Semalam, 31 Mac 2012, sebuah kempen alam sekitar iaitu Earth Hour 2012 telah disambut oleh seluruh manusia di seluruh pelusuk dunia. Kempen ini dijalankan supaya setiap penduduk bumi seluruh dunia lebih sensitif terhadap masalah pemanasan global dan perubahan iklim yang semakin membimbangkan. Penduduk Labuan sendiri tidak ketinggalan mengadakan kempen kesedaran Earth Hour ini di Dataran Merdeka, Labuan dengan mematikan lampu dari jam 8.30 malam sehingga 9.30 malam iaitu selama 60 minit.
Pelbagai aktiviti telah dijalankan semalam yang rata-rata disertai oleh penduduk kampung dan pelajar sekolah. Gambar-gambar dalam artikel ni antara beberapa penyertaan penduduk kampung di Labuan sebagai tanda sokongan terhadap kempen Earth Hour 2012. Semua gambar ni aku ambil dalam gelap guna kamera handphone, yang nampak hanya nyalaan api dari pelita tu sahaja. Jadi, kualiti gambar kurang memuaskan sikit. huhu. Apapun, cekidout!
kt mana ni bro?
ReplyDeletekat Labuan..hehe..ramai jugak orang turun berkempen semalam..
Deletesokongan padu tu
ReplyDelete