Showing posts with label ChurpChurp. Show all posts
Showing posts with label ChurpChurp. Show all posts

ChurpChurp Berwajah Baru Lagi!

Plush Toy ChurpChurp

Rekabentuk laman website www.churpchurp.com berubah wajah lagi hari ini. Bukak-bukak je tadi rasa pelik sikit sebab dah lain. Homepage ChurpChurp yang terbaru ni lebih kemas berbanding sebelumnya dan lebih mudah untuk pengguna nak login masuk melalui Facebook ataupun Twitter. Selain tu ada iklan terbaru lagi macam ini dan ini.

Social Seeding Churp Churp Pertama Tahun 2012

Assalamualaikum.



Akhirnyaaaaaa...setelah berbulan-bulan menunggu, dapat jugak email Campaign Assignment dari ChurpChurp dan ini Social Seeding yang pertama aku dapat untuk tahun 2012. Dapat juga lah mengubati hati yang lara yang tak dapat-dapat Buffered Earning (BE) lagi dari Nuffnang. huhu. Sebenarnya ada juga dapat satu (1) BE awal bulan lepas, tapi BE tu jalan dalam 2,3 hari macam tu je. Dapat 10 sen. Lagi rendah dari iklan CPC. Hurmmmm...

Takpe. Abaikan dulu tu. Social Seeding yang aku dapat kali ni pasal Roadshow Samsung Galaxy Note. Antara smartphone Android yang terbaik di pasaran dan aku masih puas hati lagi dengan Samsung Galaxy S II. Untuk pengetahuan semua pengguna Galaxy S II, kita boleh update operating system S II dari Android 2.3 (Gingerbread) ke Android 4.0 (Ice Cream Sandwich) bulan April ini. 

Ok, berbalik kepada Social Seeding. Kalau korang dapat assignment dari ChurpChurp, di bahagian Social Seeding tu akan keluar macam kat bawah ni.




Lepas tu, korang kena karang ayat ikut keyword(s) yang dorang bagi. Tak kisah la dalam Bahasa atau English. Kalau dah puas hati, klik send draft. Then, tunggu je la sama ada dorang approve atau tidak. Tapi, kebiasaannya memang kena luluskan, unless kalau ayat yang korang karang tu ada terlepas keyword(s) yang kena letak. Boleh tengok tutorial yang lebih jelas di sini.



Aku suka Social Seeding ni sebab komisen dorang bagi kat kita kira banyak la juga kalau dibandingkan dengan Social Sharing yang iklan per klik tu. Gambar di bawah ni antara kempen yang aku dah selesaikan tahun lepas. 



Kalau nak harap iklan Social Sharing je memang lambat naik la income ChurpChurp tu. Sama la dengan kempen CPC untuk Nuffnang, kena mengharapkan BE juga. So, kalau korang ada akaun Twitter dan berminat untuk jana pendapatan sampingan, boleh mendaftar dengan ChurpChurp di SINI.

Pencapaian Blogging Sepanjang Tahun 2011

Assalamualaikum.

Akhir-akhir ni aku asyik belek-belek blog yang tak berapa nak cun ni, tengok-tengok balik apa yang dah aku capai sepanjang tahun 2011. So, untuk entri kali ni, aku nak kongsi sedikit pencapaian blog Aku Anak Labuan sepanjang tahun lepas. Bukan apa, sebagai pemangkin untuk lebih bersemangat untuk blogging tahun ni. hehe.

*Blog Aku Anak labuan dari skrin Samsung Galaxy SII

(Tutorial) Buat Assignment ChurpChurp @ Scheduled Tweets

Assalamualaikum.

Jom buat assignment churp2! Kalau korang sudah berdaftar dengan churp2, mesti dah tahu assignment yang churp2 bagi iaitu SCHEDULED TWEETS.  Untuk nak mendapatkan assignment dari churp2 ni, korang cuma kena follow syarat2 ni je.


1. Ada akaun Twitter
2. Follower Twitter melebihi 25 orang


Ok, kalau dah cukup dua2 syarat kat atas ni, korang akan dapat assignment dari churp2 melalui email atau kat dashboard churp2.




Kalau korang dapat email macam kat atas, login masuk ke churp2 terlebih dahulu. Korang akan dapat assignment yang bentuknya lebih kurang macam kat bawah ni. Untuk scheduled tweets ni, korang cuma perlu taip ayat2 yang 'power' guna keyword yang dorang bagi. Ayat dalam kotak merah tu keywords untuk assignment yang dorang bagi la. Ayat yang korang reka tu perlu ada keywords tu. 







Kat bawah ni contoh ayat yang saya karang untuk assignment churp2 ni. Nak buat in English boleh, dalam Bahasa Melayu pun boleh. Yang penting, keywords tu mesti ada sekali!




Bila dah siap reka ayat tu, tekan submit dan tunggu dalam satu hari, atau paling lambat dua hari, kalau churp2 puas hati ngan ayat yang korang reka tu, dorang akan published ayat yang korang reka tu kat twitter macam kat bawah ni. Kalau ada perkataan Ad: kat depan tu, maknanya dari scheduled tweets la tu. 




Ok tak? Ringkas je entri ni. Malas nak terang panjang. Senang je scheduled tweets ni. huhuhuhuhu.


Pakcik kayooooo!! Mak Churp bagi duit belanja!!

Assalamualaikum.

Gempak tak tajuk entri? hahaha. Dalam minggu ni dapat tiga email dari churp2. Dorang bagi assignment buat ayat2 menarik untuk SCHEDULED TWEETS. Sebelum ni belum pernah lagi. Baru je ni dan ketiga-tiga ayat yang aku buat tu dah published kat twitter. hehe. Korang, follow twitter kat sini atau kalau nak comel sikit, klik burung biru kat sebelah kanan ni. Tqqqqqqqqqq. Tengok ini sekali yerr. Tqqqqqq.


Earning Churp2 Berganda-ganda dengan GRAPEVINE!

Assalamualaikum.

Kuat betul penangan Grapevine kan? haha. Ramai yang tanya kat saya apa benda Grapevine ni. Dan disebabkan ada permintaan khusus, so saya terangkan secara ringkas la grapevine kat entri ni. Sebenarnya, serba salah juga nak buat penerangan ni, takut tersalah informasi ke apa ke, lagipun kalau banding earning grapevine blogger lain macam ahfat, memang saya jauh ketinggalan. hehe. Anyway, kepada Farysa, saya cuba jawab soalan awak sebaik mungkin k.


Saya jawab, "Boleh la boleh, datang ke belog ku~~~"

Sebelum tu, untuk tambah earning ngan Grapevine ni kena daftar ngan Churp2 dulu. Kalau ada yang belum daftar, kena daftar dulu la.



*Ok, sesi penerangan bermula.*

Pecah rekod!!

Assalamualaikum.

Lepas post entri pasal 'first love' kat sini ngan entri pasal Grapevine yang untung jauh lagi banyak dari BE (boleh tengok entri di sini), unique visitors blog ni naik mendadak sampai lebih 200UV. PECAH REKOD! Biasa 100UV macam tu je. Kali ni bertambah lagi. Tapi esok tak tahu lagi. Mudah-mudahan maintain sebab BE masih jalan lagi ni. hehe.

Anyway, pasal Grapevine tu, nak bagitau rakan-rakan. Earning Grapevine naik jauhhhhhh lagi cepat berbanding iklan churp-churp ngan campaigns cpc nuffnang. So, jom join cepat-cepat. Kalau nak tau cara-cara join Grapevine ni, boleh rujuk kat sini. Untuk korang yang belum daftar lagi ngan Churp-Churp, jom join!




BE Pertama dari Nuffnang, Durian Runtuh dari Grapevine!

Assalamualaikum.

Akhirnyaaaaaa! Setelah hampir dua bulan menjana trafik ke blog picisan ni, berbalas-balas tiket ke nuffnang, blogwalking ke sana sini mencari tips mendapatkan BE. Akhirnya, dapat juga BE. First BE yawww! Yihaaa! 

Minta izin cerita pasal sejarah blog sikit sebelum tunjuk kejayaan bergambar di bawah. hehe. Kalau korang perasan kat header blog ni, saya highlight "Kesinambungan Aku Anak Labuan". Jangan fokus dengan 'Aku Anak Labuan' tu. Tapi fokus part "Kesinambungan". Kenapa Kesinambungan? Apa yang sambung? Sebab dulu saya blogging guna blog friendster, guna tajuk blog 'Aku Anak Labuan' jugak. Masa tu tak tau lagi pasal blogspot ni. Hatta, facebook pun tak popular lagi masa tu. Tahun 2007 masa tu. Kalau nak cari blog tu, google je 'Aku Anak Labuan'. Kalau rajin la. Ada satu blogspot yang dah tak ingat login pakai email apa, dan lagi satu blog friendster tu. So, bila dah bosan ngan blog friendster tu, May 2009 lahir la blog ini bagi menggantikan blog Aku Anak Labuan versi friendster....

"Ouh, jadi kenapa nak cerita semua ni?" Sebab nak highlight kat korang tujuan asal blogging bukan untuk dapatkan duit, tapi sebagai hobi. Dah mula menaip-naip semua ni dari 2007 lagi. Lagipun, nak mengelak sebelum ada orang cakap, "blogging baru setahun jagung, dah berlagak dapat BE.." Ada ke? hehe.

Ok. Berbalik kepada entri. Saya letak iklan nuffnang setelah umur blog ni hampir dua tahun. Dan setelah dua bulan bubuh iklan nuffnang, akhirnya dapat juga BE! Ada dua pulak tu! 7 sen cukup la tu untuk permulaan. Betul tak? Tapi pasal apa iklan lagi satu CTR Bonus kosong? Siapa boleh tolong jawab? Serius tak tahu dan apa LR ngan LB tu?


Klik untuk image lebih jelas

Ouh, ni paling happy sekali. Tak kurang dari seminggu, dah dapat RM9.20 dari Grapevine ni. Cepat gila naik. Nuffnang punya cpc pun tak naik cepat macam ni. Alhamdulillah. Nak tau macam mana nak dapat duit dari grapevine ni? Boleh tengok di sini. Minta jasa baik rakan-rakan, klik sekali kat sini dan sini. Tqqqqqq


Klik untuk image lebih jelas


Rakan-rakan, jom sign up iPanelonline sekali. Another alternative untuk jana duit online selain nuffnang. Jangan risau, ini tak ganggu status 'gelihati' nuffnang korang. Just jawab soalan survey, dapat point, then boleh tebus point untuk duit. Paling rendah RM5 dah boleh tebus. Klik kat sini ye.

Ok, done. Selamat berblogging.

Peace!

Grapevine Kedua untuk Para Churpers

Grapevine kedua dari Churp2, kali ini dari Dentyne. Klik di sini untuk info. Kalau korang rasa-rasa ada bakat macam Heliza Helmi atau paling kurang pun macam Mawi ke, boleh pergi audition atau send video korang nyanyi acapella untuk contest ni. Klik kat sini ye.




Macam mana nak join grapevine ni? Senang je. Kalau korang ada pasang iklan nuffnang kat sidebar, dalam masa tertentu, iklan grapevine tu akan keluar kat iklan nuffnang tu. Bila keluar macam kat atas tu, korang cepat-cepat tekan butang twitter, atau kalau takde twitter tekan butang facebook kat step 1 tu, lepas tu share. Sudah selesai share tu, masukkan email korang kat step 2. Then, cek email korang. Dalam email tu, grapevine nuffnang ni ada bagi link unik untuk korang SAHAJA untuk di share. Then, boleh cek kat churp-churp untuk redeem earning.

Kalau tak faham, klik di sini untuk penerangan yang jauh lebih simple dari di atas. hehe. 

Thanks!