Mengucap

Follow the story...

Suatu hari sedang menantu lelaki menonton televisyen, bapa mentua lalu di depan. Tiba-tiba bapa mentua rebah sambil memegang dada.

Apa lagi, kelam-kabut la si menantu. Isterinya dan emak mentuanya pun menerkam ke arah bapa mentua sambil memegang dada bapa mentua.

Bapa mentua tak bergerak, senyap saja. Bertambahlah gabra semua yang melihatnya. Emak mentua menyuruh menantu mengajar bapa mentua di atas ribanya untuk mengucap. Dia gabra, sampai isterinya pun tolak-tolak bahunya suruh cepat lakukan. Emak mentuanya ulangi lagi suruh menantunya mengajar mengucap.

Dalam keadaan gabra itu, si menantu pun dekatkan mulutnya ke telinga bapanya sambil berkata, "MA RABBUKA! SIAPA TUHAN KAMUUUU!"

Kuat juga sebutan menantunya sehingga terkejut emak mentua mendengarnya.

Tiba-tiba bapa mentua tersedar dan terus berkata, "Bila masa kau jadi malaikat ni? Aku belum mati lagi la.."

hehehe.

Adegan lucah dalam teksi

Follow the story..

Pukul 2.30 pagi, Ah Pow memandu teksinya sekitar  Bukit Bintang. Tapi entah apa sebabnya, malam itu Bukit Bintang lengang pula. Perempuan-perempuan jalang tidak kelihatan langsung kecuali... BRRREEEEKKK! Ah Pow tekan brek. Teksinya berhenti betul2 di hadapan seorang perempuan berpakaian seksi yang berdiri di tepi jalan.

"Taman Connught, Cheras, ya baaaangggg.." Suara perempuan itu begitu manja sekali. Perempuan itu kemudian duduk di kerusi depan, sebelah Ah Pow.

Sepanjang jalan, perempuan seksi itu cuba menggoda Ah Pow. Tapi Ah Pow buat dek je. Dua kilometer sebelum sampai ke Taman Connaught, perempuan seksi itu tiba2 membuka baju dan mencampaknya ke luar.

"Jangan buat macam tu!" Ah Pow menjerit, tetapi perempuan seksi tu buka pula seluar jeannya, dan membuangnya ke atas jalan raya.

"Jangan! Jangan!" kata Ah Pow dan memperlahankan teksi.

Tapi perempuan itu tak peduli, malah dia melucut pula pakaian dalamnya. Anehnya, Ah Pow terus marah dan membebel sampai perempuan itu tension giler. Apa hal la orang tua ni?????

Perempuan itu naik marah kerana 'kehendaknya' tidak dilayan oleh Ah Pow, lalu dia pun berkata, "Ceh, jantan bodoh! Tak pernah tengok perempuan telanjang ke?"

Jawab Ah Pow, "Bukan tak pernah, tapi masalahnya, kamu nak keluarkan duit tambangnya dari mana???"

hehehe
 
Don't dirty minded, ya.

Artikel in hanya untuk hiburan semata2.

hehe.

Akmal, ikan jenahak dan belang

Kali ni entri lain dari yang lain. Follow the story ok.


Akmal selalu datang lambat ke sekolah. Apa tidaknya, malam2 main facebook chatting ngan awek sampai jam 3-4 pagi. Tido time Subuh, kompem bangun pagi pun susah. Mana tak lambat pegi sekolah. Pastu sudahlah lambat, kuat membohong pulak tu. Bohongnya pulak bukan kecik-kecik anak. Guru kelas pun berjumpa guru besar nak solve the problem la kiranya dan memberitahu, dia sudah tidak tahan lagi dengan sikap Akmal ni.

Kata guru besar sekolah tu, lain kali kalau Akmal datang lambat lagi, bawa Akmal jumpa dia kat opis. Kata guru besar, dia hendak beritahu satu cerita bohong kepada Akmal, dan cerita tersebut tidak pernah diceritakannya kepada sesiapa pun sebelum ni.

(Review) LG Optimus One (P500) with Android 2.2 (Froyo) : Part 2

Assalamualaikum.

Seperti yang telah dijanjikan, ini dia sambungan review untuk LG P500 part 1. huhu. Saya dah mention dulu yang handset ni kalau di kalangan geng-geng Android yang lain, handest ni la yang paling murah. Affordable la. Tiadalah harga mencanak-canak macam iPhone 4. Tapi handset ni memang tak boleh banding ngan produk Apple. Untuk pengetahuan, harga untuk handphone ni adalah dalam RM800+.




Ok. Berbalik kepada topik asal. Di sini, saya akan tulis review sendiri berdasarkan pengalaman menggunakan handset ni sejak sebulan yang lalu.



LG Optimus One ni agak kecil dan ringan berbanding Smartphone yang lain dan design cover bateri handset ni ada bentuk curve kat sisi kiri dan kanan. Jadi, kalau nak pegang agak selesa la sikit. 


Selain itu, Optimus One ni datang dengan butang menu, home, back dan search jadi tak la bergantung sangat dengan butang touchscreen yang kadang2 boleh bikin sakit hati.




Optimus One ni dilengkapkan dengan kamera 3MP. Tapi kekurangannya, takde flash.



Seperti kebanyakkan Android lain, microSD dia mesti kat belakang cover bateri. Jadi, kalau nak cabut microSD tu, kena bukak dulu cover belakang Optimus One.


Ni user interface Optimus One. Ada addition touchscreen buttons untuk dialer, contacts, menu, messaging ngan web ngan lain2 link button yang korang boleh customize ngan sentuh skrin sahaja. Seperti kebiasaan, kalau dah nama Android, banyak apps yang boleh kita download. Handset dah ready ngan Facebook, Twitter, Google Talk, Youtube dan banyak lagi.





Optimus One boleh detect Wi-Fi kalau kawasan tu ada Wi-Fi. Umpamanya, McDonald. Selain tu, handset ni boleh share internet connection. Dalam bahasa mudah, korang boleh buat handset ni macam modem internet. Part yang 'Tethering & portable hotspot tu', dengan syarat handset korang ada sambungan internet. Korang pakai sim broadband kat handset ni ke. Optimus One akan secara automatik menggantikan modem pendrive broadband.



Ok, ni yang tak best. Packaging dia sangat menghampakan. Ibarat korang beli handset 100ringgit punya packaging. Abaikan harga tu ye. Time kasih.



 Untuk pengetahuan, walaupun samrtphone ni guna Android 2.2 yang dah support flash player 10.2, tapi spesifikasi handset ni memang tak cukup untuk guna flash player sebab tak menepati Adobe's minimum requirement yang mana perlukan at least 1Ghz processor. Tapi handset ni 600 Mhz je. Secara logik, memang tak boleh guna la Adobe flash player kat handset ni even handset ni guna OS Android 2.2 (Froyo).

Jadi kesimpulannya, handset ni ada pros and cons la jugak. Jadi, kalau anda pun berminat dan baru berjinak2 ngan Android ni. Banyak2 kan la membaca review2 orang lain yang dah purchase handset tu sebelum korang pun beli. Setakat ni, saya masih puas hati la ngan Optimus One ni walaupun banyak lagi kekurangannya tapi memang padan la juga untuk harga yang telah ditawarkan untuk handset ni.

Ok, tu je. Terima kasih

Sekian.