Gambar Bangunan Suria KLCC Terbakar!

KLCC terbakar

Heboh di timeline Twitter kononnya KLCC terbakar. Gambar ni pun sumber dari Twitter. Rupanya, salah sebuah restoran di KLCC je terbakar iaitu Chinoz. Difahamkan, berlaku sebuah letupan kecil yang disyaki daripada kebocoran gas di bahagian ruangan dapur Chinoz. Apapun, api telah berjaya dipadamkan. 

Tapi dalam banyak-banyak tweet pasal KLCC Terbakar, tweet macam kat bawah ni pun ada..haha..

"Terbakar KLCC Nampak Asap, Terbakar Hati Siapa Yang Tau"

Wordless Wednesday #25 : Duit Syiling Baru

Duit Syiling Baru 2012

Panggilan Temuduga di Kota Kinabalu

Kota Kinabalu
So, last thursday I went to Kota Kinabalu for a job interview on Friday morning. Then, I attended my cousin's wedding on Saturday and got back home to Labuan at the end of last week. Hence, the long hiatus.

Tak banyak peristiwa menarik yang berlaku. Jadi, aku cerita pasal pengalaman sepanjang perjalanan je la. Perjalanan menaiki bot laju dari Labuan ke Pelabuhan Menumbok mengambil masa selama 20 minit. Kalau menaiki feri penumpang lebih kurang 1 jam 30 minit tempoh perjalanan. Manakala, tempoh perjalanan menaiki bas ekspress ke Kota Kinabalu dari Menumbok mengambil masa lebih kurang tiga jam. Tambang bas ekspress KK-Menumbok-KK ni adalah RM14.

Sampai di Kota Kinabalu, aku terus cari bangunan syarikat yang yang bakal interview aku pada esok harinya iaitu hari Jumaat. Kalau anda orang Sabah, bangunan tu bersebelahan bangunan Sabah Tourism, berdekatan bekas bangunan dengan lukisan graffiti, dan tidak jauh dari Suria Sabah Shopping Mall.

Wordless Wednesday #24 : Interview Lor


If I use these 'Sentence Endings' during interview this Friday, can ah?

JOM JOIN BLOGLIST BEN ASHAARI .. CEPAT !


Encik Ben Ashaari ajak masuk bloglist benashaari.com yang akan kekal sehingga hujung bulan April 2012.  Ini peluang baik untuk semua blogger tak kira baru atau lama kerana blog benashaari.com sudah kukuh dalam arena blogging. Sah-sah aku pun kena join sekali. hehe..

Syarat untuk join segmen ni, mudah je. Kena cerita sikit mengenai blog dan kenapa berblog. Ok, pada asalnya blog ni yang aku wujudkan pada tahun 2009 sebagai tempat untuk aku rekodkan perjalanan sebagai seorang pelajar di perantauan, iaitu di Pahang. Lagi pun, member masa tu banyak yang ada blog. So, haruslah buat sekali. Sehingga tahun lepas, misi aku dalam blogging dah berubah. Isi, gaya penulisan, rekabentuk blog, semua aku ubah sedikit demi sedikit dalam usaha untuk menaikkan nama blog Aku Anak Labuan. Alhamdulillah, banyak yang aku kecapi termasuk berkenalan dengan ramai rakan blogger seluruh Malaysia. Sebab tu aku berblog, boleh kenal ramai rakan blogger. Terima kasih buat semua rakan yang secara tak langsung menyokong kehadiran aku dalam dunia blogging.

Kalau korang nak join segmen ni kena cepat sikit. Hanya 200 blog pertama yang kena senaraikan. Join sini, cepat!

ChurpChurp Berwajah Baru Lagi!

Plush Toy ChurpChurp

Rekabentuk laman website www.churpchurp.com berubah wajah lagi hari ini. Bukak-bukak je tadi rasa pelik sikit sebab dah lain. Homepage ChurpChurp yang terbaru ni lebih kemas berbanding sebelumnya dan lebih mudah untuk pengguna nak login masuk melalui Facebook ataupun Twitter. Selain tu ada iklan terbaru lagi macam ini dan ini.

Bekas Pelumba Le Tua Maut Akibat Langgar Lari

WCK2290,Langgar Lari Razifi Hamdan
Kes langgar lari. Kejadian ni berlaku pagi tadi di hadapan stesen minyak Shell berhampiran susur keluar ke Taman Melawati, Ampang. Difahamkan, bekas pelumba kelab Le Tua, Rafizi Hamdan (37) terbunuh, dipercayai dilanggar sebuah kereta ketika dalam perjalanan ke Genting Sempah untuk bertemu dan beriadah bersama ahli kelab berbasikal Le Tua.

Bagaimanapun, pemandu kereta tu tak perasan nombor flat pendaftarannya tertanggal dan terjatuh berhampiran mayat mangsa.

Percubaan Pertama Bermain dengan SEO

Keyword Nuffnang SEO Raja Lawak 6 Final

Percubaan pertama bermain dengan SEO yang boleh dikira berjaya bagi aku. Ini kali pertama artikel yang aku taip berada di muka pertama enjin carian menggunakan keyword Raja Lawak 6 Final setelah banyak unsur SEO yang aku masukkan dalam template baru ala-ala twitter ini. Antaranya, penggunaan meta tag, robots index, breadcrumb dan aku tukar sekali tag H1, H2, H3 dari template blogger asal supaya lebih mesra SEO.

Hasilnya, sangat memuaskan bagi aku. Tapi, banyak lagi yang aku kena belajar pasal SEO ni. Rich snippet pun belum keluar lagi walaupun Google sudah verified. Mungkin kena tunggu lagi ataupun masih ada kurang di mana-mana. Ada tips tak?

*Entri di muka pertama enjin carian
Keputusan Raja Lawak 6 Final, Shiro Juara

Kejam, Suami Bunuh Isteri Hamil Dua Bulan!

Satu berita yang mengejutkan. Belum lagi reda kemarahan masyarakat mengenai pembunuhan adik Dirang, kini timbul lagi satu pembunuhan kejam yang menyayat hati. Suami tikam isteri yang hamil dua bulan bertubi-tubi sehingga mati. Kejam! Sangat kejam!

Ini lah perangai manusia bila tidak dapat mengawal nafsu marah, dendam dan sebagainya. Bila dah terjadi, dah terbunuh baru menyesal. Di mana perasaan dan sifat perikemanusiaan sebagai seorang manusia? Tahun lepas pun banyak berita pasal orang simbah asid. Tahun ni berita pasal pembunuhan kejam, artis rogol anak selama 7 tahun dan budak sekolah bergaduh angkara Facebook.

Malaysia makin maju tapi pemikiran masyarakat masih ada lagi yang mundur.


Berita penuh di Harian Metro Online.

Keputusan Penuh Raja Lawak 6 Final : Shiro Juara!

Teka teki mengenai siapakah Juara Raja Lawak musim ke 6 telah pun terjawab sebentar tadi. Ada yang lawak tak ingat, lawak sedang-sedang pun masih ada. Namun, semua peserta dah beri yang terbaik untuk malam final ni.

Gelaran Juara Raja Lawak 6 disandang oleh kumpulan Shiro yang  mana persembahan dorang memang menarik malam tadi, walaupun nyanyian tu off pitch kadang-kadang. haha. Kumpulan Shiro membawa pulang wang tunai RM100000 beserta trofi. Manakala, Naib Juara pula dimenangi oleh kumpulan Zero yang membawa pulang wang tunai RM50000 beserta trofi. 

Kumpulan Cuit pula mendapat tempat Ketiga dan membawa pulang wang tunai RM30000 beserta trofi. Tempat Keempat jatuh kepada kumpulan 2Yol yang melayakkan mereka membawa pulang wang tunai RM10000 beserta trofi. Kesemua peserta finalis mendapat set elektronik sumbangan Astro.

Tahniah buat semua finalis Raja Lawak 6 kali ini terutama sekali buat kumpulan Zero. Walaupun tak jadi juara, jadi finalis pun dah membanggakan semua rakyat Borneo. Tahniah!

(Entri Spesel) Follower ke 1500, 100 FB Like dan +73 Plusone!

Sudah lama tak buat entri khas sebagai tanda menghargai rakan blogger yang sudi follow blog aku ni. Entri dengan label Entri Spesel yang terakhir adalah penghargaan kepada blogger Lyssa Faizureen sebab jadi follower blog Aku Anak Labuan yang ke 1327. hehe. So, entri kali ini aku nak ucapkan jutaan terima kasih sekaligus buat semua yang sudi follow blog ini. Korang la sumber inspirasi aku untuk terus berblogging. Cewahhhhhhhhhhhhhhhh

Terlebih dahulu, terima kasih buat follower blog Aku Anak Labuan yang ke 1500 iaitu Syafiq Hariry atau Apix, pemilik blog dunia-kami-realiti.blogspot.com. Blog dia ni kira baru lagi, baru start Disember tahun lepas. Tapi, sudah boleh berbangga sebab Ben Ashaari dah follow blog dia. hehe. Apix ni lepasan SPM tahun lepas. Tak lama lagi nak terima keputusan. Good luck! Jom sama-sama terjah blog Apix.

Follower 1500 Blog Aku Anak Labuan

What Would My 3D World be with LG Optimus 3D?

Hujung Februari tahun lepas, aku menjadi salah seorang dari jutaan pengguna smartphone terkenal dari rangkaian LG Optimus keluaran Life's Good. Untuk permulaan aku beli LG Optimus One dulu, sebab awal tahun lepas baru nak berjinak-jinak dengan gadget Android dan LG Optimus One adalah yang terbaik bagi aku masa tu. Lagi pun boleh main Angry Bird free. hahaha.

Jadi sebagai pengguna smartphone dari LG, aku cukup teruja bila LG memperkenalkan LG Optimus 3D iaitu smartphone pertama di dunia dengan fungsi 3D dan gadget kedua dari LG dengan paparan 3D selepas LG Optimus Pad 3D tablet. Kalau korang tanya kenapa aku teringin gadget ni, sebab aku nak main game HD dari Gameloft macam N.O.V.A. 2, Avatar atau Let's Golf 2 dalam paparan 3D. Confirm main game sampai muntah!

INTRODUCING
LG Optimus 3D

Teringin nak main game-game HD sebegini dengan paparan 3D! Untuk pengetahuan, gadget ini ada built-in games iaitu Asphalt 6, Let's Golf 2, Nova.

Screenshot N.O.V.A. 2
Screenshot Let's Golf 2
Selain itu, LG Optimus 3D juga mampu mengambil gambar dan video 3D dengan bantuan 2 kamera utama 5-megapixel di bahagian belakang. Awesome! Bayangkan saja tengok filem 3D di panggung wayang pada paparan mobile dan tanpa menggunakan cermin mata 3D. Boleh tengok wayang dalam bentuk 3D di mana-mana dan sekiranya korang nak tengok ramai-ramai kat TV pun boleh sebab gadget ini ada slot HDMI. Sambung je ke TV, tapi yang boleh support teknologi 3D la.

Apa yang menarik bagi aku pada gadget ini ialah teknologi tri-dual yang diperkenalkan oleh LG. Ia membantu mengurangkan masa capaian ke RAM dan sekaligus membantu gadget ini untuk berfungsi lebih baik. Di samping itu, walaupun gadget ini didatangkan dengan paparan 3D, LG ada menyediakan butang 3D pada bahagian kanan di bawah butang volume untuk memudahkan pengguna on/off paparan 3D. So, in case kalau mata dah penat main game atau tengok video dalam bentuk 3D, pengguna boleh turn off paparan 3D dengan menekan butang 3D di bahagian kanan LG Optimus 3D. Genius!


Antara spesifikasi utama gadget dengan paparan skrin 4.3" (800x480) ini ialah ia dikuasai oleh chipset TI OMAP 4430 dual-core 1GHz dengan memori RAM sebanyak 512MB dan disokong oleh perisian Android 2.2.2 Froyo (Sekarang boleh upgrade ke Android 2.3.5 Gingerbread). Gadget ini juga mempunyai storan dalaman 8GB dan boleh menyokong kad SD sehingga 32GB, serta kapasiti bateri 1500 mAh.

Lagi spesifikasi LG Optimus 3D yang akan buat korang terbeliak!

Nurul Nadirah @ Dirang Disahkan Meninggal Dunia

Gambar Dirang Sebelum Meninggal Dunia

Sedih. Kalau korang ikuti kisah kehilangan seorang kanak-kanak kecil dari Johor ni, mesti turut sedih bila dah tahu pengakhirannya. Sangat kejam! Difahamkan, budak ni bernama Nurul Nadirah atau lebih dikenali dengan nama Dirang dilaporkan hilang sejak 1 Mac yang lalu. 

Kejadian ini bermula apabila ibu kepada Dirang iaitu Roselyn memberi RM4 kepada budak tersebut untuk membeli telur ayam dan mee segera dari kedai runcit blok berdekatan. Sehingga 30 minit kemudian, Dirang difahamkan belum balik ke rumah dan terus dilaporkan hilang pada hari yang sama. Pada 8 Mac, pihak polis menemui mayat rentung dalam lubang yang telah digali sedalam 3.5 meter di sebuah ladang kelapa sawit, 2 kilometer dari perumahan Dirang. Semalam, Jabatan Kimia mengesahkan hasil ujikaji DNA daripada rangka tersebut menyamai DNA Roselyn, ibu kepada Dirang.

Bunuh dan bakar.

All England 2012 : Datuk Lee Chong Wei Tewas

Lee Chong Wei All England 2012

Perlawanan di antara Lee Chong Wei dan Lin Dan dalam Kejohanan All England 2012 baru berakhir sebentar tadi dengan kemenangan memihak kepada jaguh China, Lin Dan. Tapi, apa boleh buat sebab kali ni Lee Chong Wei mengalami kecederaan tangan. Bahu penuh dengan plaster tapi masih lagi mampu bermain dengan baik. Tiga kali sembur pain killer sepanjang perlawanan berlangsung.

Tiada peluang kali ni untuk kita tengok satu lagi perlawanan epic dari dua jaguh dunia badminton untuk Kejohanan All England. Tinggal Olimpik 2012 lagi. Lepas tu, kemungkinan kedua-dua pemain bersara. Apapun, tahniah buat Lin Dan walaupun memang percuma menentang Lee Chong Wei.

Keputusan penuh perlawanan sebentar tadi, set pertama Lin Dan menang dengan mata 21-19. Set kedua pula Lee Chong Wei ketinggalan dengan mata 2-6 sebelum memutuskan untuk memberi kemenangan kepada Lin Dan. Serius sedih juga tengok Lee Chong Wei terpaksa menarik diri tadi. Lin Dan sempat mintak tukar baju dengan Lee Chong Wei yang seingat aku tidak pernah berlaku. huhu. Namun apa yang penting, tangan Datuk Lee Chong Wei sembuh sebelum Olimpik 2012.

Semoga cepat sembuh Datuk Lee Chong Wei.

Tarikh Sebenar Update Ice Cream Sandwich untuk Galaxy S2


Kalau korang pengguna Samsung Galaxy SII, mesti teringin nak update perisian Android Gingerbread ke perisian Android terkini iaitu Ice Cream Sandwich (Android 4.0) seperti Galaxy Nexus. Ini kerana, banyak aplikasi terbaru yang diperkenalkan oleh Google seperti Android Beam dan Face Unlock. Lagi pun, ada beberapa masalah pada update Gingerbread terbaru. Jadi, memang sangat-sangat memerlukan update ke Ice Cream Sandwich.

Sejak semalam jugak, banyak artikel dikeluarkan termasuk di Amanz.my dan Azri.my berita mengenai update untuk perisian Android Samsung Galaxy SII ke Android 4.0. Kononnya, Samsung Filipina mengesahkan mulai 10 Mac, semua pengguna Galaxy SII boleh update perisian masing-masing ke Android 4.0 melalui Kies. Tetapi, lain pula cerita melalui twitter rasmi Samsung dari Korea, @samsungtomorrow, tarikh tersebut adalah salah sehinggalah pada tarikh yang akan diumumkan nanti melalui twitter dorang. Nanti tu tak pasti pula bila.

The New iPad

The New iPad

Teka teki mengenai generasi ketiga Apple iPad sudah terjawab semalam selepas jemputan majlis pelancaran diedarkan sejak minggu lepas. Ada yang puas hati, ada juga yang mahukan lebih. Ini kerana, tak banyak perbezaan di antara iPad 2 dengan iPad Baru melainkan spesifikasi. Kalau korang tengok website hebat pasal product review sebagai contoh cnet.com, ada ruangan artikel mengenai apa yang dorang tak puas hati dengan generasi terbaru iPad.

Apapun, The new iPad atau iPad Baru telah pun dirasmikan dan bakal diedarkan pada 16 Mac 2012 di US, Kanada, UK, Perancis, Jerman, Switzerland, Jepun, Hong Kong, Singapura dan Australia. Manakala, untuk pasaran Malaysia mungkin menyusul pada 23 Mac 2012 kalau ikutkan sumber dari engadget.com.

Wordless Wednesday #23 : Bangla Style

Jawatan Kosong Bangla Style

Ada Apa Dengan Ultrabook Toshiba Portege Z830?

Apa itu Ultrabook? Mungkin ramai yang dah tahu, tapi mungkin juga ada lagi yang belum pernah dengar istilah Ultrabook selain Netbook, Tablet dan sebagainya. Untuk pengetahuan, Ultrabook adalah projek terbaru dari Intel dalam penghasilan komputer riba dengan perisian Windows. Ultrabook juga boleh dikatakan sebuah komputer riba versi baru dengan fungsi Tablet dan Netbook digabungkan. Sehingga kini, Ultrabook telah dilancarkan untuk pasaran Malaysia oleh Acer, Asus, Lenovo dan terkini, Toshiba.

Ultrabook Toshiba Portege Z830




Jadi, apa istimewanya Ultrabook Toshiba Portege Z830?

Banyak kelebihan pada Ultrabook dari Toshiba keluaran Portege ini berbanding yang lain. Untuk artikel ini, aku senaraikan antara beberapa elemen utama pada gadjet ini yang sangat menarik pada pandangan aku yang akan buat korang terus cari info mengenai Ultrabook Toshiba Portege Z830.

Paling Nipis, Paling Ringan

Toshiba Portege Z830 untuk rekod, adalah sebuah Ultrabook dengan saiz paparan 13.3 inci yang paling nipis dan paling ringan pada saat ini berbanding yang lain. PC ini hanya seberat 1.12 kg dengan ketebalan 8.3 mm. Hampir sama tebal dengan Samsung Galaxy SII aku tuuuu. Nipis, sangat nipis kalau nak dibandingkan dengan Acer Aspire 4736 yang aku guna untuk taip artikel ni. hehehe.

*Nipis tuuuuuuuu
Ultrabook Toshiba Portege Z830

Ultrabook dengan Kemudahan Port Paling Lengkap

Selain itu, istimewanya Ultrabook ni ialah ianya adalah satu-satunya Ultrabook dengan port yang lengkap. Aku katakan lengkap sebab Ultrabook ni walaupun nipis dan ringan, ia penuh lengkap dengan  kemudahan port seperti USB (Satu USB 3.0 dan dua USB 2.0), HDMI, VGA, Ethernet LAN, SD Card and Kensington slot. Semua ada. Best of the best punya Ultrabook!

Timeline Bakal Dikuatsakan Untuk Facebook Fan Page

Sehangat-hangat berita mengenai pelancaran iPad 3 minggu depan oleh Apple, mungkin hangat lagi cerita ini. Mungkin tidak lah sehangat tahi ayam, cuma lebih hangat dari biasa. Errrr ok, jalan cerita terbabas dari landasan kapal terbang. hehe. Tapi, perenggan di bawah perlu di baca dengan serius.

*Preview
Facebook Fan Page Timeline Preview



Apple iPad 3 Bakal Dilancarkan 8 Mac Minggu Depan


Cerita dua tiga hari lepas, baru nak update. hehe. Syarikat Apple telah mengumumkan bakal menganjurkan majlis pelancaran generasi iPad seterusnya iaitu iPad 3 pada 7 Mac (8 Mac 2012, jam 2 pagi waktu Malaysia) seperti yang ditunjukkan dalam gambar jemputan di atas.

Sejak tahun lepas, banyak khabar angin mengenai perubahan pada iPad 3 contohnya satu-satunya butang 'Home' pada mana-mana produk Apple telah dimansuhkan dan ada juga kemungkinan bahagian docking lebih kecil berbanding generasi iPad yang sebelumnya, sama seperti khabar angin pada iPhone 5. Selain itu, iPad 3 juga dijangka  mempunyai skrin beresolusi tinggi, cip pemprosesan empat-teras yang lebih laju dan juga sokongan untuk rangkaian 4G, sebagai contoh LTE.

Apapun, semuanya masih lagi misteri sehinggalah majlis pelancaran iPad 3 dilaksanakan minggu depan.