Keputusan Penuh Kelayakan Olimpik Malaysia vs Bahrain



Sebentar tadi, perlawanan bola sepak kelayakan Olimpik kumpulan C di antara Malaysia dan Bahrain telah berakhir dengan keputusan,

Keputusan Penuh AFC (5 Februari 2012) : Malaysia vs Bahrain

MALAYSIA (1) vs (2) BAHRAIN


Kalah...

Apa pun, sekalung tahniah buat Ahmad Hazwan Bakri dan team Harimau Muda kerana berjaya menjaringkan satu (1) gol walaupun tewas sekali lagi di tangan Bahrain.


Khas untuk Hazwan Bakri 

Tahniah. Anda telah berjaya mengharumkan nama Labuan dalam arena bola sepak tanah air dan dunia khususnya. Labuan pernah melahirkan pemain bola sepak berkualiti iaitu Hassan Sani. Oleh itu, tidak salah andai saya katakan Hazwan Bakri umpama Hassan Sani 2. Pemain bola sepak terbaik kelahiran Labuan untuk generasi moden. Semoga anda terus maju dan terus mengharumkan nama Malaysia di persada dunia!

(Video) Makcik Panik Rempuh Kedai Moto!

Assalamualaikum.


Panas lagi kot cerita ni, kat Kosmo pun baru keluar artikel pasal pemandu panik langgar kereta berulang kali. Kemudian, terus rempuh masuk kedai motor. Untuk pengetahuan, makcik yang berumur 50-an ini telah berjaya meranapkan empat buah superbike (Suzuki GSX 1000cc, Honda VFR 1000cc, Honda CBR 1000cc dan BMW 1400cc), Volvo XC60, 2 buah Myvi dan sebuah kedai superbike. 

Tak tahu nak cakap apa dah bila tengok video ni. Ada yang simpati kat makcik ni, ada juga yang marah. Kalau ikutkan cerita saksi dari tempat kejadian, makcik ni ada unsur-unsur nak larikan diri lepas langgar volvo tu. Sebab tu sampai panik tak ingat. Tapi, tak pasti la betul atau tidak. Boleh baca cerita dari tempat kejadian di sini




Rumah Terbalik Pertama di Malaysia!

Gambar Rumah Terbalik Sabah
*Rumah Terbalik pertama pertama di Malaysia

Pernah dengar Rumah Terbalik? Di Sabah ada. Rumah Terbalik di Tamparuli ini sudah dibuka untuk pelawat kelmarin. Rumah ini terletak di Kampung Telibong, Jalan Tuaran (berhampiran stesen minyak Shell). Untuk maklumat lebih lanjut, boleh lihat di laman rasmi Facebook Rumah Terbalik. Siap ada gambar dalam proses pembinaan. hehe. Satu lagi destinasi percutian yang menarik untuk dikunjungi di Sabah. 

Jadual bayaran masuk:-
Dewasa (RM18)
Kanak-Kanak bawah 12 tahun (RM12)
Kanak-Kanak bawah 3 tahun (Percuma)
Promo: Pemegang MyKad diberi diskaun RM8 untuk 3 bulan pertama.


JOM BERCUTI DI BORNEO (LABUAN, SABAH DAN SARAWAK)!

*Pelan Lokasi

Pelajar Perempuan Dibelasah Angkara Facebook

Assalamualaikum.



Panas juga cerita ni. Budak-budak perempuan yang masih bersekolah, umur 15 tahun lagi, membelasah budak lain hanya kerana Facebook. 15 orang lawan seorang. Ada aksi tumbuk, tendang dan tarik rambut yang aku rasa wadepak! Ini serius sadis dan sangat membimbangkan. Akhir-akhir ni makin banyak pula kes buli, gaduh melibatkan budak sekolah menengah rendah.

Ada satu kes cerita rakan baik aku sendiri, budak-budak tingkatan 1 bergaduh di dalam kelas ketika rakan aku ni tengah syok mengajar. Boleh pula budak-budak ni bergaduh sampai baju sekolah koyak. Aku rasa bila filem genre samseng, gaduh makin popular di Malaysia ni, seiring tu juga la kes-kes buli melibatkan budak sekolah meningkat. Apa pendapat korang?


Berita Penuh di Berita Harian Online

KANGAR: Akibat perang Facebook, seorang pelajar perempuan berusia 15 tahun dibelasah, termasuk dipijak dan ditendang sekumpulan kira-kira 15 pelajar perempuan dari sekolah sama berhampiran sebuah sekolah menengah di sini, petang kelmarin.

Mangsa dipercayai diserang berikutan beberapa komennya di dalam laman sosial Facebook, baru-baru ini, yang dikatakan mengeluh kerana asyik dibuli sejak lebih sebulan berpindah ke sekolah itu, awal tahun ini.

Anak sulung daripada dua beradik itu cedera di tangan dan badan, selain lebam dan dimasukkan ke Hospital Tuanku Fauziah (HTF) di sini, berikutan muntah dan mengadu sakit dada.

Dalam kejadian itu, mangsa yang baru berpindah dari Sungai Petani, Kedah, dikatakan dikerumuni kira-kira 15 pelajar perempuan ketika dalam perjalanan pulang ke rumahnya sebaik selesai menjalani latihan sukan di sekolah kira-kira jam 6.30 petang.

Mangsa yang menaiki basikal seorang diri dikatakan dikepung dan basikalnya ditendang tiga hingga empat daripada 15 pelajar berkenaan, sebelum terjatuh di kawasan taman perumahan di belakang sekolahnya di Jalan Raja Syed Alwi di sini.

Apabila terjatuh, seorang pelajar lain memijak dan memukul mangsa sebelum disertai pelajar lain yang turut sama memukul dan menendang kepala mangsa selain menarik rambutnya.

Ibu mangsa yang hanya ingin dikenali sebagai Latifah, 30-an, berkata dia sedih dan kesal kerana tiada seorang pun pelajar yang menyaksikan kejadian berani membantu anaknya yang ketika itu menjerit meminta tolong.

Anak saya dibelasah teruk berdekatan sekolah, namun, tiada seorang pun berani membantunya. Malah, dua pelajar lelaki dari sekolah sama yang menyaksikan kejadian itu hanya ketawa melihat anak saya dibelasah.

Dia (mangsa) yang lemah tidak berdaya selepas dibelasah. Dalam kesakitan, dia berjalan sendiri untuk pulang ke rumah selepas ditinggalkan kumpulan pelajar terbabit, katanya yang kemudian membuat laporan di Balai Polis Kangar.

Mangsa yang dibenarkan pulang selepas diberi rawatan pesakit luar, bagaimanapun dihantar ke HTF semalam dan dimasukkan ke wad untuk rawatan lanjut selepas mengadu sakit dada serta muntah di rumah.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Kangar, Deputi Superintendan Ismail Che Isa, mengesahkan menerima laporan mengenai kejadian itu dan siasatan sedang dijalankan.

Kita sedang menyiasat jumlah pelajar yang terbabit dalam kejadian itu dan sudah kenal pasti empat pelajar perempuan berusia 15 tahun daripada sekolah sama yang disyaki terbabit, katanya.

Kes itu disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana sengaja mendatangkan kecederaan, selain Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana membuat ugutan jenayah.

*P/S: Lain cerita di Kosmo, kononnya budak-budak yang membelasah ni salah faham mangsa ada hubungan dengan teman lelaki dorang. Tak faham aku, pasal cinta monyet yang entah ke mana tu pun boleh gaduh.