Showing posts with label Ultrabook Toshiba Portege Z830. Show all posts
Showing posts with label Ultrabook Toshiba Portege Z830. Show all posts

Ada Apa Dengan Ultrabook Toshiba Portege Z830?

Apa itu Ultrabook? Mungkin ramai yang dah tahu, tapi mungkin juga ada lagi yang belum pernah dengar istilah Ultrabook selain Netbook, Tablet dan sebagainya. Untuk pengetahuan, Ultrabook adalah projek terbaru dari Intel dalam penghasilan komputer riba dengan perisian Windows. Ultrabook juga boleh dikatakan sebuah komputer riba versi baru dengan fungsi Tablet dan Netbook digabungkan. Sehingga kini, Ultrabook telah dilancarkan untuk pasaran Malaysia oleh Acer, Asus, Lenovo dan terkini, Toshiba.

Ultrabook Toshiba Portege Z830




Jadi, apa istimewanya Ultrabook Toshiba Portege Z830?

Banyak kelebihan pada Ultrabook dari Toshiba keluaran Portege ini berbanding yang lain. Untuk artikel ini, aku senaraikan antara beberapa elemen utama pada gadjet ini yang sangat menarik pada pandangan aku yang akan buat korang terus cari info mengenai Ultrabook Toshiba Portege Z830.

Paling Nipis, Paling Ringan

Toshiba Portege Z830 untuk rekod, adalah sebuah Ultrabook dengan saiz paparan 13.3 inci yang paling nipis dan paling ringan pada saat ini berbanding yang lain. PC ini hanya seberat 1.12 kg dengan ketebalan 8.3 mm. Hampir sama tebal dengan Samsung Galaxy SII aku tuuuu. Nipis, sangat nipis kalau nak dibandingkan dengan Acer Aspire 4736 yang aku guna untuk taip artikel ni. hehehe.

*Nipis tuuuuuuuu
Ultrabook Toshiba Portege Z830

Ultrabook dengan Kemudahan Port Paling Lengkap

Selain itu, istimewanya Ultrabook ni ialah ianya adalah satu-satunya Ultrabook dengan port yang lengkap. Aku katakan lengkap sebab Ultrabook ni walaupun nipis dan ringan, ia penuh lengkap dengan  kemudahan port seperti USB (Satu USB 3.0 dan dua USB 2.0), HDMI, VGA, Ethernet LAN, SD Card and Kensington slot. Semua ada. Best of the best punya Ultrabook!