Rejeki lagi!

Kota Kinabalu

Assalamualaikum semua. Sebulan lebih meninggalkan blog tanpa update terbaru. huhuhu.. Sebabnya sekarang agak susah nak mendapatkan line internet sejak duduk rumah sewa. Connection broadband pun agak mengecewakan. Sudahnya, tak update blog langsung sejak sebulan lepas.

Apapun, kini alhamdulillah sudah sebulan lebih bekerja di Kota Kinabalu setelah menganggur hampir lima bulan di Labuan. Rezeki, rezeki. Setakat ini, sudah banyak pengalaman yang aku dapat di tempat kerja baru. Gaji pun lagi umph dari yang lepas. Selain tu, buffered earning pun dapat walaupun dah jarang-jarang update blog. hahaha..

Rezeki, rezeki, rejeki...

Rezeki dari Nuffnang!

Assalamualaikum, salam 1 Malaysia semua! Sudah lama tak menjenguk blog ni sejak menguruskan pelbagai urusan duniawi walaupun sebenarnya menganggur hampir lima bulan. hehe. Alhamdulillah, kini sudah diterima bekerja dan sudah bertugas sejak Isnin minggu lepas.

Tapi walaupun sudah lama tak kemaskini blog, walaupun trafik dah jatuh menjunam, Nuffnang masih menghadiahkan Buffered Earning kepada blog ni. hehe. Buffered Earning yang kedua untuk tahun ni. 

Alhamdulillah, dapat rezeki dari blogging sambil-sambil tunggu cek says sampai kat rumah sekali. hehehehe...

Selamat hari Ahad semua!

Akhirnya! Instagram for Android!!

Instagram for Android

Finally! Aplikasi Instagram sudah boleh mula dimuat turun untuk pengguna gadget Android. Aku memang dah lama menunggu aplikasi ni. Sebelum ni, aku guna Instagram untuk ambil gambar menggunakan iPod Touch 4. Agak puas hati walaupun kualiti kamera iPod kurang memuaskan. Tapi, aplikasi ni memang terbaik bagi aku kalau nak ambil gambar cantik. Ini kerana pilihan-pilihan filters yang disediakan oleh Instagram sangat menarik. Semua cantik-cantik.

Selain tu, gambar-gambar yang diambil menggunakan Instagram boleh dikongsi dan korang boleh tengok gambar menarik yang diambil oleh siapa-siapa yang korang follow. Kalau nak kongsi di laman sosial seperti Twitter dan Facebook pun boleh.

Instagram for Android

So, kalau anda pengguna gadget Android, sila download Instagram sekarang! Untuk info, aplikasi ini sudah dimuat turun oleh lebih 1 juta pengguna Android. Jadi, jangan ketinggalan. hehehe.

Menara Jam Labuan

Menara Jam Labuan