Azam Baru 2013

Bismillah...

Assalamualaikum dan selamat tahun baru 2013. Tahun 2012 telah pun melabuhkan tirainya dan merakam seribu satu macam kenangan untuk setiap individu. Bagi aku, tahun 2012 adalah antara yang terbaik kerana pelbagai peristiwa dan kenangan manis aku capai. Sedikit hint aku telah taip dalam entri Selamat Tinggal 2012, Selamat Datang 2013

Dan, ini lah entri pertama aku sebagai pembuka kisah #Aku Anak Labuan untuk tahun baru ni. Banyak jugak rancangan yang aku hendak laksanakan. Sebagai contoh, memiliki blog dengan domain sendiri. Aku percaya, ini impian untuk hampir semua individu yang bergelar blogger. Eventhough, masih banyak yang aku perlu belajar dan perbaiki terutamanya isi dan gaya penulisan aku dalam blog. Perlu pelajari sesuatu seperti blogger-blogger hebat Malaysia, Fatin Liyana, Denaihati, Eqbalzack dan yang sebaris dengan insan-insan hebat ini.

Semoga sepanjang tahun 2013 ni, aku boleh buat yang lebih baik lagi dan capai pencapaian yang lebih hebat dari tahun sebelumnya. Semoga korang jugak dapat mengecapi pencapaian yang lebih mengagumkan untuk tahun 2013. Hanya perlu rajin dan fokus dengan azam baru 2013!

Bolos saja dinding itu!!

2 comments:

  1. salam saudara blogger .. hehe.
    semoga azam dan hajat tercapai utk tahun ini ye bro :)

    ReplyDelete

Thanks bagi komen dan tinggalkan jejak anda =)

Floating Social Plugin

Share