My First Yee Sang Tossing!


Tung Tung Chang! Tung Tung Chang!

Begitu lah lebih kurang bunyi gendang tarian singa menyambut kedatangan kami untuk majlis makan-makan sempena CNY. Bukan lah juga kedatangan kami, kedatangan Chairman baru seja. So, ini lah juga majlis CNY pertama yang aku join sejak bekerja di kompeni ni.

Dan, dari sini lah juga first time aku tahu apa itu Yee Sang. hahaha..


Ini gambar Yee Sang yang masih suci lagi.




Sedia untuk digaul dan diangkat tinggi-tinggi guna chopstick.




SIAP!


Best sebab dapat buat ramai-ramai walaupun ada yang tersasar, yang terpelanting chopstick..yang penting happening dan dapat ang pau. hehehe..


Gong Xi Fa Cai!

Cuti Raya Cina di Labuan


Assalamualaikum.

Masih lagi dalam mood cuti CNY~ ~ ~ huhu. So, last week cuti aku ambil kesempatan balik Labuan. Empat hari tiga malam, tapi rasa macam sekejap saja. Tapi tidak apa, kali ini balik Labuan dengan awek baru, Cik Almera. hahahahaha..



First time bawa Cik Almera balik Labuan, dapat juga la bawa dia merasa naik feri. Feri lama yang tiada tempat duduk penumpang, terpaksa duduk dalam kereta sepanjang perjalanan, panassssss. 

Kereta pula kena tempias air laut sebab di belakang-belakang. Tolonggggg lah!



Anyway, dapat juga balik Labuan setelah lama tidak balik. Sempat juga jumpa kawan lama aku pergi beraya. Lama tiada khabar berita, berjumpa masa cuti saja. Terubat lah juga rindu dengan kawan lama. Bila sudah lama tidak jumpa, banyak cerita yang keluar. hehehehe..



Alhamdulillah, for having such a good friend. Semoga persahabatan kita kekal dunia dan akhirat.

(Tutorial) Transfer lagu/video ke gadget Apple menggunakan iTunes


Assalamualaikum.

Ini entri tahun 2011, aku repost balik

Terlebih dahulu, korang kena install the latest iTunes la kat PC/laptop. Then, Sync iTunes with your iPad, iPhone or your iPod. Mana-mana yang korang guna la sebab step sama sahaja, asalkan gadget iPhone, bukan yang China made yaaaaa....

Untuk tutorial ni aku tunjuk cara transfer lagu melalui iTunes ke iPod touch 4th Generation. Kalau korang guna iPad atau iPhone, pun tetap kena ikut langkah-langkah bergambar di bawah. 

= = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = =

Ok, let's begin!

Mula-mula, sambung iPad, iPhone atau iPod korang guna kabel USB ke laptop/ PC.

*Klik pada gambar untuk paparan lebih jelas


Once connected, iTunes yang korang install tadi akan pop up macam kat bawah ni di skrin monitor laptop/PC anda.



So, untuk transfer lagu ke gadget korang tu. Pergi ke File, lepas tu pilih Add File to Library.