Alhamdulillah, kita bertemu lagi bulan Ramadhan tahun ini. Puasa tahun ni ibarat puasa bujang sebab hidangan sahur pun bujang style. Nasi putih berkicap berlaukkan sosej goreng, kalau tak berlaukkan nugget, kalau nak yang rumit sikit, telur goreng. hehehe. Buka puasa pergi bazar Ramadhan beli kuih. hehe.
Setiap kali masuk bulan Ramadhan, preparation untuk Raya buat semua orang mesti dah planning siap-siap seawal minggu pertama berpuasa. Order kuih raya contohnya. Tahun ini senang sebab dapat order dari rakan sekerja. Order Almond London dengan Biskut Coklat. Kali ini juga dapat pesan sekali kek lapis Sarawak dari rakan yang tengah belajar di Poli Kuching. Senang hati mak aku. hehe.
Selain tu cuti raya pun mesti apply awal-awal. Cuti aku dah apply Rabu lepas dan sudah approve. Tiket feri balik Labuan pun sudah dibelikan. Siap. Boleh bawa baby Almera balik beraya dah tahun ni. hahaha. Agak lama tak balik Labuan. Last aku balik Labuan masa cuti Tahun Baru Cina. Kali ni beraya di Labuan sahaja jadi cuti pun apply lama sikit kat Labuan untuk beraya.
Tahun-tahun sebelum ini kebiasaanya kami sekeluarga beraya di kampung. Kampung ayah aku di Beaufort manakala mak aku di Kuala Penyu. Jadi tahun ini dapat la beraya dengan rakan-rakan lama aku pula di Labuan. Raya pertama dah planning beraya di tiga buah rumah rakan lama sebab memang kebiasaanya family dorang buat open house hari Raya pertama. Sudah planning juga nak beraya kat rumah kawan aku, Doktor Mamat sebab dia awal-awal dah pesan Raya pertama buat open house.
Apa yang best setiap kali bulan Ramadhan, setiap tahun syarikat aku akan buat Majlis Berbuka Puasa dan Sembahyang Tarawih dengan anak-anak syarikat yang lain secara besar-besaran. Tahun lepas majlis diadakan di 1Borneo Grand Ball Room.
Kali ni majlis diadakan di Grand Ball Room Hotel Pan Pacific, Sutera Harbour dan aku telah dijemput secara rasminya. Kena pakai Baju Melayu lengkap. Baju Melayu dah ada, songkok pun dah ada, tinggal samping lagi kena beli. Alhamdulillah Ramadhan tahun di dapat lagi merasa buka puasa kat hotel dan sembahyang tarawih beramai-ramai. Syukur.
Tapi selain persediaan untuk sambutan Raya, amalan di bulan ni pun kena perbanyakkan juga. Solat Tarawih hanya bulan jumpa di Bulan Ramadhan. Semoga kita banyakkan beramal di bulan mulia ini. Amin.
Terima kasih dan selamat berpuasa.
selamat berpuasa pami.. :)
ReplyDelete