Maharaja Lawak Minggu ke-5

Hai y'all!!

Malam semalam dah disiarkan Maharaja Lawak minggu yang ke 5 dengan tema yang lain dari minggu yang lepas. Kalau yang tengok rancangan ni kat youtube je macam saya *hehe*, check this out! Kat sini saya senaraikan empat yang terbaik bagi saya.

1. Nabil









2. Sepah








3. Jambu








4. Jozan









p/s: Mana satu pilihan anda?

Contest DiGi Senang - Senang Menang

Assalamualaikum.

Anda pengguna DiGi prepaid? Jom join contest dari DiGiSenang-Senang Menang untuk peluang memenangi hadiah-hadiah hebat berikut: 




Cara-cara penyertaan korang boleh ikut langkah-langkah kat bawah ni ataupun klik kat sini.

Langkah Pertama:
Untuk join contest ni, macam biasa la korang kena daftar dulu. Untuk pendaftaran, hantar ON WIN ke 2882. Lepas korang dah daftar untuk contest ni, korang akan kena cas RM3.00 setiap hari sepanjang korang subscribe ngan contest ni. Korang akan dapat dua mesej. Satu mesej percuma, satu lagi mesej yang ada soalan untuk korang jawab. Kalau kata korang dah bosan jawab soalan tu, korang boleh stop subscribe untuk contest ni, sms je STOP atau BATAL ke 2888.

Langkah Kedua:
Lepas dah subscribe tu, korang kena jawab soalan-soalan yang dia bagi. Satu soalan percuma je dorang hantar, tapi setiap jawapan yang korang bagi kena cas 10 sen. Jadi, kalau tak sure jawapan dia tu, rajin-rajin la google. Kalau salah, rugi seposen. Kalau sekali takpe, kalau banyak kali? Lu pikir la sendiri. Kalau korang tak jawab soalan tu, pun takpe, dia akan tunggu sampai korang jawab baru datang soalan lain. Tapi, kalau kata korang dah subscribe tapi korang biar macam tu je, esoknya dorang akan tolak RM3.00 dari baki korang sebab masih subscribe lagi. So, batalkan la secepat mungkin kalau takde niat nak join contest ni. hehe. 

Korang boleh jawab sebanyak mungkin soalan dalam satu hari. Ikut suka hati la. Tapi pemenang akan ditentukan melalui point terkumpul yang terbanyak. Setiap satu soalan betul, dapat 1 markah. Setiap soalan bonus yang betul, dapat 5 markah. 




Contest ni 8 minggu, jadi ada 8 bijik Honda City dorang bagi pemenang mingguan.


Jadi, kepada pengguna-pengguna DiGi prepaid, jom-jom join contest ni. Ada 6 minggu lagi ni sebelum contest ni tamat. Oh ya, Honda City tu untuk pengumpul point yang terbanyak dalam seminggu, ikut jadual minggu yang dah ditetapkan kat atas. Untuk pemenang harian pula, untuk mereka-mereka yang kumpul point terbanyak la dalam satu hari sepanjang contest diadakan.

Untuk join, klik kat sini.

Bruno Mars 'Main' Dengan Beruk?

Apa nak jadi dengan artis-artis luar negara ni. Hancur-hancur. Macam-macam dah dorang buat. Dengan binatang pun dorang sanggup 'main'? Artis terkenal pulak tu.

*Apa nak jadi ngan ko ni Bruno Mars?? Ish ish ish*
*Kesian kat beruk ni. Jadi mangsa...*

Haha. Chill beb. It was nothing. He did nothing to any primate. Just dancing along with them in his latest single, "The Lazy Song". Untuk makluman, semua beruk-beruk yang dia bawak menari sekali dalam MV ni, dah memang dilatih khas untuk lagu ni. Memang hebat menari la. Koreografi pun dorang siap ingat lagi. Korang bayangkan kalau beruk menari?? Korang boleh imagine dulu la macam mana dia ajak beruk-beruk ni joget sebelum tengok MV lagu ni kat baaaaawah sekali. Kalau tak, korang tengok-tengok dulu gambar ni sebagai BUKTI yang beruk hebat joget kalau korang tak boleh nak percaya.


"To the left, to the left.."

"yahhhhh..melenggang paca paca....."

"oooooo..baby baby oooooo", eh I tengah nyanyi la bukan joget.

"Yeah baby! Come on! Shake your booty baby!"

Percaya tak sekarang beruk pandai menari? Tak percaya jugak?? Tak percaya korang tengok ni...








Bruno Mars - The Lazy Song

p/s: Hehe. Tak percaya sangat cakap orang. Anyway, suka ke'sempoi'an MV tu. Memang ikut tajuk lagu. Simple je.

Gambar Buah-buahan Menarik

Ini adalah sebiji buah pisang.


Tapi pisang2 sekarang dah lain dari dulu. Pelik-pelik dah bentuk dia sekarang. Baru-baru ni heboh satu Malaysia telur ayam dah ada yang palsu, sekarang pisang pulak?


Jom Join Bloglist Jamal

Assalamualaikum.

Sebagai menyokong usaha sahabat dari innit ni yang banyak kali Nang post saya, saya join la Segmen Bloglist Jamal ni buat pertama kalinya. hehe.




ENTRI SPESEL LAGIK!: Follower AAL yang ke 140! Yihaa!

Assalamualaikum.

Buat kesekian kali nya, buat entri spesel lagi untuk follower AAL yang ke 140! Setelah berhempas pulas menghidupkan kembali blog usang ni, dari follower kurang dari 50 orang awal bulan ni. Hari ni, malam ni dah mencecah 140 orang. hehe.


Seperti biasa, entri khas untuk follower yang ke 140. Terima kasih banyak-banyak untuk Kak Linda.  Kalau korang suka kumpul-kumpul resepi masakan, blog kak ni paling sesuai sekali untuk anda. Ada onde-onde keledek, chicken ball masam manis, laksa asam Pulau Pinang, kambing bbq, dan macam-macam lagi resepi. Jadi, sebelum klik link blog akak ni, sediakan pen dan kertas dulu ye. 

Jom jenguk blog beliau kat sini atau klik gambar di bawah. Check it out!




Footnote AAL: Tahun 2009. 16 entri. Tahun 2010. 2 entri *haish*. Baru tahun ni, atau lebih tepat lagi, bulan ni baru mula aktif berblogging kembali. Yah! Blogwalking lagi~

Awan Nano - Hafiz

Jom layan lagu ni. Ada video, ada lirik, ada mp3. Check it out!











Kisah Lucu Versi Double Meaning: Part 2

Seperti biasa, sebagaimana entri yang pertama... Peringatan!! Artikel ini hanya untuk hiburan semata2.

Kisah 3 Beradik Kahwin Serentak

Gambo hiasan

Alkisah, ada 3 orang adik beradik, yang mana ketiga-tiga mereka ni perempuan. Anak yang sulung, namanya Rozana, yang kedua namanya Rozita, dan yang ketiga nama Roslina. Oleh kerana mereka ini anak kesayangan kedua orang-tuanya, maka mereka bertiga dikahwinkan secara serentak dengan pasangan pilihan masing-masing. Selepas berkahwin, pergilah mereka berbulan madu atau dalam bahasa Inggerisnya Honeymoon ditempat yang berasingan mengikut selera mereka dengan pasangan masing-masing. Rozana memilih untuk berbulan-madu ke Pulau Tioman di Pahang, Rozita pula bercadang nak ke Pulau Pangkor, Perak dan Roslina ke Langkawi, Kedah.

Sebelum mereka pergi berbulan madu, kedua-orang tua mereka berpesan dan meminta agar mereka menghantarkan berita tentang segala apa yang terjadi sepanjang tempoh berbulan-madu itu, dengan syarat tanpa pengetahuan si suami. Oleh kerana kedua orang-tua mereka menggunakan telefon bimbit, maka ketiga-tiga anak mereka diminta mengirimkan pesanan ringkas atau SMS mengikut KOD yang mereka faham berdasarkan iklan di TV, Majalah, Akhbar dan lain-lain media.

Tiga hari selepas mereka pergi berbulan madu, sampailah mesej pertama dari anak sulung mereka, Rozana. Ringkas saja mesej yang dihantar oleh Rozana. “STANDARD CHARTERED“. Setelah kedua orang-tua mereka mendapat pesanan tersebut, cepat-cepat mereka mencari iklan standard chartered di dalam akhbar. Iklan itu berbunyi ”BESAR, TEGUH, PERAMAH”, maka tersenyumlah ayah dan bonda Rozana. Fahamlah mereka yang anak mereka sedang berbahagia.

Pada hari keempat, tiba lagi satu SMS dari Rozita di Pulau Pangkor. SMSnya pendek saja, “NESCAFE“. Kedua ibu bapanya pun mula mencari iklan Nescafe di dalam majalah dan bila dibaca iklan tersebut, berbunyi... “NIKMATNYA SAMPAI KETITISAN TERAKHIR“. Tersenyum bangga kedua orang tua Rozita, sambil ketawa tak kering gusi, happy le katakan.

Masuk hari kelima, tiada berita lagi diterima dari anak bongsunya. Begitu juga hari keenam dan ketujuh. Ayah dan bonda Roslina mengeluh dan terdetik dalam hati mereka, “Anak aku ni, dah dapat suami langsung lupakan aku? Sampai hati dia... tak bagi khabar langsung pun kat aku...”
Seteleh masuk minggu kedua, akhirnya tiba-tiba handphone ayah Roslina berbunyi “Beep, beep” tanda mesej sampai. Lalu mesej itu dibaca dan dimaklumkan kepada isterinya... “CATHAY PACIFIC” Dengan segera kedua orang tua Roslina mencari iklan dari majalah. Didapati iklan tersebut berbunyi.. 

7 KALI SEMINGGU, 3 JAM SEHARI, NON-STOP!!!!!!”

Tehee

Mentor 5 VS Akademi Fantasia 9



VS



Tajuk entri saja ditulis macam tu sebab masih tak puas hati dengan AF9. Walaupun kali ni ada Aznil, pengetua Amy Search, ada Ning, dan lain2 guru yang bagus2 belaka. Tapi kualiti pelajar yang dipilih kali ini sangat2 tidak membanggakan. Dari 12 orang pelajar 'asal' yang terpilih, hanya segelintir yang boleh dipuji. Pendapat saya secara peribadi, gimik operasi gugur tu sedikit sebanyak mencemarkan nama baik AF yang sebelum2 ni. Itu bukan pelaksanaan operasi yang baik bagi sebuah rancangan realiti TV yang sudah bertapak lama di mata pihak umum.

Dah. Abaikan AF9. Bukan tengok pun. Hahaha. Oh, ada lagi mahu komen. Sound system, lighting dan stage dorang sangat ketara teruk! Cuba dengar betul2 masa dorang buat persembahan. Kemudian, bandingkan dengan masa korang nyanyi dalam KBox. Not much of a different, isn't it? Kepada pihak berkenaan, tolong la perbaiki tu semua, sound system ibarat bunyi karaoke ok. Kata KONSERT. Duit dah banyak, tapi beli iPad je. Kami nak 'wow' tengok persembahan. iPad tu tak penting kalau sekadar nak bukak facebook, kang aku maki kat page AF time konsert lain pulak jadinya. Kalau nak ikut style American Idol pun agak2 la. Dorang dari tahun ke tahun improved. AF9? Hurm.

*Tamat sesi mengutuk AF*. Mentor 5. Persembahan peserta yang seorang ni semalam cukup membanggakan. Hurm, perlu tak Mentor 5 dibandingkan lagi dengan AF? Bukan peserta. Tapi dari aspek menganjurkan sebuah konsert. Live band, great sound system, great lighting, camera angle, and awesome line of judges. Terbaek! Pengundi tidak merasa rugi untuk mengundi. AF9?? *Sudah!* Berbalik kepada Mentor 5, anak didik Erra Fazira ni telah bagi penonton kepuasan menonton sebuah rancangan hiburan realiti TV yang bagus. AF9??? Anyhow, good luck to this very talented girl from Sabah, Salma. Tumpang bangga sebagai anak Borneo. heh.

Enjoy last night superb showmanship from her..


Persembahan pertama






Persembahan kedua






p/s: Undilah beliau untuk masa depan dunia hiburan Malaysia yang dah sarat.

Kisah Lucu Versi Double Meaning: Part 1

Sebelum korang baca entri ni, anda diingatkan untuk menyediakan beg plastik kat tepi. Dikhuatiri anda boleh muntah hijau setelah habis baca entri ni. Check it out!

Burung kakak tua yang gatal


Ada seekor burung kakak tua yang sangat cerdik dan mempunyai pandangan mata yang sangat tajam sehingga boleh menembusi apa-apa halangan yang menutup matanya *macam superman la*


Setiap pagi burung ini akan bertenggek di dalam sangkarnya yang tergantung di tingkap. Rumah tuan punya burung ni pula terletak di antara sekolah rendah dan kuarters guru. Setiap pagi, ada tiga orang 'cikgi' melintas di hadapan rumah tuan punya burung ni untuk ke sekolah dari kuarters guru. Setelah selesai sesi persekolahan, 'cikgi-cikgi' ni balik ke kuarters guru dari sekolah. Itu la rutin harian mereka sebagai guru. Oleh itu tiap-tiap lah juga burung kakak tua ni dok perhati tiga orang 'cikgi' yang bertudung litup ni ke hulu ke hilir… ke hulu ke hilir…

Setiap hari, burung ni tengok 'cikgi-cikgi' tu atas bawah, atas bawah... Bila dia boring dia menyanyi -nyanyi. Burung kakak tua la katakan. Tak pun, dia baca skrip cerita Sembilu 2… Lama-lama makin boring pulak…  Kebetulan masa tu, dia ternampak la si 'cikgi-cikgi' ni berderet jalan perlahan-lahan hendak pergi ke sekolah. Burung ni pun kuyu-kuyukan mata dia… lepas tu tonyoh tonyoh sikit mata dia… dah tu dia kibas-kibas kan kepak dia… lepas tu dia jerit kuat-kuat…


“BELANG!!  PUTIH!!  BIRU!!!”

'Cikgi-cikgi' tadi secara spontan sama-sama menoleh ke arah burung tu dan pandang wajah masing-masing. Mereka jalan cepat-cepat… Sampai di sekolah mereka cuma saling pandang memandang. Keesokan harinya 'cikgi-cikgi' tu pun macam biasa, lalu depan burung tu lagi. Bila balik ke rumah kuarters guru, burung tu buat dek je… Tapi bila 'cikgi-cikgi' ni nak ke sekolah, burung tu jerit lagi…


“PUTIH!!  BUNGA-BUNGA!!  PINK!!!”

'Cikgi-cikgi' tu terkejut… dan berjalan cepat-cepat lagi. Sampai di sekolah masing-masing bertanya sesama sendiri… 

'Cikgi' pertama bercakap, “camna burung kakak tua tu tau warna sepender yang kita pakai?” 

'Cikgi' kedua menjawab, “Tu la pasal... Burung magic kot?”

'Cikgi' ketiga mencelah, “Alah, kebetulan je kot... Tak pe, kita tengok esok macam mana pulak… ” 

Keesokan hari nya macam biasa… Pagi-pagi lagi 'cikgi-cikgi' tu lalu depan rumah burung tu... Burung tu tengah bersenam memusing-musingkan kepaknya 360 darjah... "Iyah! Iyah! lapan lapan lagi… satu… dua..." dan seterusnya. Bila 'cikgi' tiga orang ni nak ke sekolah, terpaksa la lalu lagi depan burung kakak tua ni. Burung kakak tua pun tengok dorang... Dia jerit lagi..


KELABU!!  HIJAU!!  PURPLE!!”

Kali ini 'cikgi-cikgi' tu berlari-lari anak tanpa menoleh ke kiri dan ke kanan. Setiba di sekolah guru mereka berbicara lagi…

'Cikgi' pertama, “Memang betul apa yang burung tu cakap... heh, apa kita nak buat hah?”

'Cikgi' kedua, “Kita mesti buat sesuatu untuk uji burung tu."

'Cikgi' ketiga, ”Aku tau… Apa kata esok kita semua pakai color hitam”

“Okey…Set!!!!!”

Keesokan harinya, seperti biasa la. 'Cikgi-cikgi' ni akan lalu depan rumah tuan punya burung tu. Sebaik muncul kelibat 'cikgi-cikgi' ni, burung tu jerit...

"HITAM!!  HITAM!!  HITAM!!!”

Cikgi-cikgi tu berlari anak lagi... Di sekolah mereka berbincang lagi... 

'Cikgi' pertama, “Kite agak la, burung tu boleh see through la... Asyik betul je..."
'Cikgi' kedua, “Atau pun... dia cuma boleh kenal warna… "


'Cikgi' ketiga, “Betul tu, mungkin dia dah di latih untuk meneka warna, tapi tidak dilatih untuk meneka bentuk. Kengkawan, apa kata esok kita jangan pakai sepender langsung?” 

“Orait!! Set!!”

Keesokan hari nya, lagi sekali macam biasa, di waktu pagi burung tu buat dek je... Bila 'cikgi-cikgi' tu nak ke sekolah, burung tu tengok… Kali ini tenungannya lama dan kelihatan seperti bingung... 'Cikgi-cikgi' tu mula tersenyum dan jalan perlahan-lahan sambil toleh-toleh kat burung tu… Burung tu masih tengok 'cikgi-cikgi' ni lagi… Dia naik-naikkan kening macam Ziana Zain gitu. Tak puas hati, dia pusing belakang, kali ini dia tengok lagi dengan cara menonggeng… dah tu dia pandang ke depan balik… dia garu-garu kepala… dah tu usap-usap dagu… dia cekak pinggang… dah tu burung tu pegang dagu lagi… pastu dia senyum… dia jerit lagi kuat kali ni…

“LURUS!!!  LURUS!!!  KERINTING!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!”

'Cikgi-cikgi' ni terus lari sampai tak cukup tanah gamak nyer… Zazzzzzzzzzz...


*Cikgi = Ganti nama kepada cikgu pompuan yek. heh.

Sumber: fairuzmokti

Youtube Sensation: Anwar Hadi and MatLuthfi

Assalamualaikum.

Familiar with those names? No? These two guys probably the most influential people from Malaysia in Youtube. Why? Because, each time they posted new videos on the tube, mostly the numbers of view was over 100K! What an accomplishment! 'Tumpang bangga sat'.

A little bit of information about them. Both of them were from Kedah and currently studying in Australia. Dah la kreatif, pandai2 pulak tu. They have been posted numerous videos. Videos that in a way, was heavy with messages, but presented in a very simple way and came out very nice! One similar thing about them, both of them got tonnes sense of humor. Pelawok la. Check it out!

Gimik Bangang Akademi Fantasia 9




Walaupun aku tak layan sangat Akademi Fantasia 9 ni, tapi nak komen jugak. *Jauh lagi best kalau layan Maharaja Lawak atau American Idol 2011. hehe.* Sebagai penonton, gimik AF tahun ni yang operasi gugur tu, pada pendapat aku sangat lah bangang. Aku rasa dorang saja buat macam tu untuk tarik pengundi. Ada penyingkiran, tapi lepas tu ada pulak lagi operasi gugur. Kemudian, tambah lagi dua pelajar baru untuk gantikan tempat pelajar yang kena voted off dan yang telah jadik kambing untuk operasi gugur. 

TAK MUNASABAH!!

Program ni kalau nak diikutkan dah lari dari tujuan asal program ni diwujudkan 10 tahun lalu. Melahirkan bintang yang berkualiti. Tapi sekarang ni, lebih banyak elemen gimik spastik untuk menarik pengundi. Kalau nak dibandingkan dengan AF yang lepas2, gimik nya masih lagi di tahap yang boleh diterima. Sebab tu AF yang dulu2 aura nya masih kuat. Sebagai contoh, AFMasuk Mawi dan Marsha. Tapi, kali ni, gimik dorang tak logik langsung. Tiga orang pelajar dah kena singkir, campur seorang pelajar jadi mangsa gimik bangang dorang, baru pelajar baru ni masuk.

Ok. Alasan dorang, mungkin dorang perlukan pelajar yang lebih berkualiti untuk menggantikan pelajar yang sedia ada. Bagi menggantikan pelajar yang sudah susah payah melalui proses ujibakat, pelajar yang sudah diberi pendedahan seawal konsert tirai, pelajar yang sudah duduk dalam kelas kaca kat mall. Mungkin bagi mereka, pelajar 12 orang yang sudah terpilih tu tak mencukupi kriteria yang dorang nak lagi. Tengoklah, dah minggu ke 3, rasanya 2,3 orang je yang dapat pujian. Yang lain, hampeh. Tapi, mereka2 ni yang sudah ditapis dari ribuan orang yang mempunyai impian untuk menjadi bintang masa ujibakat. Kalau dah pilih sendiri barisan pelajar awal2 untuk konsert tirai, apesal bawa masuk pelajar lain di minggu ke 3? Apa rasionalnya dorang buat ujibakat??

Rasanya, alasan dorang buat gimik operasi gugur ni sangat mudah. Disebabkan pelajar2 yang mereka dah pilih siang2 ni kurang menarik perhatian umum, takde aura la macam Mawi. Jadi, untuk tarik minat pengundi dan menaikkan rating AF9 ni, dorang terpaksa cari alternatif dan alternatif dorang adalah mewujudkan operasi gugur. Menggugurkan pelajar yang dorang dah pilih. Lepas tu ada pulak pengkritik cakap dorang ni tak layak untuk masuk AF, tapi layak digugurkan. Tapi, pelajar2 yang 12 orang tu, mereka yang sudah terpilih, dah dipilih, yang dah short-listed oleh dorang sendiri! Apesal pilih dorang kalau last2 nak digugurkan jugak dan cakap dorang don't deserved a place in AF9???

Point aku buat entri macam ni sebab, bagi aku gimik ni sangat tak adil bagi pelajar yang bertanding, terutamanya pelajar yang dah tersingkir. Mereka bukan lagi diadili oleh pengundi. Tapi diadili oleh kerakusan program tu sendiri. Rating tak tinggi. Buang pelajar. Masukkan pelajar lain. Kalau lepas ni rating tak naik2 jugak, tak tau la dorang nak buat apa. Gimik ni sedikit sebanyak merosakkan nama pelajar yang dah tersingkir dan keluarga dorang secara umumnya. Ini pendapat secara logik kesan buruk program ni kepada pelajar yang tersingkir. Kesian kepada pelajar yang tersingkir terutamanya mangsa operasi gugur.


p/s: Minta maaf. Entri kali ni berbaur kebengangan yang amat..tapi, Hazama best!

Maharaja Lawak Minggu ke 4

Dapat tengok kat youtube je show ni. Lagipun prefer tengok American Idol 2011 kat 8TV Jumaat malam. hehe. AF?? Belum masa nya lagi nak layan. Last2 nanti baru tengok sebab masa tu je sedap sikit dengar dorang nyanyi banding konsert awal2 ni. Best lagi tengok Maharaja Lawak. Kalau tak pecah perut pun, boleh gelak ringan2. haha.

Enjoice!






Jozan. Lawak dorang yang ni best. Sangat kreatif.
 
 

Nabil



Sepah




Jambu


Tak pernah tengok Amir punya persembahan lagi sebab banyak orang dok kutuk dia ni tak lawak. Betul ke tak lawak? Agak2 rugi tak kalau aku nak tengok jugak part dia? Apa pun, part yang ni paling best. Tengok 100 kali pun tak bosan.








"Bukan sekali.....bukan dua kali...tapi dah banyak kali terjadiiiiiiii....", tak boleh belah part yang ni. haha.

Peace!

ENTRI SPESEL: Follower AAL yang ke 100!!!

Assalamualaikum.

Lama dah nak buat ni. Ingat nak buat petang tadi lepas balik dari kerja. Tapi, sampai je rumah tengahari tadi, buka blog jap, tak lama lepas tu dah hanyuttt dibuai mimpi. Sangat penat. Kalau earning dari blogging ni boleh sampai ribu-ribu macam top blogger tu, tak nak dah mi3 kerja site engineer. Ini dapat sen2 je lagi. hadoi. Penat + panas la.

Berbalik kepada topik asal, mi3 nak ucapkan berbanyak-banyak beribu-ribu lemon kepada akak Deyna sebab menjadi follower AAL yang ke 100! Akak ni peminat setia Dato' Siti Nurhaliza. Bukak2 je blog ada lagu Dato' Siti. hehe. Jom terjah jap. Klik kat gambar.



Azam baru, header baru, background image baru, semua baru!

Alhamdulillah, kali ni editing guna photoshop tak sampai 9 jam macam aktiviti mengedit minggu lepas. Ponat gilo. haha. Hasilnya kali ini sangat2 puas hati. 

Kat header, dah tak nak sumbat banyak2. Dah cukup la tu. Ye, itu gambar pemilik blog ni. haha. Background image tukar kaler plain biru terang je. ok tak kaler ni? Nak letak yang gelap2 macam sebelum ni, macam bosan pulak nanti tengok lama2. Jadinya, letak kaler yang terang dan cool. Kalau korang belek2 blog ni, tenang je rasa. hehe.

Paling suka image kat tepi ni. Simple. Tapi tak boleh lawan hamba Allah ni. Nak tahu siapa, klik kat read more..


oooooooh tidakkkkk ;)

p/s: tak sempat2 lagi ni buat entri spesel untuk kak deyna follower AAL yang ke 100....

Masih ingatkah anda pada Siti Musliha?



Alhamdulillah, beliau kembali ke kaca TV3 sebentar tadi. Ramai juga yang rindu dengan suara Siti Musliha ni. Kalau budak2 yang lahir tahun selepas tahun 1998, kemungkinan besar tak kan kenal Siti Musliha. Masa tu, saya pun masih sekolah rendah lagi tapi kemunculan beliau masih bersisa lagi sehingga kini.

Dulu, kisah Siti Musliha ni pernah mendapat liputan meluas di Malaysia pada pertengahan tahun 90-an. Beliau dilahirkan sebagai insan istimewa dan ketika itu memerlukan kos yang banyak untuk menjalani pembedahan plastik untuk membuang hidung dan mata secara berperingkat. Siti Musliha ni mula popular lepas keluar kat TV3 untuk mengutip dana sumbangan rakyat Malaysia yang prihatin dengan keadaan yang dialaminya.

Kalau korang ingat juga, dulu beliau pernah popular dengan lagu Hujan Airmata. Lagu ni tersangatlah popular masa tu dan terpilih untuk bertanding di Muzik-Muzik separuh akhir tahun 1995. Kalau dengar Siti Musliha nyanyi live kompom nangis punya.

Selain tu, beliau ada juga berlakon drama Bukan Ku Pinta. OST drama ni pun popular lagi sampai sekarang. Kalau baca bait-bait lirik lagu ni, memang sedikit sebanyak menggambarkan keadaan beliau. Cuba hayati jap....


Senyum ku tak seghairah,
Gerak gaya tidak selincah'
Mataku tak seayu,
Kicau burung pun tak semerdu.

Namun ku punya hati,
Juga gayaku perasaan,
Hidupku yg begini,
Kadar waktu diizin tuhan.

Tidak ku minta lahir ke dunia,
Tidak ku duga cacat begini.
Bukan ku minta kasih dan manja,
Bukan ku rayu bantu simpati.

Maafkan wahai teman,
Ku menumpang di sudut dunia,
Mencari ketenangan,
Sampai masa ku pergi jua.

Tidak ku minta lahir ke dunia,
Tidak ku duga cacat begini.
Bukan ku minta kasih dan manja,
Bukan ku rayu bantu simpati.

Biarkan wahai teman,
Ku menumpang di sudut dunia,
Mencari ketenangan,
Sampai masa ku pergi jua....


Kepada TV3, terima kasih berbanyak2 sebab siarkan lagi kisah beliau sebentar tadi dan terima kasih kepada pihak berkenaan kerana menjemput beliau untuk buat persembahan. Lepas ni, kalau ada rezeki, boleh la kita dengar dan lihat ketabahan Siti Musliha kat skrin TV.

DiGi Contest





This is the list of contests from DiGi.

1. FB DiGi Live Party For All




This contest is an attempt to gather profile pictures of Facebook user from Malaysia as many as possible to create the largest petition card ever, that which can't be ignored by Facebook. By pledging your support and then share the app with your friends on Facebook only, you could stand a chance to win not one, but TWO exclusive invites to first ever live Facebook party hosted by DiGi.

The period of this contest is from 18 April 2010 until 3 May 2011. For further details, you can click on the image or just click on the link here.

2. What Berry Are You 2.




This contest is simply just a game where you have to collect 22 achievement badges. After you collect all the badges, you can redeem it for TWO tickets to YUNA INSPIRED SECRET CONCERT! How cool is that? Super cool right? She has become the nation's most popular singer on Facebook with more than half million fans. She's phenomenal! and if you win this contest, you could see her on stage for the whole concert.


 
The image above is the snippet of the game. I was forth place few days ago. Now, hurm. 

You can also check out the 'Yuna Inspired' contest here. Every week, Yuna will post up a verse of the song, missing a single line, and you can tweet or send a message on Facebook with suggestions to complete the verse. From the 'Yuna Inspired contest', you could win cool prizes like Canon cameras, a signed guitar from The Guitar Store and exclusive invites to the ‘Secret Concert’ held at the end of the project. You could also stand a chance to be a part of Yuna’s upcoming new music video. Check out the contest here.




3. Senang-Senang Menang

Ok. This contest is super hot. The Weekly Prizes is a HONDA CITY! and also Apple iPad and GPS as the daily prizes. But the car? walauwe. hehe. To participate in the contest, send ON WIN to 2882 to subscribe to the content service and participate in the SMS Trivia Contest. Once subscribed, you will receive two contents per day, one charged at RM3 and the other one is free. Then, you should answer as many questions as you want via SMS over 24 hours. Each correct answer will earn you one point and bonus questions will garner you five points! You could win the prizes if you accumulate the highest points for a day and for the whole week!



Click here or the image above for further details. The contest period is 8 weeks. Therefore, there will be 8 Honda City to be won!!

Remaja simpan gambar lucah dalam henpon!

Assalamualaikum.

Gempak ke title? Jom layan cerita kat bawah ni dulu.


Petang itu si bapa, Khairul Ahmad namanya, berasa sangat resah. Anaknya, Akmal kini lain benar perangainya. Khairul faham, anaknya itu sudah berusia 14 tahun, sudah baligh dan sedang bergelodak jiwanya tetapi dia bimbang. Manakan tidak, Akmal kini suka berkurung, hidupnya hanya bertemankan telefon bimbit sahaja dan suka melihat gambar-gambar yang...!

ENTRI SPESEL: Follower AAL yang ke 90 dan 91! Thanks!

Assalamualaikum semua.

Baru tahap merangkak lagi blog ni. Takpe pelan2 boleh kan? hehe

Ni lagi entri spesel untuk follower AAL yang ke 90 dan 91! hehe. Semalam yang ke 80. Therefore, as to show you my appreciation, this entry is specially done for the both of you, awesome bloggers! Ingat nak buat Award, tapi tak pandai nak buat lawa2.

ENTRI SPESEL: Follower AAL yang ke 80! Yesssss!

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia.


At last, follower blog ni sudah mencecah angka yang ke 80! Sila tepuk tangan anda 80 kali. Thanks to Cik Shat sebab follow blog ni. dan Entri ini dicipta khas sebagai tanda penghargaan untuk beliau. Korang boleh jenguk2 blog Cik Shat ni kat sini. yahuuuuuuuu

p/s: AAL tu stand for Aku Anak Labuan. ~Mengharapkan angka 100 tercapai dalam minggu ni.~

It's 1 past midnight ouh Miss Diary

Dear Diary,


9 Jam depan laptop untuk Header Image

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia.

Akhirnya, siap juga header image! hahaha. Setelah 9 jam duduk depan laptop, buka photoshop cs3, pastu cari tutorial camna nak buat header image guna photoshop dari blog orang lain, pastu tengok lagi dari youtube. Bila dah siap sikit, tengok pulak lagi header image blogger lain. Nak banding header image siapa lagi best. haha. Takde lah. Last2 jadi la macam kat atas. haha. By the end, sangat2 puas hati. Kalau nak belajar cara buat header image macam kat atas guna photoshop, nanti aku release satu entri. Itupun kalau ada yang nak belajar la.

Kalau dulu header image blog ni bentuk dia macam kat bawah. Selama dua tahun. Tengok entri ni kalau nak tengok wajah blog ni dulu. Dah boring sangat tengok. huhu. Image kat bawah ni edit guna online image editor sahaja. Aku tak ingat guna apa dulu, tapi kalau korang nak edit gambar korang, tak kira la untuk nak letak kat post entri je ke, atau nak buat header image macam yang aku buat dulu. Kat browser banyak yang best2, contohnya macam Picture2life dan Picnik. Korang boleh pilih mana satu nak guna.

Kalau korang perasan kat header image kat atas, aku ada letak sepuluh bijik gambar cawan. Cawan kat bawah ni la cawan hijau keramat tu. Cawan ni bawa kenangan time belajar dulu. Aku ada tulis dulu entri pasal cawan ni kat sini. Saja ja member2 lain nominate aku Pelajar Paling Skema. Alasan dorang sebab aku pegi kelas selalu duduk depan sekali. Bawa beg besar. Rambut belah tepi. Kad matrik selalu gantung. Baju tuck-in. Terserlah ke-skema-an tu. wakaka.

Ok. berbalik kepada cerita pasal header image tu. Ni screenshot yang aku tengah edit header image pakai photoshop cs3. Kebas punggung edit gambar guna benda alah ni. Mana nak korek2 gambar nak letak yang mana satu, cilok idea orang nak tulis apa kat header. Sudahnya, jadi 9 jam untuk edit header image saja. huhahuha.



Tapi, yang penting, walaupun duduk depan laptop 9 jam tambah lagi 1 jam untuk post entri ni, AKU PUAS HATI! 

BEN ASHAARI GEGAR LAGI!

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia.


 


First time join, apa ni ek? Aku tengok ramai blogger yang join abang ben ni, maka kena la aku pun ikut tumpang join, macam best je. Jom kasi gegar! Esok tamat dah ni.

Nak join?

Klik kat sini.

Peminat nombor satu Anuar Zain.

Assalamualaikum and Good day.

Baru berapa minit post entri lirik lagu Sedetik Lebih tadi. Post lagi baru. hehe. Bukan apa, saja nak kongsi video2 yang ni. 'Peminat nombor satu Anuar Zain'. Taip2 kat youtube Anuar Zain, video budak ni yang banyak keluar. Budak mana? Kalau anda ingat, dulu ada budak kecik ni popular kat youtube sebab dia nyanyi lagu2 Anuar Zain. dan sekarang budak kecik yang kiut ni dah besar dah pun. Tapi masih lagi nyanyi2 lagu Anuar ni. Nama adik ni kalau ikut kat satu video ni, Intan Azy Nuridalis Azizan. Ok, tak nak cakap banyak2 dah. Korang layan je la satu2 video ni. Bak kata pepatah "Picture show thousand words" and in this case, "Video show a thousand words". hehe.

Adik Intan Azy Nuridalis Azizan

Sedetik Lebih - Anuar Zain

Layan lagu ni jap.









Apple MacBook Pro (Review Ringkas)

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia.

Tengahari tadi tengah syok2 edit post, tiba-tiba pula PC naik ragam. Bukan sikit punya ragam, tahap setan punya ragam. Apa boleh buat PC lama. Nasib baik PC opis, kalau tak ada juga yang pecah kena tendang tadi. haha.


Kalau la banyak duit, kan best boleh beli Apple iMac, buat ganti PC bos yang lama tu. Pastu pegi beli MacBook Pro pulak lagi untuk diri sendiri. Boleh main FaceTime tiap2 hari. Acer Aspire lama ni boleh dah buang ke laut. haha. Ok. Quick review untuk Apple MacBook Pro yang paling latest ni. MacBook Pro ni
boleh didapati di dalam saiz 13", 15" dan 17".  Tapi kita tengok yang paling murah je la antara tiga ni. Untuk yang 13" ni, ada dua jenis speed processor dia. 2.3Ghz dual-core Intel Core i5 dan 2.7Ghz dual-core Intel Core i7. Acer yang mi3 guna ni pakai 2.1Ghz Intel Core 2 Duo. Dah sangat ketinggalan zaman kalau nak dibandingkan dengan Apple MacBook Pro ni. haha.


Selain itu, MacBook Pro 13" ni datang dalam RAM bersaiz 4GB 1333Mhz DDR3. Dah cukup besar dah tu. Memang kalau kata nak buka apa2 pun memang undeniably akan laju la. Pastu saiz muatan hard drive minimum yang datang ngan produk Apple ni adalah 320GB 5400 - Serial ATA hard drive. Tapi optional boleh tambah lagi sampai 750GB 5400 - Serial ATA hard drive. dan kekuatan bateri laptop ni boleh tahan sampai 7 jam. Dah nak hampir habis 7 jam, cepat2 la pegi charging bateri dia. Yang spec2 lain, korang boleh tengok kat sini.

 
Memang sangat berbaloi la kalau nak beli laptop ni, tapi harganya agak mahal la berbanding laptop2 jenama lain. Kalau boleh aku nak mintak kat Pak Nang atau Mak Churp tolong sponsor, tapi lama lagi la kot kalau nak tunggu dorang ni sponsor. Tak banyak gerak pun lagi ni. huhu.

Sekian.

Demam Korea

Assalamualaikum.

Terlebih dahulu, jangan marah ye. Entri ni untuk suka2 saja ok.


Anda sedia maklum yang kini kita sudah banyak dihidangkan dengan evolusi industri hiburan Korea Selatan di Malaysia. Dari drama, Variety Show sehingga lah industri muzik, dan semuanya best. Sebagai contoh drama Boys Over Flower, pelakon utama dia ni semua 'tahap gaban' punya popular. Ku Hye Sun, Lee Min Ho, Kim Hyun Joong (SS501), Ki  Bum, Kim Jum, Kim So Eun. Masa drama ni ditayangkan saya masih bergelar pelajar lagi lagi. Tapi aura drama Korea ni boleh sampai ke universiti, yang masa tu kami nak bukak youtube pun kena banned. Hebat tak hebat. huhu. Terpaksa la menapak masa tu mencari member2 yang download drama ni.

Tapi petang2 sekarang drama Indonesia pun banyak. Drama tempatan takde ke? Bosan ok? Bosan dengan plot cerita yang sama, nangis2 pasal anak hilang, kalau tak pun laki dia hilang ingatan, yang paling gampang cerita yang ending last2 dia bangun dari tidur. dan semua episod panjang2 yang sebelum tu hanya mainan mimpi sahaja. Hadoi la.



*Ok, enough sesi mengumpat.* Berbalik kepada Korea, dari situ la, saya start minat kat cerita Korea ni. Jalan cerita drama2 Korea ni sangat menarik dan yang paling penting ending dia bukan bangun dari tidur. Selain Boys Over Flower ni, banyak lagi drama2 yang popular. Sebagai contoh, Winter Sonata yang kena tayangkan tahun 2002 dulu. Satu Asia popular, kalau ada yang tak kenal tau tau la. Dan yang terbaru, Dream High. Barisan pelakon2 dia adalah idol2 popular kat Korea sekarang. Suzy (Miss A), Taecyeon (2PM), Wooyoung (2PM), Eunjung (T-ara), IU, dam Kim Soo Hyun.

Tak lama lepas tu lagu Nobody pula keluar. Lagu ni dipopularkan oleh Wonder Girls. Semua dok nyanyi lagu tu time ni. Video2 parody pun banyak kena upload untuk lagu ni, dari yang best2 sampai la yang gampang. Macam kat bawah ni la. 








Lepas dah minat drama2 Korea ni, saya ikut lagi apa2 show yang best dari Korea ni. Salah satu dari show2 dorang yang popular ni adalah Variety Show. Variety show ni dia banyak pasal rancangan, sama ada talk show, game quiz yang melibatkan artis2 tempatan Korea ni. Mula2 saya follow Family Outing: Season 1. Ni start follow masa studi jugak sekali dengan drama Boys Over Flower. hehe. Season 2 dah tak follow walaupun ada Yoona SNSD sebab dah takde Yoo Jaesuk. Family Outing: Season 1 ni memang best sebab pengaruh MC dia, Yoo Jae Suk. Jae Suk one of the best MC la kiranya kat Korea Selatan. Mana2 show yang dia pergi, mesti dapat rating yang tinggi. Sekarang ni kat KBS World, Jae Suk MCing cerita Happy Together: Season 3. Berbalik kepada Family Outing ni, casts dia Yoo Jae Suk, Lee Hyo Ri, Yoon  Jong Shin, Kim Su Ro, Kang Dae Sung (Big Bang), Kim Jong Kook, Park Ye Jin, Lee Chun Hee, Park Hae Jin dan Park Si Yeon.

Kalau nak tengok cerita ni, boleh download kat sini. Show ni pasal cast2 member show ni pergi kawasan kampung, pastu dorang stay kat satu rumah orang kampung ni. Tuan punya rumah ni pula dorang hantar pergi melancong. Banyak la aktiviti yang dorang buat sepanjang dorang kat situ. Pergi memukat kat laut, tangkap ikan kat sungai, tangkap ayam buat dinner, gi petik sayur, main game. Tapi mi3 paling suka segmen yang dorang memasak, best layan sambil makan sekali gak kat depan laptop kecuali part dorang makan bab1. hehe.

Family Outing: Season 1
Yoo Jae Suk
Tapi yang tu boleh layan kat channel SBS ja. Sekarang ni pun Jae Suk MC rancangan Running Man. Kalau korang tengok channel 391 kat Astro tu memang tak dapat tengoklah. Tapi ada variety show best gak kat channel 391. Salah satu dari variety show yang best kat KBS World ni adalah Two Days One Night. MC dia Kang Ho Dong. yang jadi pengacara untuk rancangan Star King kat SBS tu. Dia ni bekas atlit gusti traditional Korea yang masuk bidang hiburan. Tapi banding dia ngan Jaesuk, bagi saya Jaesuk lagi best dari dia ni. hehe. Cast member yang lain2 Lee Seunggi, Eun Ji Won, Lee Su Geun, Kim Jong Min & terbaru Uhm Tae Woong.

Show ni pula pasal cast2 member ni pergi tempat2 menarik kat Korea macam Pulau Jeju, gunung Seoraksan, dan banyak lagi la pastu dorang buat aktiviti kat situ. Director dia ni kejam sikit, cast2 member ni nak makan malam pun mesti menang game yang dia tetapkan dulu atau pun dorang mesti menang game untuk tidur kat dalam rumah. Kalau tak menang, kena tidur dalam kem la kat luar rumah. Tapi dari situ la kekuatan variety show ni. Kalau show2 macam ni ada kat Malaysia kan best. Boleh gelak2 tengok artis Malaysia kena buli oleh director.

Two days, 1 Night!
Kang Ho Dong
Drama sudah. Variety show pun sudah. Kita beralih pula kepada dunia pop music Korea ni. Orang Korea panggil group2 ni sebagai Idol. Ikon music kat Korea la. dan dunia memanggil industri muzik dorang ni sebagai K-Pop singkatan kepada Korean Pop. Lagu2 dorang memang best, tambah pula lagi dengan koreografi tarian dorang. Memang dah jadi trend la sekarang koreografi dorang ni, macam video kat atas tu la. Demam K-Pop ni bukan sahaja di Asia, malahan sampai ke benua lain. Kat situ la kekuatan pengaruh KPop yang dorang bawa ni. Start dari original idol seperti H.O.T, Shinhwa, Sechs Kies, G.O.D. Baby V.O.X., dan Fin.K.L pada tahun 90-an. Kini, makin lama makin ramai yang idol timbul antaranya Piggy Dolls, Dal Shabet, ZE:A, F.Cuz, Sistar, Infinite, Teen Top, Nine Muses, Chocolate, Vanilla Lucy, Dalmatian dan ramai lagi la. Tapi saya tetap minat senarai yang kat bawah ni. Masing2 punya kekuatan dari segi muzik dan penampilan imej dorang.

2NE1

Wonder Girls


Girl's Generation (SNSD)
2PM

CNBlue


IU. comel je kan. hehe.
Fenomena KPop ni boleh dikatakan dimulakan oleh Wonder Girls dengan lagu berhantu dorang, Nobody tu. Sebelum tu dorang popular kat Korea dengan lagu Tell Me dan So Hot. Dari situ, dorang makin lama makin naik dan kini dorang sibuk ngan aktiviti pemasaran kat USA. Selain tu, Girl's Generation ni pun sangat2 popular sekali ngan Wonder Girls. Lagipun bilangan ahli dorang adalah yang paling ramai di kalangan idol group perempuan. Dorang ni popular ngan lagu Gee, Tell Me Your Wish dan yang terbaru, Hoot. Tapi, walaupun dah ramai group idol yang diwujudkan, pengaruh Wonder Girls dan SNSD ni masih kuat lagi. IU pulak, saya minat sebab minah ni sangat power menyanyi, pandai main gitar dan tersangatlah comel. muahaha.

Bagi group idol lelaki pulak, saya lebih minat group 2PM. Dulu ahli 2PM ni ada tujuh orang, tapi seorang ahli menarik diri dari group ni atas sebab2 yang sangat la tidak munasabah. Tapi dengan baki enam orang ahli ni, 2PM masih lagi bertahan walaupun tidak seperti dulu. Group2 idol lelaki yang lain pulak, kureng sikit sebab banyak yang jambu je. huhu. CNBlue sebab dorang ni group band muzik, dan muzik yang dorang bawa tu sangat fresh dan catchy. Kalau dengar kira kita macam nak ikut nyanyi sekali walaupun sepatah haram tak tau sebut perkataan Korea.


Ok, itu saja.

Sekian.

Bye.