Nokia 808 PureView Dengan Kamera 41-Megapixel!



Dua tahun lepas, Nokia memperkenalkan N8 dengan kamera 12-megapixel. Satu fungsi yang jadi keutamaan bagi aku masa survey handphone dan memang mengidam N8 waktu tu. Tapi, masa tu mampu usha-usha kedai handphone je sebab baru habis belajar. Tahun lepas baru dapat merasa gadget canggih, Samsung Galaxy S II dengan kamera belakang 8-megapixel, kira hampir sama taraf la dengan Nokia N8. Kemudian, keluar artikel di Amanz.my mengenai smartphone hebat terbaru dari Nokia iaitu Nokia 808 PureView, smartphone yang dilengkapi dengan kamera 41-megapixel. Ya, kamera empat puluh satu mega pixel dengan optik f/2.4 dari Carl Zeiss. 


Kamera 41-megapixel Nokia 808 PureView ni boleh mengambil gambar sebesar 34-megapixel dan 38-megapixel. Tapi gambar tersebut boleh dikecilkan kepada gambar 5-megapixel yang berkualiti dengan option PureView yang mana kamera menggunakan oversampling untuk menggabungkan tujuh pixel kepada satu pixel supaya gambar lebih senang untuk dikongsi. 


Apa yang menarik perhatian aku pada Nokia 808 ni, gambar boleh diambil sehingga tiga kali zoom tanpa kehilangan sebarang kejelasan. Selain tu, boleh rakam video 1080p (HD) pada kadar 30fps, dengan sokongan zoom sehingga 4 kali. Kalau dapat ni, confirm puas hati kalau ambil gambar atau video. Untuk spesifikasi penuh, boleh rujuk di spesifikasi Nokia 808 PureView.


Segmen Tambah Follower Tanpa Blogwalking by MD


Jom join Segmen Tambah Follower  Tanpa Blogwalking dari Mr Doctor ni. Aku kena tag oleh Orang Pulau. hehe. Tarikh tutup hari ni jam 11.59pm. Sudah lebih 200 orang join. Jom la sama-sama meningkatkan jumlah follower. Boleh tekan sini untuk join.

Aku nak tag:

Cek Exabytes Sudah Sampai!

Surat Exabytes

Alhamdulillah, surat dari Exabytes dah sampai. Kalau korang perasan, aku letak banner exabytes tu start dari hujung bulan Januari lagi. Itu pun kalau ada yang perasan la. hehehe. Anyways, memang Exabytes ni menepati janji. Pihak Exabytes tetapkan syarat kalau permohonan dah diluluskan, kena pasang banner dorang dalam tempoh sebulan, kemudian dorang akan hantar payment dan payment tu memang sampai sebulan lepas aku letak banner dorang. Terbaeekkk!

Syukur rezeki berblogging makin bertambah walaupun Nuffnang punya BE tak dapat lagi untuk tahun ni. Churp-Churp punya Social Seeding pun dah agak lama tak dapat. Nasib baik ada Exabytes ni, terubat jugak luka kecil hati ku sedikit. hehehehehe. Gambar di bawah ni bukti payment dari Exabytes. Semangat berblogging semakin bertambah-tambah sebab bukan senang nak dapat RM50 dengan hanya berblogging.

Terima kasih Exabytes.

Cek Exabytes

Gambar Majlis Pernikahan Ana Raffali dan Ahmad Aznaim



Banyak pula artis bernikah minggu ni. Sebelum ni majlis pernikahan Yusry dan Lisa Surihani, kini giliran Ana Raffali, 26 dan pasangannya Ahmad Aznaim, 30 dalam majlis yang diadakan kelmarin di Masjid Al-Hidayah, Taman Melawati. Ana Raffali sah bergelar isteri kepada Ahmad Aznaim dengan hanya sekali lafaz. Syabas. hehe.

Lagi lima keping gambar majlis pernikahan Ana Raffali dan Ahmad Aznaim.