Kapal minyak meletup di Labuan


Pagi ni macam biasa belek-belek Facebook, then terima satu berita mengejutkan dari Labuan. Gambar di atas dah banyak orang Labuan share termasuk lah aku sendiri. Khabarnya, sebuah kapal yang mengandungi 6 ribu tan minyak terbakar semasa loading. Melalui info yang aku baca di Facebook, ada dua kali letupan berlaku pada jam 2.30 pagi tadi dan sekitar jam 7 pagi. Setakat ini, api kebakaran belum dapat dipadamkan. Selain itu, 5 orang anak kapal masih belum dijumpai.






Takziah buat keluarga mangsa yang terlibat...



Update : Melalui Twitter @LabuanFT, difahamkan kapal yang terlibat adalah kapal MISC Bunga Alpinia 3. Difahamkan oil tanker kapal ini meletup selepas dipanah petir semasa kerja mengisi minyak dijalankan pada jam 2.30 semalam di jeti PETRONAS Mega Methanol berdekatan kawasan Pulau Enoe.


Update lagi (Copy dari Facebook) : Kapal ini mempunyai krew warga Malaysia, Filipina dan India. Dilaporkan 1 maut, 3 cedera dan 5 hilang dalam kejadian kebakaran Kapal Bunga Alpinia di jeti terminal loji Petronas Methanol Labuan Sdn Bhd (PML). Kapal milik Malaysia International Shipping Corporation (MISC) Berhad musnah dalam satu kebakaran yang berlaku kira-kira jam 3 pagi tadi. Seramai 32 anak kapal dilaporkan membawa muatan 12-ribu tan liquefied natural gas (LNG) menuju ke Jepun. Menurut kenyataan Ketua Penyelaras Misi Penyelamat, Leftenan Komander Nor Azmi Mohd Dahan berkata, kapal itu telah disasarkan sejauh 150 meter dari jeti PML dan usaha memadamkan api kebakaran sedang dilakukan bersama Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Labuan, Polis Marin, Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Labuan dan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Labuan. Punca kebakaran dan anggaran kerugian masih dalam siasatan. Beliau berkata demikian kepada pemberita RTM Labuan.

Update :  Seorang krew kapal yang maut dalam kejadian semalam, Sharil Azmi Baharuddin, 28, disahkan maut oleh Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia apabila mayatnya ditemui dalam keadaan rentung. Manakala terkini, dua lagi mayat ditemui terapung pada jam 1 tgh hari tadi. Sumber dari Harian Metro.

Update (31 Julai 2012) : Kelmarin 30 Julai 2012, mangsa terakhir letupan kapal MISC pada 26 Julai telah pun dijumpai. Takziah buat semua keluarga mangsa yang terlibat dalam kejadian...al-fatihah..

6 comments:

  1. alaaaa..nda jdi la OJT d sna nti nie...uhuhuhuhuhh

    ReplyDelete
  2. incident investigation must be conducted immediately....

    ReplyDelete
  3. investigation must conducted immediately to rectify the fire and explosion route caused.

    ReplyDelete
  4. This is not LNG ship..

    ReplyDelete
  5. bila la pulak kapal bunga alpinia ni bawak LNG..ni kes copy and paste le ni..

    ReplyDelete
  6. ya Allah..Lindungilah hubby q dr bncana bgni.. smoga sgalanya selamat..amin....smoga magsa yg trlibat slmt n salam takziah kpda kluarga magsa yg trkorban..al_fatihah..

    ReplyDelete

Thanks bagi komen dan tinggalkan jejak anda =)

Floating Social Plugin

Share