Esok puasa la!

Assalamualaikum.




Cukup seminggu tak update blog. hahaha. Dapat jugak tengok 'kebenaran' trafik ke blog picisan aku ni kalau tak update. hehe. Ada hari yang page view '0' la. kekeke. Rasa macam dah malas dah ni nak update blog. Nak mintak suntikan semangat, kongsi-kongsi BE ke. hahaha.

Anyway, selamat berpuasa kepada semua rakan-rakan yang beragama Islam. Semoga Ramadan tahun ini lebih sempurna berbanding yang sebelum ini.


SELAMAT BERPUASA! 


Wordless Wednesday #6

Assalamualaikum.




What a day....



p/s: Kebakaran di Labuan. I can't find better description for this, so I put it under #WW and ya, sorry for leaving this blog without new entry. hehe. Soon, wait aaaaa... Peace!


Takde mood nak update blog....

Assalamualaikum.

*Klik image untuk paparan lebih jelas


Rasa annoyed gila bila buka blog hari ni. Asal buka je mesti keluar benda ni. Refresh banyak kali pun keluar benda ni balik. Preview entri ni pun keluar benda tu. 

Apa benda windows Authentication Required ni??

Mood: tadak mood la....

Dilemma

Assalamualaikum.


*Saya adalah seekor sugar glider yang comel


Seperti tajuk entri yang aku suggest, aku seriously dalam dilemma sekarang. Sekarang ni aku ada dua pilihan dan kena pilih satu la. Tapi, aku tak tau nak pilih yang mana. Macam burung tu la, nak terbang ke, atau duduk je atas tangan aku? hurm. Ok, macam ni. Dulu aku pernah post kat entri yang aku happy tahap gaban bila dapat surat tawaran sambung belajar ke peringkat Master dari UTM. Klik sini untuk tengok entri. Sepatutnya kena daftar bulan September ni, tapi selepas perbincangan panjang ngan famili, aku tangguh dulu pendaftaran ke semester dua sebab tak banyak masa nak cari scholarship masa dapat offer letter tu. Jadi, kena daftar bulan April tahun depan la pulak.

Tapi, sekarang ni bila fikir-fikir balik, berbaloi atau tidak aku sambung master tu. Banyak yang cakap, market untuk graduate engineering sekarang makin kecil kat Malaysia ni. Jadi, alang-alang dah dapat kerja elok ni, bagus aku terus je kan. Lagi pun, mungkin dapat better job lepas ni di salah sebuah engineering firm yang dah established di Labuan ni. Kalau confirm dapat tu, mungkin tangguh lagi la untuk sambung master tu. Kalau tak dapat pun, next year, bos ada perancangan lain dan aku memang suka perancangan bos aku tu. huhu. Conclusion dia, memang tangguh lagi la master tu, tapi sayang pulak.

Jadi, option mana satu yang aku patut aku pilih? Further study atau terus kerja? Master tu memang dah lama dalam perancangan nak sambung, sebab banyak lagi yang nak kena belajar ilmu engineering ni. Dari design sampai la management, semua kena hebat. Baru la dapat jadi engineer awesome macam nana (bukan nama sebenar) atau Jamal. Kalau tak sambung pun, boleh dapat melalui pengalaman. Tapi, better dalam usia muda ni sambung ke master selagi bujang. Kalau dah kahwin nanti, susah pulak, betul tak sirap? ecece. 

Tapi, tu la.... haish, pening la... pening... pening...

Tengok nanti bila dah confirm dapat job tu, then baru buat final decision. huhu. Sebelum tu nak ucap TRIMAS buat bro Yousof sebab sudi bagi sticker yang SERIOUS AWESOME macam kat bawah ni. hehehehe.