Tahniah, Osbon Juara Maharaja Lawak Mega!

Assalamualaikum.

Terlebih dahulu, kredit untuk the one who upload the videos on youtube. Jasa anda akan dikenang sampai bila-bila kerana berbakti kepada pengikut-pengikut yang tak dapat tengok Astro Warna atau pun Live Streaming. hehe. Boleh tengok video persembahan final Boboi dan Osbon di bawah.

Apapun, tahniah buat team Osbon setelah dinobatkan sebagai JUARA MAHARAJA LAWAK MEGA sebentar tadi. Manakala, team Boboi di tempat kedua. Team Saehu dan Syok masing-masing di tempat ketiga dan keempat. Kemenangan Osbon membolehkan mereka membawa pulang hadiah berupa wang tunai sebanyak RM350,000 berserta trofi. Tahniah Osbon! Pelawak otai memang best!

*Terbaik!!

10 Blog dengan Follower Terbanyak bagi Tahun 2011

Assalamualaikum.

Tahun 2011 bakal melabuhkan tirai kurang dari 48 jam sahaja lagi. Apa azam tahun baru korang untuk blog? Tambah follower ke puluhan ribu? huhu. Follower yang banyak boleh dikatakan nadi untuk sesebuah blog. Tak kira la sama ada niche blog personal, informasi atau sebagainya. Tapi, follower, reader @ silent reader adalah kunci kepada seseorang blogger untuk terus menulis dalam blog. Siapa yang mahu menulis dalam blog kalau yang membaca hanya si penulis tu sendiri. Lebih-lebih kalau dah letak iklan macam-macam dalam blog. Mesti nak ada reader, yakni trafik ke blog. Right?

So, di sini aku senaraikan 10 blog (personal) dengan jumlah follower yang terbanyak bagi penghujung tahun 2011.


YUYU ZULAIKHA (14803)

(Video) Taekwondo Versi Shuffle yang Serius Awesome!

Assalamualaikum.

Hari ni takde story sangat nak share. Jadi, aku kongsi video je. hehe. Jom tengok video persembahan Taekwondo versi shuffle ni. Serius Awesome. Group taekwondo ni dari K-Tigers (Korean Tigers) where the members could actually do acrobatic stunts, along with Taekwondo kicking. Buat kicking siap lompat pusing-pusing 540 darjah. That's the beauty of Taekwondo. Other than untuk protect oneself, boleh juga buat aksi-aksi untuk tontonan ramai di siang hari. Jadi, jom ikut Taekwondo untuk badan yang lebih sihat daripada menghadap blog 24 jam sehari. harharhar.

Shi..jak!





Wordless Wednesday #14

Assalamualaikum.

*surat cinta versi budak sekolah rendah. nyeh nyeh nyeh...

Pecah kaca pecah gelas..
Sudah baca harap balas..
 kiss kiss muah muah!

Virus Ayu Ting Ting di Facebook

Assalamualaikum.

Ada nampak video ni kat News Feed Facebook yang kawan-kawan korang share?


Ini virus terkini di Facebook. Sila jangan curios sangat bila nampak tajuk 'AYU TING TING BAJUNYA MELOROT!!' kerana ianya hanya lah virus semata-mata. Korang tak akan dapat tengok pun video tu, hatta maksud Ting Ting tu pun korang tak kan dapat kalau tekan link tu. So, jangan lah tekan link tu. hehe.

Koleksi Gambar Duit Malaysia Lama

Assalamualaikum.

Memandangkan tahun depan kita dah guna wang kertas dan duit syiling yang baharu, 'bakal' duit-duit lama tu boleh la simpan buat koleksi 'antik'. hehe. Gambar-gambar di bawah ini adalah beberapa koleksi yang ada dalam simpanan aku. Wang satu ringgit tu yang paling lama aku simpan kerana masih menggunakan simbol $ sebelum kerajaan Malaysia menukarkan simbol itu kepada RM. Kalau tak silap dapat masa zaman belajar kat Pahang dulu, simpan sampai sekarang sebab sayang nak guna. hehe. Layannnnnn kan..


*50 sen (1977 & 1983), 20 sen (1982) , 10 sen (1973 & 1981), 5 sen (1967) .

(Video) Aku Seksi Aku Tahu!

Assalamualaikum.

Video ni dah lama jadi viral kat Facebook. Komen aku, mamat ni serius kreatip. Complete dengan video yang dia edit sendiri, lirik parodi habis, tarian pun sempoi. Kreatip yang amat. hahaha. Jadi sebagai hiburan di hari Sabtu, layan la video dari Akwa Ariffin ni.

Aku Seksi Aku Tahu..




Running Man Daebak!

Assalamualaikum.

*Runningman daebak!


Ini entri personal. Baru lepas habis tengok cerita Running Man episod 73. hehe. Running Man adalah sebuah variety show popular dari Korea Selatan. Variety show ni best sebab format rancangan dia tidak membosankan berbanding typical punya format rancangan hiburan TV. Lagipun sekarang Running Man banyak recording outdoor berbanding indoor. Therefore, you got the opportunity to see nice places and views as well, from the show la and its amazing!

Gambar Wang Kertas dan Duit Syiling Malaysia Baharu

Assalamualaikum.

Gambar di bawah ini adalah gambar wang kertas dan duit syiling baru yang bakal diedarkan tahun depan. Macam wang kertas Saidina yang macam-macam kaler tu pun ada kan? hehe. Wang kertas RM20 pun dah ada. Mudah-mudahan dengan wang kertas baru ni, tiada la penipuan wang palsu lepas ni.


 *Warna warni

Wordless Wednesday #13

Assalamualaikum.

*Ini karangan BM dengan slang Sabah. Serius LOL. Telampau feeling ba dia tulis. haha.


(Tutorial) Screen Shot untuk Samsung Galaxy S II I9100

Assalamualaikum.

*Contoh screen shot pada settings

Tutorial ni aku baru belajar semalam dari sini. Cara ini paling sesuai untuk pengguna smartphone Android jenis Samsung Galaxy. HTC, LG semua tu tak pasti pula. Tapi yang pasti, kalau guna cara ni memang senang sahaja, tak perlu sampai root device semua. Hanya ikut langkah-langkah ini,

True Story : A Very Romantic Proposal

Assalamualaikum.

Last night, someone 'special' sent me a message saying that I should watch the video shared by The Other Khairul on his Facebook Fan Page. So, I did. It was wickedly awesome and sweetttttt.

The video was made by a 19th year old girl, Dena Bahrin as to 'story-telling' how she was proposed by some guy she never knew before, in a special kind of way of proposal. The two never met in life and the girl refused several times before since it was her parent's choice until they eventually engaged. Her line, "Bercinta lepas kahwin must be much more awesome and full with barakah" really inspiring, especially for the younger ones. No need to bercinta macam nak mati, but in the end, maruah tergadai and so on. Then masuk berita, mayat bayi kena buang dalam tong sampah. Jadi lah mereka-mereka ni sampah masyarakat.

This is how it should go. Percaya pada jodoh yang telah ditentukan oleh Allah, bukan pada pujuk rela, rayu damba seorang penipu besar yang nak ambik kesempatan.




"One Step Closer.."

Macam di KK - Janrywine J Lusin

Assalamualaikum.

Akhir-akhir ni aku asyik layan satu lagu ni. Best. Jauh lagi best dari lagu yang sarat ngan mesej-mesej jiwangs-tak-hengat-dunia kat radio bak kata matluthfi. (Sila tekan link) So why not kalau aku share sekali kan? hehe. Ini adalah lagu popular yang sering dimainkan di radio-radio Sabah sekarang. Siang malam. Lagu Macam di KK (Kota Kinabalu) ini dinyanyikan oleh penyanyi tempatan Sabah iaitu Janrywine J Lusin. Lirik untuk lagu ini dipersembahkan sepenuhnya dalam slang Sabah. Sambil layan Monday blues tu boleh layan lagu ni sekali.

Siuk ba ni lagu! 




Lirik:

Terjaga dari lena rasa bosan pun melanda
Ku pikir-pikir mau pigi mana tak kan perap saja
Lalu ku cuba, talipon satu kawan
Mana tampat paling siok
Asal jangan bikin mengantuk

Si kawan bilang bagus pigi seberang
Kota raya indah malam pun macam siang
Tapi sia ingat, di sini lagi dekat
Sepanjang malam lampu terang
Lagi dekat kalau mau pulang

*ulang 2x
Sia bilang mcm di KK
Ada di KK
Semuanya macam di KK aramai

Semuanya ada di sini

Si kawan bilang di sana lagi canggih
Bangunan tinggi² dan ramai orang putih
Tapi sia ingat di sini lagi dekat
Cantik ba itu Kinabalu satu dunia pun tahu

*ulang 2x
Sia bilang mcm di KK
Ada di KK
Semuanya macam di KK aramai

Semuanya ada di sini

Dan bila terasa rindu
Kau dan ku pigi Tanjung Aru
Duduk berjam-jam atas batu
Melihat senja berlabuh..ohh…

*ulang 6x
Sia bilang mcm di KK
Ada di KK
Semuanya macam di KK aramai

Semuanya ada di sini...


Find The Cat : Part 4

Assalamualaikum.

Lagi entri santai untuk hujung minggu ini. Gambar-gambar 'kucing tersembunyi' ini adalah antara koleksi gambar yang sering kali dikongsi dalam Facebook. Entri 'Find The Cat' untuk Part 1, Part 2, dan Part 3 telah dikemaskini dengan jawapan. Untuk melihat gambar-gambar Find The Cat yang sebelum ni, boleh klik pada link di bawah. *ayat skema overload*
Part 1
Part 2
Part 3


p/s: Please FEEL and ENJOY the excitement when you finally found the cat. Release your tension. Please, it's weekend! Enjoy it before you realize it is Monday when you wake up tomorrow morning. Enjoy!


*Open Image in New Tab untuk gambar lebih jelas

*Level of Difficulty : 4/5


*Level of Difficulty : 4/5

*Level of Difficulty : 5/5

TERIMA KASIH!

*Updated : Click Read More for answer

Find The Cat : Part 3

Assalamualaikum.

Entri santai untuk hujung minggu ini. Gambar-gambar 'kucing tersembunyi' ini adalah antara koleksi gambar yang sering kali dikongsi dalam Facebook dan sering mendapat sambutan hangat termasuklah aku sekali. hehe. Seperti yang telah direkues oleh Cha minggu lepas, entri ini adalah sambungan kepada entri Find The Cat : Part 1 dan Find The Cat : Part 2. Seperti entri yang lepas, untuk hari ini ada tiga keping gambar untuk menguji kehandalan korang cari kucing tu. Then, esok masa yang sama post ini dikeluarkan (1 AM), aku post lagi tiga keping gambar. Jawapan aku keluarkan tengah malam esok. Enjoy!



p/s: Please FEEL and ENJOY the excitement when you finally found the cat. Release your tension. Please, it's weekend!


*Level of Difficulty: 2/5


*Level of Difficulty: 3/5


*Level of Difficulty: 3/5

HAPPY WEEKEND!
Kalau suka, jerit yesssss!!


*Updated: Click Read More for answer

(Entri Spesel) Follower AAL ke 1000!

Assalamualaikum.

Tak sangka secikai-cikai blog AAL ni, cikai lagi aku. eh, silap. Tak sangka walaupun blog aku ini ala kadar je, template pun simple, tapi akhirnya follower mencecah 1000 juga malam tadi. Terima kasih banyak-banyak buat rakan blogger yang sudi follow blog ini. Ini juga sebenarnya hasil dari contest yang aku join sebelum ini. 


Sebagai tanda terima kasih kepada follower AAL yang ke-1000 ini, aku nak buat review ringkasssss untuk blog adik ni. Kena panggil adik supaya lebih mesra. haha. Lagipun, aku 11 tahun lebih muda tua dari adik ni. Untuk pengenalan, nama pemilik blog ini ialah Firzah Najwa Binti Noorshamsuwall Qamar dan baru berumur 13 tahun. Username blogger.com adik ni macam kat atas tu, SarjanKeroro. Niche blog adik ni pula personal kalau diikutkan entry yang dia tulis. Macam aku, dari personal dah bercampur macam-macam dah sekarang. hehe.

Blog adik ni boleh dikira baru lagi sebab first entry dalam bulan Oktober. So, header ngan template tu pun masih agak simple lagi ditambah dengan 8 jenis widget yang diletakkan dalam blog tu sekali. Ok la tu, blog ringan lagi, loading pun laju. hehe. Hatta blog aku ni pun masih lagi simple-sesimple-simplenya. Apapun, jom sama-sama terjah blog adik ni untuk dunia blogging yang lebih mesraaaaa. Boleh klik gambar header blog adik ni kat bawah. Terima kasih!




*AAL=Aku Anak Labuan


p/s: 'Like' Facebook Fan Page Blog Aku Anak Labuan di sini.

p/s: Kalau anda sudah ada akaun Google+, boleh 'Add To Circles' untuk follow atau '+1' kalau anda suka blog ini. Widget Google+ ada di bahagian atas entry terkini.

p/s: Kalau boleh, review sekali blog ni. hehe. Kotak review ada kat sidebar, atas widget shoutbox. Terima kasih!



Twitter dengan Wajah Baru

Assalamualaikum.

Baru-baru ini Twitter ada buat announcement mengenai perubahan interface terbaru yang mereka bakal perkenalkan. Tapi, masa tu di Malaysia belum dapat lagi. Sekarang aku tak pasti la kalau ada lagi yang tak dapat wajah baru Twitter ni sebab aku dah dapat. Siap print screen lagi ni. hehe. Design Twitter yang baru ni memang agak mudah dan jauh lebih stylish kalau dibandingkan dengan design yang lama. Design baru ini juga diseragamkan untuk semua device. Say, kalau buka Twitter dari mana-mana jenis smartphone, Android atau Apple, design dia sama sahaja. Empat tab dan butang 'compose tweet' di bahagian atas, sama seperti buka Twitter melalui browser. Untuk maklumat lebih banyak, boleh tengok sini.



*Twitter memperkenalkan tab Home, @Connect dan #Discover di sebelah kiri.



*Profile Page. Selain itu, tab untuk access profile dan compose tweet di sebelah kanan.


VIDEO RASMI



p/s: Best! Sekarang testing Facebook Timeline lagi dan masih lagi dalam tempoh percubaan. hehe. 

Trivia: Tahukah anda, profil anda di blogger.com (default) untuk bahagian About Me boleh ditukar dengan profil Google+ anda?


Perlawanan Taekwondo Paling Dahsyat!

Assalamualaikum.

Video ni dah banyak orang share kat Facebook dan aku rasa nak share kat blog sekali. hehe. Video kanak-kanak dalam umur 4-5 tahun tengah sparring. Comel siak. Budak yang pakai body protector kaler biru tu ada buat beberapa kali back kick. Aku yang dah lama ikut taekwondo pun tak mampu buat back kick macam tu. hahaha. Sila enjoy video ini untuk release fatigue anda selepas seharian kerja dan lebih manis lagi kalau ditemani secawan kopi. 


webcam to gif
*Testing buat image gif. hahaha. Ok tak Yusof?


Video




p/s: Kalau suka blog ni, boleh 'Like' Facebook Fan Page di sini.

p/s: Kalau anda dah ada akaun Google+, boleh 'Add To Circles' untuk follow atau '+1' kalau anda suka blog ini. Widget Google+ ada di bahagian atas entry terkini.

p/s: Kalau boleh, review sekali blog ni. hehe. Kotak review ada kat sidebar, atas shoutbox. Terima kasih!

Wordless Wednesday #12

Assalamualaikum.


*Ten seken after det, I ketawa loud-loud macam this. hahaha.



Hingus?

Assalamualaikum.

Apa kes dengan hingus hari ni? hahaha. Keyword paling banyak hits untuk hari ni. Adakah disebabkan cuaca akhir-akhir ni asyik hujan je menyebabkan ramai orang diserang virus selesema? Lantas, menaip keyword hingus untuk mengisi masa lapang sebab dapat MC. Atau, ada yang cari keyword hingus tu supaya jumpa gambar hingus yang terbaik, terlawa dan termacho. Then, save gambar tu untuk dijadikan gambar profil Facebook. Berani kah?




Pelik. Kenapa mesti cari hari ni? hahaha.

PERINGATAN! Sebelum korang scroll lagi ke bawah, sila bersedia untuk menerima kejutan terhebat malam ini. Malam ini sahaja. Ready?


1

2

Tekan Read More untuk lebih SASPEN..



Koleksi Gambar Menarik dari Pulau Papan, W.P.Labuan

Assalamualaikum.

Takde bahan untuk ditulis panjang lebar kali ini. Aku tunjuk gambar je la. hehe. Semua gambar ni diambil Sabtu lepas masa aku join dengan family kawan baik aku berkelah di pantai Pulau Papan. Pulau Papan ini adalah salah satu dari enam buah pulau di sekitar perairan Wilayah Persekutuan Labuan. Perjalanan dari main island ke Pulau Papan hanya mengambil masa selama lebih kurang 5 minit sahaja menggunakan bot. 5 keping gambar untuk tontonan bersama kat bawah ni.

*Semua gambar diambil menggunakan kamera belakang Samsung Galaxy S II tanpa touch up. Aku letak copyright watermark je. Dua gambar terakhir dibantu software Camera360 menggunakan Effect Enhancement. (Baru-baru ni, Samsung ada release Samsung Galaxy W lagi. Processor 1.4GHz. Lagi gempak dari Galaxy S II.)


*Open image in new tab kalau nak tengok saiz original.
*Dalam perjalanan. Aku suka tengok gambar air laut tu. Dapat capture detail.

*Pemandangan Labuan dari Pulau Papan.

*Jalan-jalan kat pantai jumpa ni. Tak tahu apa nama. hehe.

*Sila kagum.

*Sila kagum lagi sekali. Aku nak buat header gambar ni. hahaha.


TERIMA KASIH sudi scroll mouse anda sampai gambar last. Niche blog untuk hari ini adalah photography. haha.


p/s: Post ni selingan mini review Samsung Galaxy S II. hehe.

Guna ShoutMix Kena Bayar $0.99 Setiap Bulan

Assalamualaikum.

PERHATIAN KEPADA SEMUA PENGGUNA SHOUTBOX JENIS SHOUTMIX. Kalau korang perasan, baru-baru ni ada keluar Important Notice kat atas shoutbox tu. Klik untuk baca notis dari shoutmix tu. Dipendekkan cerita, service ShoutMix 'Free' akan dihentikan serta merta berkuatkuasa 1 Januari 2012. Tetapi, pengguna yang ingin terus menggunakan ShoutMix ini akan dikenakan bayaran sebanyak $0.99 setiap bulan. Sanggup? hehe.



*Sedikit petikan dari Notis Penting dorang


Kesimpulannya, kita cuma boleh pakai ShoutMix ni sampai hujung bulan 12 ni sahaja. Tapi, korang jangan risau. Cbox masih ada dan masih lagi free. Boleh daftar Cbox pula untuk meneruskan tradisi blogwalking anda. Tapi, tak silap aku, Cbox ni dulu pandai hilang-hilang, sebab tu aku tukar ke ShoutMix. Tapi, boleh la untuk menggantikan balik ShoutMix yang bakal berbayar sebab kalau nak buang terus shoutbox tu, aku tak sanggup lagi. Trafik ke blog ni banyak datang dari blogwalking. *jujur* Lagi pun, senang nak sembang-sembang ngan bloggger lain. hehe. Nanti dah dekat 1 Januari, baru remove ShoutMix tu. Ready je la yer.

Sekian.

FIND THE CAT : Part 2

Assalamualaikum.

Here is another set of pictures. Enjoy! Kalau belum tengok Part 1 punya gambar, boleh tengok di sini.


p/s: As I said yesterday, please ENJOY and FEEL the excitement when you finally found the cat. Release your tension. Please, it's weekend! Enjoy it before you realize it is Monday when your wake up tomorrow morning. *sigh*


*Level of Difficulty : 4/5


*Level of Difficulty : 4/5


*Level of Difficulty : 5/5



p/s: PERHATIAN! Esok Isnin. Sekian.


*Updated: Click Read More for answer

Gambar Gerhana Bulan Penuh 10 Disember 2011

Assalamualaikum.

Oleh kerana aku tak ambil gambar sangat semalam, aku cilok dari Facebook kawan aku je sebab dia pun tag aku dalam gambar yang dia ambil. However, gambar yang dia ambil tu very intriguing. He said la. Aku pun tak pandai dalam astronomi ni, jadi tak boleh nak komen lebih-lebih. Cuba tengok gambar yang kedua tu. 



 *Gambar Gerhana Bulan penuh merah


*Something or some 'planet' caught in the picture as well


It might be error. Maybe it is 'it', maybe not. Nibiru. Tapi, semua tu kuasa Allah yang Maha Mengetahui. Kita manusia biasa ada batas pemikiran, banyak lagi perkara atau kejadian yang luar dari batas pemikiran kita.

Credit pics to : Punyoo


p/s: Jam 1 petang nanti, aku post lagi gambar Find The Cat:Part 2 tu macam post Find The Cat:Part 1 yang semalam punya.

FIND THE CAT : Part 1

Assalamualaikum.

Hi guys! So, apa aktiviti korang weekend ni? Kalau aktiviti korang setakat online dengan Facebook, Google+, Twitter ke, adalah jauh LEBIH BAIK kalau korang spend masa korang sikit untuk aktifkan otak korang di hujung minggu untuk solve ni. hehehe. Senang je. Cari KUCING dalam set tiga keping gambar ni. Mungkin ada yang dah pernah nampak gambar ni, dan tak mustahil juga ramai lagi yang tak pernah nampak. Ini set tiga keping gambar yang pertama. Esok masa yang sama aku publish lagi another set, tiga keping la juga. Supaya, hujung minggu anda terisi dengan aktiviti mencerdaskan otak. hehe.

Enough said, solve this and FIND THE NEKO IN THE PITCHA!


p/s: Please ENJOY and FEEL the excitement when you finally found the cat. Release your tension. Please, it's weekend!


*Level Of Difficulty : 2/5


*Level Of Difficulty : 2/5


*Level Of Difficulty : 3/5


p/s: Scheduled entry. Sekarang tengah bersukaria berkelah di Pulau Papan, W.P.Labuan. Have a nice weekend!




*Updated: Click Read More for answer

Gerhana Bulan Penuh pada 10 Disember 2011

Assalamualaikum.

InsyaAllah, kejadian Gerhana Bulan Penuh (Lunar Eclipse) akan dapat dilihat di seluruh Malaysia malam ini bersamaan 10 Disember 2011, bermula dari 7.34 malam sehingga 1.30 pagi Ahad. Kepada semua umat Islam boleh la mengambil kesempatan ini untuk menunaikan Solat Sunat Khusuf sempena fenomena Gerhana Bulan ini. Boleh rujuk di sini


*Gambar rajah bagaimana fenomena Gerhana Bulan terjadi


Berita penuh dari mynewshub.my

KUALA LUMPUR – Masyarakat di negara ini berpeluang menyaksikan fenomena gerhana bulan penuh yang akan bermula dari 7.34 malam esok sehingga 1.30 pagi Ahad.
Pegawai penyelidik Agensi Angkasa Negara, Redzuan Tahar, berkata gerhana dapat dilihat dengan mata kasar mulai 8.46 malam, manakala fasa umbra bermula dari 10.06 malam dan akan berlanjutan kira-kira 51 minit.
“Pencerap di Malaysia akan dapat melihat keseluruhan gerhana dan juga ketika bulan di fasa titik gelap pada 10.32 malam sekiranya tiada perubahan cuaca,” katanya ketika dihubungi.
Redzuan berkata, orang ramai boleh datang ke Planetarium Negara bagi menyaksikan fenomena itu selain mengikuti perkembangan semasa fenomena gerhana bulan penuh kali ini melalui laman sosial Facebook, ‘Lunar Malaysia Eclipse’.
Mereka yang ingin maklumat lanjut boleh hubungi Planetarium Negara di talian 0322734301/4303/5484 atau layari laman web www.angkasa.gov.my/planetarium. – BERNAMA

Facebook Fan Page Aku Anak Labuan

Assalamualaikum.

Firstly, terima kasih beribu-ribu lemon kerana sudi melawat blog Aku Anak Labuan yang ala kadar ni. Serba serbi kekurangan lagi kalau nak dibandingkan dengan rakan blogger yang lain. Terima kasih 'rakan'. Honestly, aku hampir give up blogging. Tapi, disebabkan masih ada rakan yang sokong aku, jadi aku kuatkan semangat balik untuk blogging. *feeling* 

Terima kasih lagi sekali 'rakan'. *feeling lagi*

So, Facebook Fanpage ni aku create supaya dapat communicate dengan rakan blogger yang lain. Sebab ada yang kongsi profil Facebook dalam blog, ada yang tak. Sebab aku pun tak letak Facebook personal aku, jadi create Fanpage supaya korang dapat add. hehe. Aku pun dah banyak 'Like' Fanpage rakan blogger yang lain yang ada Fanpage dan tengok kelebihannya sendiri ke blog dorang. Semoga dengan kehadiran Fanpage Aku Anak Labuan ni, aku lebih gigih dan maju dua tapak kehadapan. hahaha.

Kalau sudi, boleh tekan 'Like' kat Fanpage yang aku dah letak kat sidebar sebelah kanan ni. Baru pasang semalam. Kalau korang scroll ke bawah, korang akan nampak Google+ Page yang aku baru letak sekali dalam blog ni. Boleh klik +1 tu sekali. Best juga Google+ ni, lebih kurang macam Facebook. Kalau korang dah ada akaun Google, saya galakkan korang cuba Google+ ni. 





Gambar Banglo Khairul Fahmi Che Mat @ Apek

Assalamualaikum.

Tahniah Apek!

Gambar kat bawah ni adalah gambar banglo yang bakal diduduki oleh Penjaga Gol Harimau Malaya, Khairul Fahmi Che Mat yang dihadiahkan oleh Kerajaan Kelantan. Serius lawa. 




= = = = = = = = = =

Berita penuh dari Harian Metro Online


KOTA BHARU: Banglo hadiah kerajaan Kelantan kepada Khairul Fahmi Che Mat sebagai penghargaan kerana membantu Malaysia menjuarai Piala AFF Suzuki tahun lalu sudah siap, namun ia belum diserahkan kepada penjaga gol skuad bola sepak kebangsaan itu kerana belum menemui masa sesuai.

Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan Belia, Sukan Dan NGO Negeri, Abdul Latiff Ab Rahman berkata, mengikut perancangan banglo itu akan diserahkan Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat kepada Khairul Fahmi atau lebih mesra dengan panggilan Apek.
Menurutnya, sehingga kini majlis penyerahan rasmi banglo itu masih tertangguh berikutan Menteri Besar masih mempunyai urusan yang tidak dapat dielakkan manakala Khairul Fahmi pula sibuk menjalani latihan.

“Kita (kerajaan negeri) akan menyerahkan rumah banglo itu kepada Khairul Fahmi seperti yang dijanjikan kerana rumah terbabit sudah siap sepenuhnya, malah majlis ringkas akan diadakan sempena penyerahan itu.

“Bagaimanapun, disebabkan kedua-dua pihak masih sibuk dengan urusan masing-masing, kita tangguhkan penyerahan rumah berkenaan sehingga tiba waktu sesuai. Namun kita akan berusaha mempercepatkan proses penyerahan banglo itu,” katanya.


Wordless Wednesday #11

Assalamualaikum.

*hahaha. Cats..


BE ke 11 dari Nuffnang

Assalamualaikum.

Hari ini aku nak ucapkan berjuta-juta terima kasih buat Nuffnang sebab bagi aku BE yang ke 11 untuk blog Aku Anak Labuan. Nokia Gifting tu BE terbaru yang Nuffnang bagi kat blog aku ni. Dorang meraikan aku kot sebab update blog balik. haha. 

Untuk pengetahun, lepas dari bulan August aku dah tak aktif blogging. Baru start dalam minggu ni aku start balik update blog. Tapi dalam masa aku tak aktif tu, Nuffnang ada kasi aku BE jugak. Dah jadi ME dah pun. Dalam Amount kat gambar bawah ni, itu je la yang blog aku dapat dari BE yang tengah running masa tak aktif blogging. haha. Masa tak  update blog, UV ke blog ni dalam 10-30 orang je kot. *jujur* Dapat la singgit dari BE. Tapi kalau aku aktif pun, paling banyak dapat limabelashengget je, sebab UV blog aku ni dari dulu dalam 100-200 orang je. *jujur lagi*

So, kesimpulannya aku boleh cakap tips dapatkan BE yang korang kena kekalkan trafik dan 200 UV ke blog tu, tak berapa nak sahih. Sebabnya, masa aku tak aktif blogging dalam dua bulan, dalam UV pun kurang dari 50 orang, boleh dapat 2 BE. hahaha. Aku rasa kena update "Blogger Bio Survey" tu betul-betul baru dapat peluang merasa BE. Dapat BE terbaru ni pun lepas aku update survey tu dalam 2,3 hari lepas. Serius.




Apapun, terima kasih beribu-ribu lemon buat Nuffnang sebab bagi peluang untuk blog aku merasa BE. Serius terharu dan korang memang KACAK/CANTIK/CUTE/HENSEM kalau korang klik sekali iklan Nuffnang yang aku letak kat blog ni ngan iklan Churp2 yang aku letak bawah header. hehe.

Terima kasih.

Sekian.


Cinta Muka Buku - Najwa Latif

hAssalamualaikum.

*Gambar Najwa Latif cilok dari Google

Firstly, aku admit aku baru tahu kewujudan adik Najwa Latif ni lepas dia perform kat AIM 2011, bulan lepas. haha. Noob gila aku. Lepas tu boleh pula ter'layan' lagu Cinta Muka Buku dia ni, especially after lagu ni terpilih ke Anugerah Juara Lagu. Tahniah untuk adik ni sebab lagu dia terpilih ke final walaupun banyak orang luar yang pertikaikan termasuk la aku sekali. Apapun alasannya, lagu ni dah dipilih oleh pihak juri professional. So, layan je la lagu ni pastu nilaikan dan duduk diam-diam.





Gambar dan Video Banjir Kilat di Kuantan

Assalamualaikum.

Tak reda lagi cerita pasal banjir kilat yang melanda Kajang, kini Kuantan pula yang mengalami banjir kilat. Gambar-gambar kat bawah ni semua gambar yang telah di upload kat facebook dan dicilok oleh aku dengan jayanya. Credit to all uploaders termasuk bekas pensyarah kesayangan aku. hehe.

 *Ni area kat depan Berjaya Megamall, jalan raya langsung tak nampak..



*Depan St Thomas School



Tak sangka Kuantan pun boleh banjir. Selama aku duduk 3 tahun kat Gambang tak pernah dengar cerita pasal banjir kat Kuantan. Apapun, takziah buat semua warga Kuantan. 

= = = = = = = = = =





*Credit to eddyng9000 for the video


p/s: Labuan ni pun asyik hujan akhir-akhir ni, kalau ikutkan risiko banjir tu kurang sebab Pulau Labuan ni pun kecik je. Apapun, semoga semuanya baik-baik saja.

Contest Trafik Free dari Blogger AVI

Assalamualaikum.

Aku nak join satu segmen dari seorang blogger hebat ni. Nama blogger ni Avi, empunya blog Perkongsian Hot di Facebook. Kalau tengok, usia blog blogger ni tak sampai pun dua minggu sejak first post 16 Nov lalu. Tapi, dia dah achieve banyak macam blogger-blogger otai. Numbers of follower sampai artikel ni ditulis dah 1951 orang termasuk la aku sekali. Trafik sehari pun hampir 4k dengan baru 14 post dia publish. Kalau dia letak iklan Nuffnang ke Advert ke, kompom poket penuh dia ni. Hahaha, yeeerrrrrr, aku perasan dia tak letak iklan2 tu kat blog.

Aku aktif blogging dari April sampai ke August, nak maintain 200 UV sehari pun dah penat. Last2, aku give up. Tinggalkan blog 2 bulan. Alexa rank dari 100k jadi 3juta dah sekarang. hahahaha. Ni pun kuatkan hati nak blogging balik, niat blogging dulu dah ke laut nak kejar trafik jer. Tapi, mana-mana blogger mesti utamakan trafik pun ye tak? hehe. So, aku kena join contest dia ni. Nak kena tahu apa rahsia dia ni. 


Tarikh tutup contest ni sampai esok je. Hanya 3 blog je dia pilih sebagai pemenang. Semoga aku terpilih di kalangan 3 blog tu. haha. Anyway, memang kagum ngan blogger ni. Apa yang dia achieve ni memang mengagumkan. Thumbs up for you Avi!

Weekend

Assalamualaikum.


Tak terasa hari ni dah masuk hari ke empat dalam bulan Disember 2012. Kurang dari 30 hari je lagi ke tahun baru 2012. Bagi kita sesama Islam, salam Maal Hijrah 1433H. 

Apa planning hari ni? Planning aku, duduk rumah je, bukak facebook ngan twitter. Murni tak niat planning aku? haha. Takde aktiviti besar yang boleh dilakukan. Akhir-akhir ni kat Labuan ni pun ayik hujan je. Semalam ada jugak keluar rumah pusing-pusing satu Labuan, dalam keadaan cuaca hujan yang agak lebat. On the way, kami jumpa ni...

*Lokasi: Jalan Tanjung Kubong

Nasib pokok kecik je. Apapun, cuaca memang tak menentu sejak kebelakangan ni. Hujan, lepas tu banjir. Semoga semuanya selamat yer and remember to always take precaution first. Enjoy your weekend!

Selamat beristirehat semua.