New Chapter.

Assalamualaikum.


Rasanya dah agak lama saya meninggalkan blog ni, minta maaf banyak-banyak kalau ada rakan-rakan yang masuk dalam blog ni kebosanan asyik tengok post yang sama. Masih post pasal raya pulak tu bawah ni. hehehe.. Lot of things happen lepas post raya yang paling last tu. That's why blog tinggal macam tu je. Last post yang sebelum post ni pun dah dekat sebulan yang lalu. Konon-konon tak lama lepas post tu, start balik aktif blogging.. alih-alih jadik sebulan baru publish post baru. Tapi yang ni pun tak pasti lagi, nak maintain post macam dulu tiap-tiap hari ada post, ataupun time rajin jer baru post. InsyaAllah, saya cuba maintain macam dulu.

Apapun, saya tak sangka yang walaupun dua bulan lebih tak publish post baru, follower dah mencecah 901 orang. Terima kasih banyak-banyak buat rakan-rakan yang rajin berkunjung ke blog picisan lagi murahan ni walaupun blog ni lagi banyak karut dari info. Review pasal Galaxy SII pun gantung lagi, hehehe..

Banyak yang nak diceritakan sebenarnya dalam dua bulan tak update blog ni, tapi tak tau nak mula dari mana. Jadi, lebih baik kalau buka cerita baru kot. hehehe. Lagi pun cerita team Harimau Muda mengalahkan Garuda baru-baru ni jauh lagi hangat dari apa yang boleh saya kongsi. Trafik lagi mencanak kot kalau letak post pasal Harimau Muda. Tahniah buat Harimau Muda kerana berjaya menewaskan team Garuda, dua kali di depan penyokong pihak lawan sendiri dan sekaligus membawa pulang pingat emas. Tahniah!


*Emas milik Apexs, ambik dari Twitter Paknil :)


Selain dari tu, saya dah dapat first payment dari Nuffnang hasil dari blog Aku Anak Labuan ni. Alhamdulillah.. Boleh la buat bayar bil streamyx, walaupun nilai tu hasil dari kumpul berbulan-bulan baru cashout. hahahaha.. Tapi boleh la dari takde, ye tak? Terima kasih buat Nuffnang dan Harimau Muda kerana menjadikan hari-hari ku lebih indah. hehe..




Terima kasih sekali lagi buat rakan-rakan yang sudi jenguk blog tak seberapa ni. Maaf jugak sebab dah lama tak jenguk blog rakan-rakan yang lain tolong up trafik. Honestly, memang tersangat jarang buat blogwalking sepanjang tak bukak blog. Lepas ni saya akan cuba balik maintain publish post baru setiap hari macam dulu, pastu buat blogwalking macam biasa. Selain tu, nak minta maaf jugak sebab penulisan makin lama makin skema, sori kalau ada yang bosan baca. hehehe.. apapun, SKEMA ITU SEKSI yawwwww!


8 comments:

  1. selamat kembali dengan semangat baru!!....

    ReplyDelete
  2. pamieee...hahaha welkam back. akk pun baru start akrif balik. sbb ada urusan dan t/jwb yg perlu diutamakan. skang alhamdulillah dah boleh berinteraksi kembali..insya-Allah...

    ReplyDelete
  3. brp lama dari cashout ke tarikh penerimaan cek ea?



    selamat kembali..... :D

    ReplyDelete
  4. auuww skema itu seksi u!! ngehngehngeh welcome back pamie! ala tak de depan lappy pon xpe. janji autopublish. tak la bersawang...hehe

    ReplyDelete
  5. memang lama lah pamie tak update entry.tertunggu tunggu jugak :)

    wah wah dia dah cashout nuffnang. rezeki la tu dapat bayar bil stremix;) hehe :)

    pamie sihat ke?

    ReplyDelete
  6. waaah dah dpt cek hehe ..
    tu la lama gak bro menyepi .. masing2 tgh bz kan skrg .. fhm la

    ReplyDelete
  7. bz buat ape je la agaknya tu..hihi..;)

    ReplyDelete

Thanks bagi komen dan tinggalkan jejak anda =)

Floating Social Plugin

Share