trafik jatuh gila2. Gila2 pun tak jatuh macam ni. huhuhu. Neway, thanks buat member2 blogger yang sudi singgah blog ni selama saya tak update blog.


Pagi tadi sempat lagi cek nuffnang, tengok Buffered Earning sekali. Alih2 satu BE dah jadi Metered Earning. harharhar. Tapi kan, apa beza BE ngan ME ni? Musykil2. Ini la first time tengok ME kat akaun nuffnang. huhuhu.




Lepas tengok Metered Earnings, macam biasa la.... scroll lagi ke bawah tengok total earning. Wauuuuuuuuuuuuuuu,  sikit je lagi dah boleh cashout dah ni. Yippiiiiiiiiii! Tengok kat bawah ni......






p/s: alhamdulillah....

(Tutorial) Buat Assignment ChurpChurp @ Scheduled Tweets

Assalamualaikum.

Jom buat assignment churp2! Kalau korang sudah berdaftar dengan churp2, mesti dah tahu assignment yang churp2 bagi iaitu SCHEDULED TWEETS.  Untuk nak mendapatkan assignment dari churp2 ni, korang cuma kena follow syarat2 ni je.


1. Ada akaun Twitter
2. Follower Twitter melebihi 25 orang


Ok, kalau dah cukup dua2 syarat kat atas ni, korang akan dapat assignment dari churp2 melalui email atau kat dashboard churp2.




Kalau korang dapat email macam kat atas, login masuk ke churp2 terlebih dahulu. Korang akan dapat assignment yang bentuknya lebih kurang macam kat bawah ni. Untuk scheduled tweets ni, korang cuma perlu taip ayat2 yang 'power' guna keyword yang dorang bagi. Ayat dalam kotak merah tu keywords untuk assignment yang dorang bagi la. Ayat yang korang reka tu perlu ada keywords tu. 







Kat bawah ni contoh ayat yang saya karang untuk assignment churp2 ni. Nak buat in English boleh, dalam Bahasa Melayu pun boleh. Yang penting, keywords tu mesti ada sekali!




Bila dah siap reka ayat tu, tekan submit dan tunggu dalam satu hari, atau paling lambat dua hari, kalau churp2 puas hati ngan ayat yang korang reka tu, dorang akan published ayat yang korang reka tu kat twitter macam kat bawah ni. Kalau ada perkataan Ad: kat depan tu, maknanya dari scheduled tweets la tu. 




Ok tak? Ringkas je entri ni. Malas nak terang panjang. Senang je scheduled tweets ni. huhuhuhuhu.


Buffered Earning ke dua!!

Assalamualaikum.



Syukur alhamdulillahhhh..... dapat lagi BE dari Nuffnang. Dua tengah running, dan dapat lagi satu hari ini, jadi tiga la kesemuanya BE yang running di blog ni. huhuhu.


Terlebih dahulu, terima kasih banyak2 buat member2 blogger yang datang singgah blog ni walaupun tak tengok entri sangat. Kalau just tinggalkan jejak je kat shoutbox kat tepi ni, dah sangat2 memadai untuk membuatkan hati ini terbang ibarat burung di langit. hehe.


Tq semua, tq nuffnang! Ouh, feel free untuk klik INI sekali.


Tqqqqqqqqqqqqqqqqqqq!

Video paling AWESOME di dunia!!!

Assalamualaikum.

Entri baru takde idea nak buat apa selain Yoona tu. Lagipun masih demam2 ni lepas balik dari kampung, hingus berkati-kati lagi ni. kahkahkah.

Takde idea, so blogwalking je la dulu untuk malam ni. Trafik pun dah jatuh gila2 ni. hahahahaha. Kalau korang boring2, boleh tengok video kat bawah ni. AWESOME gila vavi, untuk hiburan duniawi je ok. huhu

Layannnnnnnnnnnnnnnnnnnnn




Bagaimana nak jadi comel macam Yoona??!

Assalamualaikummmmmmmmm

Hai hai semua especially to aweks. Entri ini khas untuk kamu. hahahaha!

Korang nak jadi comel macam Yoona tak?? Yeeeee comel, kiut miut meletup2 macam Yoona kat bawah ni. Murah hati nak bagi tips2 nak jadi COMEL macam artis Korea ni. Check out dulu gambar2 kecomelan Yoona untuk korang jeles2 terlebih dahulu. hehe.


Beliau sungguh comel..waaaaaaaaaaaaaaaaa!


Kenyit mata lagi comellllllllllllllllllllllllllllllll!!


Yoona kata, "Peace!"


Kalau jadi bini ni, untung berlemon2 hahaha


So, berminat nak tau tak? Simple je tips ni. Tips ni saya dapat dari member yang belajar kat Korea.  Dia ni sambil2 belajar kat Korea tu sempat lerr cedok ilmu sikit2 cara2 nak jadi comel macam artis2 Korea tu. Semua lawaaaaaaa je kan? So, saya mintak la tips2 yang dorang bagi kat member saya ni, apa yang dorang amalkan, apa yang dorang pakai sampai jadi lawa gitu rupa. Kot2 dorang ni amalkan makan jamu ke, apa ke. Kita tak tahu sebab tak tinggal kat Korea. Tapi member ni dah bertahun2 dok Korea. So, kena la share2 tips untuk aweks kat Malaysia ni plak. Baru namanya berbakti kepada nusa dan bangsa. 

Aik, serius la ni. Tengok saya taip ni.     S E R I U S ! !