Selamat Tinggal 2012, Selamat Datang 2013



Assalamualaikum.  Sudah agak lama tak menaip di sini. Buka jenguk-jenguk pun dah jarang, apa lagi buat entry baru. hahaha. Sampai tahap bersawang dah blog aku ni. Bukan apa, makin lama makin sibuk dengan hal duniawi. Almaklum, kuli batak. Semakin hari semakin sibuk, semakin bertambah tekanan, semakin gemuk, dan semakin tinggi kolestrol dalam badan. Last month, company aku ada panggil ejen perubatan luar untuk buat medical check up untuk kesemua staf dari pangkat General Manager sampai la yang kuli-kuli termasuk la aku. Keputusannya, didapati aku mempunyai tahap kolestrol yang agak tinggi, 5.84 dan slightly obese. wakakaka. Yes, aku pendek dan aku gemuk. Gangnam style habaq hang. hahaha.



Tapi syukur alhamdulillah, rezeki hari demi hari makin bertambah. Bak kata orang dulu-dulu, hati baik hasil pun baik. ehhhhhhh? haha. So, tahun baru 2013 ni aku berazam nak memantapkan lagi azam tahun 2012 yang aku tak buat pun. haha. Satu, nak menguruskan badan balik seperti zaman kegemilangan dahulu. Dua, nak fokus terus dengan kerjaya tetap sekarang. Tiga, capai azam tahun-tahun lalu yang tak buat-buat lagi. hahaha.



Sebenarnya banyak yang nak dikongsi sepanjang aku tak aktif berblogging. Banyak kenangan atau peristiwa yang terjadi. Antaranya, aku join pertandingan karaoke anjuran company, berduet dengan seorang kawan yang sangat berbakat dan hebat, nyanyi lagu Sandarkan Pada Kenangan. In the end, kami menang tempat pertama. Juara beb. hahaha. Dapat hamper, kongsi-kongsi. hehe. Antara kenangan terindah aku tahun ni. Selain tu, ikut pertandingan nyanyian untuk Dinner Raya, Choir untuk Annual Dinner 2012 dan macam-macam lagi lah.

Tapi, yang paling indah ialah apabila impian aku untuk memiliki sebuah kenderaan sendiri tercapai pada Sabtu lepas, tanggal 22 Disember 2012. Alhamdulillah. Seminggu pakai, memang terbaik la kereta ni. Start enjin main tekan je. hehe. Ayah aku dah test drive, mak aku pun dah jadik penumpang. Terima kasih buat kedua ibu bapa ku yang tersayang dan tercinta kerana telah mendidik anakanda dengan sebaik-baik didikan.


Nissan Almera VL. Bini pertama. Hehehe..

1 comment:

  1. kuli pun pakai Nissan Almera VL ? perghh ! memang paling manang laa urang sabah bilang . hahaa ! XD

    ReplyDelete

Thanks bagi komen dan tinggalkan jejak anda =)

Floating Social Plugin

Share