Showing posts with label Sabah. Show all posts
Showing posts with label Sabah. Show all posts

Holiday Part 1


Hello guys! Assalamualaikum. Its been a while ya since my last post. So, here some pictures that I would like to share with you guys. Last week, my friends and I took two days and one night vacation to Kundasang and Ranau, Sabah. We went to Kinabalu Park, Poring and Desa Cattle. The picture you saw on top is at Kinabalu Park, specifically at Pondok Timpohon where hikers would start their journey to peak of Kinabalu Mountain. 

And soooooo, the pictures keep coming. 


A view from our homestay.



Lastly, Desa Cattle. Ala-ala New Zealand la sini. hehe..


Selamat Tinggal 2012, Selamat Datang 2013



Assalamualaikum.  Sudah agak lama tak menaip di sini. Buka jenguk-jenguk pun dah jarang, apa lagi buat entry baru. hahaha. Sampai tahap bersawang dah blog aku ni. Bukan apa, makin lama makin sibuk dengan hal duniawi. Almaklum, kuli batak. Semakin hari semakin sibuk, semakin bertambah tekanan, semakin gemuk, dan semakin tinggi kolestrol dalam badan. Last month, company aku ada panggil ejen perubatan luar untuk buat medical check up untuk kesemua staf dari pangkat General Manager sampai la yang kuli-kuli termasuk la aku. Keputusannya, didapati aku mempunyai tahap kolestrol yang agak tinggi, 5.84 dan slightly obese. wakakaka. Yes, aku pendek dan aku gemuk. Gangnam style habaq hang. hahaha.



Tapi syukur alhamdulillah, rezeki hari demi hari makin bertambah. Bak kata orang dulu-dulu, hati baik hasil pun baik. ehhhhhhh? haha. So, tahun baru 2013 ni aku berazam nak memantapkan lagi azam tahun 2012 yang aku tak buat pun. haha. Satu, nak menguruskan badan balik seperti zaman kegemilangan dahulu. Dua, nak fokus terus dengan kerjaya tetap sekarang. Tiga, capai azam tahun-tahun lalu yang tak buat-buat lagi. hahaha.



Sebenarnya banyak yang nak dikongsi sepanjang aku tak aktif berblogging. Banyak kenangan atau peristiwa yang terjadi. Antaranya, aku join pertandingan karaoke anjuran company, berduet dengan seorang kawan yang sangat berbakat dan hebat, nyanyi lagu Sandarkan Pada Kenangan. In the end, kami menang tempat pertama. Juara beb. hahaha. Dapat hamper, kongsi-kongsi. hehe. Antara kenangan terindah aku tahun ni. Selain tu, ikut pertandingan nyanyian untuk Dinner Raya, Choir untuk Annual Dinner 2012 dan macam-macam lagi lah.

Tapi, yang paling indah ialah apabila impian aku untuk memiliki sebuah kenderaan sendiri tercapai pada Sabtu lepas, tanggal 22 Disember 2012. Alhamdulillah. Seminggu pakai, memang terbaik la kereta ni. Start enjin main tekan je. hehe. Ayah aku dah test drive, mak aku pun dah jadik penumpang. Terima kasih buat kedua ibu bapa ku yang tersayang dan tercinta kerana telah mendidik anakanda dengan sebaik-baik didikan.


Nissan Almera VL. Bini pertama. Hehehe..

(Video) Raja Lawak 6 : Minggu 6 - Zero

Zero Raja Lawak 6

Jom tengok persembahan kumpulan Zero untuk Raja Lawak 6 minggu ke-6. Best jugak tapi lagi best persembahan Zero minggu ke-5. Persembahan kumpulan Zero boleh dikatakan sama best macam rumah terbalik Sabah. hehe..

Jom layan video di bawah,

(Video) Zero Atau KRU : Raja Lawak 6

Kumpulan Zero Raja Lawak 6
Video ni dari persembahan kumpulan Zero untuk Raja Lawak 6 minggu ke lima. Berlakon jadi kumpulan KRU konon-konon. Sumpah lawak walaupun harmoni lari-lari. hahaha. Dorang ni dari Sabah. Orang Kudat ba dorang ni. hehe. 

Ba, jangan di kasi lama, layan dulu ni vidio..

Rumah Terbalik Pertama di Malaysia!

Gambar Rumah Terbalik Sabah
*Rumah Terbalik pertama pertama di Malaysia

Pernah dengar Rumah Terbalik? Di Sabah ada. Rumah Terbalik di Tamparuli ini sudah dibuka untuk pelawat kelmarin. Rumah ini terletak di Kampung Telibong, Jalan Tuaran (berhampiran stesen minyak Shell). Untuk maklumat lebih lanjut, boleh lihat di laman rasmi Facebook Rumah Terbalik. Siap ada gambar dalam proses pembinaan. hehe. Satu lagi destinasi percutian yang menarik untuk dikunjungi di Sabah. 

Jadual bayaran masuk:-
Dewasa (RM18)
Kanak-Kanak bawah 12 tahun (RM12)
Kanak-Kanak bawah 3 tahun (Percuma)
Promo: Pemegang MyKad diberi diskaun RM8 untuk 3 bulan pertama.


JOM BERCUTI DI BORNEO (LABUAN, SABAH DAN SARAWAK)!

*Pelan Lokasi

Lelaki Maut Dilenyek Lori 5 Tan di Menggatal, Sabah

Assalamualaikum.

Berita yang agak ngeri saya baca pagi ini. Seorang lelaki menemui ajal apabila dilenyek lori lima tan milik rakannya yang kebetulan mengundurkan kenderaan berat itu dalam kejadian di Menggatal, Sabah. 

*Cilok dari Google. Lori 5 tan.

Berita kemalangan lain dari Labuan, seorang lelaki yang cuba melintas trafik, maut apabila dilanggar sebuah van akibat tersadung dan terjatuh di atas jalan raya. Tapi, kejadian ni saya pun tak pasti di mana.