Assalamualaikum.
Ini adalah tajuk Final Year Project (FYP) aku..
“The Physical Characteristics of Recycled Aggregate Concrete Using Waste Tyres as Aggregate Replacement”
==============
SANGAT MEMENATKAN!
==============
So, untuk FYP ni, kami kena bancuh konkrit menggunakan bahan-bahan yang perlu diperolehi dengan kudrat dan semangat yang cekal. LOL. Banyak yang nak kena buat, minggu ni dah masuk minggu yang ke-6 kami masuk lab. Dalam banyak-banyak benda yang kena prepare untuk bancuh konkrit tu, dua benda ni yang paling azab sekali nak disediakan.
1. Recycle Aggregate
2. Waste Tyre
Sebab :-
1. Recycle aggregate ni nak dapat bukan senang. Specimen kiub dan yang sewaktu dengannya tu kitorang kena pecahkan. Mula-mula kena pecahkan pakai tukul dulu pastu masukkan dalam Jaw Crusher untuk dapatkan aggregate dari kiub simen tu. Then, aggeragte tu kena sieve untuk buang segala pasir ngan simen yang melekat kat permukaan aggregate tu. Kemudian, aggregate tu kena siram ngan air untuk pastikan yang aggregate tu bersih dari segala anasir-anasir luar.
2. Waste Tyre ni pula kena potong manual pakai mesin potong besi. Tapi masa potong tu memang dugaan tahap gaban la. Korang pun tau kan kalau tayar kena bakar bau dia kuat. Macam tu la jugak keadaannya masa kami potong tayar tu. Habis satu lab ada bau haruman tayar.
Waste Tyre tu dipotong dalam bentuk square.
Setakat ni kami dah siap prepare Coarse Aggregate dan Fine Aggregate. Tinggal Waste Tyre tu je lagi yang tak siap-siap.
Kat bawah ni gambar selingan masa kat Concrete Lab.
Terima kasih.
erk... apakah? gelagat askar jepun. lalala~ CB datang singgah sambil follow ye FAHMI THREE. HAHAHAAHA
ReplyDeletetu la gelagat budak2 time remaja2 dlu..huhu..
ReplyDelete