Akhirnya..Part II


malas nak tulis panjang2..tgk je la gmba..huhu








Akhirnya..Part I

akhirnya..
habes sudey misi2 ke kelas, menjawab kuiz, test, mnyiapkan esement, report, projek , final exam, bla bla bla..tinggal LI je lgi..(harap2 lepas la suma)


aku rindukan rakan2 aku,warghh..sedih beb..lepas ni xde lagi stay up pasal nak test & final exam, xde lagi tumpang2 member pegi kelas, seminar, ajak member gi esso beli choki2 (haha), pegi kedai gelas besar, jalan2 pegi Teluk Cempedak, East Coast Mall, Kuantan Parade, Megamall..xde lgi jalan2 tengok wayang..xde lgi makan tengahari kat kedai makde..sume tinggal kenangan..huhu..


malam 11hb hari tu ade dinner lepas berhempas pulas menjawab soalan foundation yang agak *tut* untuk dijawab..apa pun, dinner malam tu malam terakhir dak2 kelas A42 civil bekumpul..huhu sedey2..dan malam tu la juga aku bhempas pulas nyanyi lagu sampai syurga (dengan penuh perasaan..wakaka)


*haha..ak memang hebat malam tu..anak labuan bha ni..hihihi..

Wordless KLIA

Assalamualaikum

Salam Aidilfitri 2009



yeh..esok balik labuan..yahuu..rasa macam lagu Balik Kampung tu terngiang2 di telinga..sebenarnya semalam dah boleh balik..kelas dah xde dah..tpi apakan daya..belajar di perantauan..klu ada bas balik labuan dari kuantan kan bagus..ni terpaksa juga naik kapal terbang..huhu..


tapi feel nak raya tu kurang la sikit kali ni walaupun cuti raya tahun ni dua mingu..sebab nak siapkan draft 'projek sakit mental' aka psm yang nak kena hantar seminggu selepas cuti raya..pastu presentation hujung bulan 10..projek pulak ada tiga lagi ongoing..memang terbaek la..


mentang2 kelas dah kurang and final ade satu jek..projek bertimbun kena bagi..adey.. xpe..yang penting tinggal 2 sem je lagi termasuk latihan industri..sebelum dapat naik pentas terima penghormatan dari canselor depan ibu bapa sebagai graduan..huhu..


sekarang ni tengah rilek2 dah siap packing..tak tau nak bwat apa..maka aku pun merajinkan la diri aku nak hapdet blog ni..nak tido..kang takut terlajak pulak..tak nak peristiwa lama berulang kembali..hua3..maka akan stay up la aku sampai esok pagi..tidur dalam kapal xpe..huhu..


erm..xtau lagi nak cakap apa..so, akhir kata..Selamat Hari Raya..Maaf Zahir & Batin..and Selamat bercuti untuk student2 UMP..yeah..


Salam.

Selamat Berpuasa + Selamat Hari Kebangsaan

Assalamualaikum.




Bukan esok ye, hari ni dah start dah. hehe. Kepada semua rakan-rakan, yang jauh dan dekat, dengan ini saya ingin menyusun 20 jari termasuk jari kaki, ingin memohon maaf kalau-kalau ada salah dan silap yang disengajakan atau pun tidak. Saya hanya manusia biasa yang lemah.

Semoga kita dapat menjalani ibadat puasa dengan penuh keberkatan dan semoga amalan kita diterima oleh-Nya..

= = = = = = = = =


Selamat menyambut hari kemerdekaan Malaysia yang ke 52. Hari kemerdekaan dalam bulan Ramadhan. Macam mana rasanya ye? hehe.




MERDEKA!! MERDEKA!! MERDEKA!!

Final Year Project

Assalamualaikum.
Ini adalah tajuk Final Year Project (FYP) aku..
“The Physical Characteristics of Recycled Aggregate Concrete Using Waste Tyres as Aggregate Replacement”
==============
SANGAT MEMENATKAN!
==============
So, untuk FYP ni, kami kena bancuh konkrit menggunakan bahan-bahan yang perlu diperolehi dengan kudrat dan semangat yang cekal. LOL. Banyak yang nak kena buat, minggu ni dah masuk minggu yang ke-6 kami masuk lab. Dalam banyak-banyak benda yang kena prepare untuk bancuh konkrit tu, dua benda ni yang paling azab sekali nak disediakan.
1. Recycle Aggregate
2. Waste Tyre
Sebab :-
1. Recycle aggregate ni nak dapat bukan senang. Specimen kiub dan yang sewaktu dengannya tu kitorang kena pecahkan. Mula-mula kena pecahkan pakai tukul dulu pastu masukkan dalam Jaw Crusher untuk dapatkan aggregate dari kiub simen tu. Then, aggeragte tu kena sieve untuk buang segala pasir ngan simen yang melekat kat permukaan aggregate tu. Kemudian, aggregate tu kena siram ngan air untuk pastikan yang aggregate tu bersih dari segala anasir-anasir luar.
2. Waste Tyre ni pula kena potong manual pakai mesin potong besi. Tapi masa potong tu memang dugaan tahap gaban la. Korang pun tau kan kalau tayar kena bakar bau dia kuat. Macam tu la jugak keadaannya masa kami potong tayar tu. Habis satu lab ada bau haruman tayar.
Waste Tyre tu dipotong dalam bentuk square.
Setakat ni kami dah siap prepare Coarse Aggregate dan  Fine Aggregate. Tinggal Waste Tyre tu je lagi yang tak siap-siap.
Kat bawah ni gambar selingan masa kat Concrete Lab.
Terima kasih.

First Post

Assalamualaikum.




Blog ni aku create bagi menggantikan blog yang lama. Blog yang lama dah dipadamkan dari dunia maya disebabkan tekanan yang melampau-lampau. Serius ak fail edit2 HTML ni. Sakit hati. haha.

Anyway, chillax and thanks for reading!

Bye.